Thursday, February 27, 2014

Asus EEEpc sudah DIJUAL

Rujuk entri mengenai Asus EEEpc di sini. Sebenarnya sedih untuk menjual EEEpc yang telah banyak berjasa pada saya. Rekabentuk netbook ini menyebabkan saya senang dan selesa menggunakannya. Update blog menggunakan Asus EEEpc ini juga mudah dan senang.

Saya suka membawa netbook ini kemana-mana kerana baterinya yang tahan lama dan juga saiz yang kecil. Senang untuk saya browse internet, menaip di Microsoft Words dan update blog.

Bagaimanapun dengan kecanggihan teknologi Smartphone menyebabkan netbook saya terpinggir. Walaupun telah melalui proses 'recovery' untuk mengembalikan Windows yang corrupt, namun netbook ini jarang digunakan. Memang update blog lebih selesa dengan netbook ini kerana rekabentuknya yang sesuai dengan saya, tetapi Smartphone lebih menjadi pilihan untuk update blog dimana-mana. Cuma menggunakan Smartphone agak susah untuk menaip lantas menjadikan proses update blog menggunakan ayat-ayat yang minima atau sekadar gambar sahaja.

Kisah pagi ini ketika minum-minum dengan rakan-rakan Fakulti, saya tanyakan kepada beberapa orang technician computer berapa market second hand EEEpc saya. Mereka bertanya berapa ingin saya jual dan saya katakan RM 300. Rupanya salah seorang dari technician tersebut berminat kerana katanya rumahnya dipecah masuk dan notebook hilang.

Akhirnya EEEpc bertukar tangan dengan bayaran RM 300 tunai.


No comments:

Post a Comment