Tuesday, May 24, 2016

Spectacle Wipe


Setiap kali ke Jaya Grocer, saya akan memerhatikan dan membelek produk di atas iaitu Green Shield Spectacle Wipes. Oleh kerana saya memakai spek, keinginan untuk mencuba produk ini begitu tinggi sekali. Semalam, akhirnya saya beranikan diri beli produk ini sekadar untuk mencuba, itupun setelah mengambil kira gaji bulanan dibayar pada hari ini. Harganya kencang. RM 5.xx satu pek ada 20 tisu. 
 
Sampai rumah, cuba pada spek saya. Hasilnya, memang clear. Lepas tu cuba pula pada skrin Fujitsu saya, mula-mula masa belum on kan Fujitsu, nampak agak kotor even after wiping, mungkin sebab kotoran seperti habuk semuanya berkumpul di tepi selepas wipe, namun bila saya on kan Fujitsu, nampak lebih jelas. Cuba pula wipe pada MBA, hilang kotoran. Tapi yang ketara adalah pada spek kerana memang clear view terus selepas menggunakan produk ini.
 
Saya pun Google produk ini, tidak banyak informasi yang dapat kecuali informasi dari online shopping site seperti Amazon. Tengok customer review di Amazon pun ramai yang bagi lima bintang, tapi ada juga yang bagi bintang yang sikit. Salah satu drawback yang saya dapat dari customer review di Google, kena tutup kuat kuat, nanti air di wipes tersebut cepat kering. 
 
Apa-apa pun saya bagi produk ini 5 bintang untuk pembersihan spec saya. Sebenarnya sedang berkira-kira untuk buat Lasik, tapi nanti dulu lah. 

No comments:

Post a comment