Friday, November 13, 2015

Samsung Galaxy Tab 3v




2 bulan lepas, saya beli Samsung Tab 3v untuk kegunaan pembacaan dan browsing saya menggunakan wifi Unifi di rumah kerana Note 2 saya sudah terlalu 'padat' dan juga ketika browsing atau membaca, sering terganggu dengan Whatsapp. Harga lebih kurang RM 5xx dan saya beli di kedai Samsung di One Utama.


Processor CPU Speed 1.3GHZ Quad Core. RAM 1GB. Screen Size 7 inci. Camera 2MP, Video VGA. Onboard Storage 8GB. Sim Size Micro Sim. Ada 3G, Bluetooth dan Wifi b/g/n. Berat 322gram. Battery 3600 MaH.

Kalau dilihat pada spesifikasi, tab ini so and so sahaja. Namun ia setakat ini mencukup untuk kegunaan harian saya iaitu browsing dan membaca digital media. Kebetulan saya subscribe The Star ePaper dengan bayaran bulanan RM 20. Memang seronok membaca guna Tab sebab dia besar, cuma kalau baca sambil baring agak lenguh juga memegangnya sebab berat. So far so good, bateri pun kuat  lebih-lebih lagi kalau tak on wifi. Kadang-kadang saya layan movie yang didownload di PC, atau stream TV luar negara. Sekarang dah senang, guna apps untuk layan TV luar negara seperti TV di UK dan US. Kadangkala ada content yang berbayar di Astro, tapi jika kita stream direct dari server negara tersebut, ianya Free. Kadang-kadang saya stream stesyen radio luar negara. Memang sekarang zaman streaming. Malas nak tengok Astro di ruang tamu, duduk dalam bilik, baring atas katil dan buka Astro On The Go, streaming lagi.

Nak review lebih-lebih pun susah juga sebab Tab ni memang ngam-ngam sesuai untuk kegunaan basic seperti browsing, youtube, instagram, baca digital content dan layan movie. Kalau movie HD tak berapa nampak perbezaan kualiti tapi gambar tetap cantik. Cuma speaker dia kurang kuat, saya gunakan earphone yang diberi dan earphone tu agak bagus. Apa-apa pun, sesuai lah dengan harga.











No comments:

Post a Comment