Tuesday, April 22, 2014

Touch Up Rumah V.1 (Pasang Jubin di Laman Hadapan)

Saya lebih gemar untuk menulis di ofis saya kerana suasana sejuk dan dingin menyebabkan penulisan pun menjadi lebih tajam dan mengancam. Menulis di rumah agak kurang tendangannya bukan kerana tidak gemarkan rumah tetapi kerana suasana bilik belakang dimana letaknya kesemua workstation saya, suhu agak tinggi. Ketika ini pun disaat jari jemari saya memetik papan kekunci, suasana diluar dingin akibat hujan lebat yang turun tetapi suasana di bilik ini tetap hangat.

Berbeza dengan bilik depan yang mempunyai penghawa dingin, tetapi jika saya pindahkan workstation saya ke bilik hadapan nescaya akan menerima gangguan-gangguan nakal dari Kakak dan Adik Tibas. Jadi biarlah saya kekalkan workstation saya di bilik belakang. 

Sebenarnya tujuan utama entri ini ialah untuk saya abadikan proses pemasangan tile di laman hadapan rumah saya. Ini merupakan satu projek mutlak saya dan isteri namun beberapa kali ditangguhkan kerana kurang peruntukan. Bila dah ada peruntukan, dihabiskan pula ke downpayment kereta baru. Akhirnya setelah sekian lama rumah ini dibeli dan diduduki sejak tahun 2009, maka hampir terlaksanalah impian kami. Rasa kepentingan bertile ini terdetik apabila telah adanya Kakak dan Adik Tibas. Sekurang-kurangnya malam hari mereka boleh bermain di laman. 

Tujuan murni ini diberkati dengan rezeki yang diberi berkat simpanan selama berbulan-bulan termasuk simpanan isteri saya, akhirnya apabila rumah sebelah dibeli oleh pemilik baru dan dia melakukan ubahsuai besar-besaran, saya pun menumpang projek yang dijalankan dimana kontraktor jiran sebelah saya upah untuk melaksanakan juga projek pemasangan tile atau dalam bahasa ibunda ialah jubin. 

Menariknya berkenaan jiran sebelah saya yang baru ini ialah semua pemasangan dan proses ubahsuai dijalankan sendiri oleh Ayah dan Pakcik beliau yang merupakan kontraktor ubahsuai. Berbekalkan kemahiran Pakcik nya, maka saya mengamanahkan untuk memasang jubin. Harga siap pasang, upah adalah sekitar RM 2+++. Jubin heavy duty White Horse dipilih dan apabila melihat kerja yang dilakukan oleh Pakcik jiran saya ini, rupanya kemahiran yang tinggi diperlukan dan kerja-kerja pemasangan adalah sangat remeh dan perlu kesabaran. 

Masih ada lagi kira-kira 50% termasuk finishing yang perlu dijalankan. Kerja-kerja agak perlahan kerana hanya Pakcik jiran saya sahaja yang membuat kerja pemasangan dan juga faktor hujan yang sekarang ini kerap turun pada petang hari dengan lebat. Nanti saya update keadaan apabila sudah siap sepenuhnya dan setelah dicuci dengan chemical untuk menghilangkan kotoran. Buat masa sekarang, laman hadapan rumah saya adalah sangat kotor hinggakan pakaian sukar disidai. Nasib baik ada Self Service Laundry untuk kami gunakan bagi mengeringkan baju. 



No comments:

Post a comment