Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Friday, July 24, 2026

Pengalaman Pertama Saya dengan Perfume Decant

 



Dalam dunia wangian, istilah perfume decant semakin mendapat perhatian dalam kalangan penggemar minyak wangi, sama ada mereka yang baru ingin berjinak-jinak mahupun pengumpul tegar. Secara ringkasnya, decant merujuk kepada proses memindahkan minyak wangi asli daripada botol asal ke dalam botol yang lebih kecil menggunakan peralatan yang sesuai. Kandungan wangian tersebut kekal sama kerana ia diambil terus daripada botol asal tanpa sebarang campuran atau pengubahsuaian. Konsep ini membolehkan pengguna mencuba pelbagai jenis wangian pada kos yang lebih rendah, menikmati kemudahan membawa minyak wangi ketika melancong atau ke tempat kerja, serta membuat keputusan yang lebih yakin sebelum melabur untuk membeli botol bersaiz penuh. Oleh itu, perfume decant telah menjadi pilihan yang praktikal dan menjimatkan bagi sesiapa yang ingin meneroka dunia wangian dengan lebih luas tanpa komitmen kewangan yang tinggi.

Terus terang, saya sendiri pun baru masuk ke dunia perfume decant. Sebelum ini, saya memang agak skeptical. Dalam fikiran saya, “Betul ke ni original? Atau sekadar clone yang dibotolkan semula?” Tambahan pula, sekarang terlalu banyak cerita tentang perfume fake dan scam seller membuatkan saya lebih berhati-hati.

Akhirnya, rasa curious mengatasi segala keraguan. Saya pun memberanikan diri membeli beberapa perfume decant daripada seller online yang mempunyai banyak review positif. Sejujurnya, selepas mencuba sendiri, persepsi saya terus berubah.

Saya memang seorang yang gemar membeli original full bottle daripada butik atau authorized retailer. Jadi, saya sudah biasa dengan bau asal sesuatu fragrance. Bila saya bandingkan dengan decant yang saya beli, memang saya boleh katakan baunya sama. Dari top notes, middle notes sehinggalah dry down, semuanya memberikan pengalaman yang sama seperti perfume daripada botol asal.

Daripada pengalaman inilah saya mula faham mengapa perfume decant semakin popular. Ia memberi peluang kepada kita untuk  mencuba sesuatu fragrance beberapa hari atau minggu sebelum membuat keputusan membeli full bottle yang mungkin berharga ratusan atau ribuan ringgit. Sudah tentu, perkara paling penting ialah membeli daripada seller yang benar-benar trusted, kerana keaslian sesuatu decant bergantung sepenuhnya kepada kejujuran penjual yang melakukan proses tersebut.

Satu lagi sebab saya mula berminat dengan perfume decant ialah saya dapat mencuba perfume-perfume yang selama ini hanya mampu tengok di YouTube atau baca review sahaja. Ada yang harganya mencecah RM1,000, malah ada juga yang lebih mahal daripada itu. Nak beli full bottle memang kena fikir banyak kali. Bukan tak nak, cuma bajet pun ada hadnya. 

Jadi, bagi saya, dapat memiliki 5 ml atau 10 ml decant pun sudah cukup memuaskan. Sekurang-kurangnya saya dapat merasai sendiri bagaimana sesuatu fragrance itu berkembang di kulit sepanjang hari. Kadang-kadang, perfume yang dipuji ramai rupanya tidak begitu sesuai dengan citarasa saya. Ada juga perfume yang pada awalnya saya tak pandang, tetapi selepas beberapa kali pakai, terus jatuh cinta.




Lagipun, saya memang jenis yang suka rotate perfume mengikut mood, cuaca dan tempat. Ada hari saya mahukan bau yang fresh untuk ke pejabat, ada hari saya lebih suka sesuatu yang manis atau woody pada waktu malam. Kalau semuanya dibeli dalam bentuk full bottle, bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi, malah mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dihabiskan. Dengan adanya perfume decant, saya boleh menikmati lebih banyak pilihan tanpa rasa bersalah setiap kali ingin mencuba fragrance baharu.

Satu lagi perkara yang saya sangat suka ialah saiz botol decant yang kecil dan comel. Ia sangat mudah dibawa ke mana-mana, sama ada dimasukkan ke dalam beg kerja, beg galas, atau ketika travel. Kalau saya keluar dari rumah pada waktu pagi dan ingin reapply perfume pada waktu petang atau malam, saya hanya perlu keluarkan botol kecil tersebut tanpa perlu membawa full bottle yang lebih besar, berat dan berisiko pecah. Ringkas, praktikal dan sangat convenient untuk kegunaan harian.

Kesimpulannya, pengalaman pertama saya mencuba perfume decant memang sangat positif. Apa yang pada mulanya saya pandang dengan rasa ragu-ragu, akhirnya menjadi satu cara yang menyeronokkan untuk meneroka dunia wangian. Bagi saya, decant bukanlah pengganti kepada full bottle, tetapi ia adalah satu pilihan yang bijak untuk mencuba, mengenali dan menikmati pelbagai fragrance tanpa perlu berbelanja terlalu banyak.

Cuma satu nasihat daripada saya, buat sedikit homework sebelum membeli. Pilih seller yang mempunyai reputasi yang baik, baca review daripada pembeli lain dan jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah. Dalam dunia perfume, kepercayaan kepada penjual adalah perkara yang paling penting.

Akhir kata, ini hanyalah perkongsian berdasarkan pengalaman peribadi saya sebagai seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia perfume decant. Mungkin selepas ini saya akan berkongsi pula tentang fragrance-fragrance yang sempat saya cuba, mana yang saya suka, mana yang kurang sesuai dengan citarasa saya, dan mungkin juga ada beberapa hidden gems yang berbaloi untuk dicuba. Mana tahu, perkongsian ini boleh membantu anda menemui “signature scent” anda sendiri. Selamat mencuba dan semoga anda menemui wangian yang benar-benar serasi dengan diri anda!


Monday, June 08, 2026

FIFA World Cup 2026

 




Piala Dunia FIFA 2026 merupakan edisi ke-23 kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia yang dianjurkan oleh FIFA. Buat pertama kalinya dalam sejarah, kejohanan ini akan dihoskan bersama oleh tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico. Piala Dunia 2026 juga bakal mencipta sejarah dengan penyertaan 48 pasukan kebangsaan, berbanding 32 pasukan dalam edisi sebelumnya. Kejohanan ini dijangka menghimpunkan jutaan peminat bola sepak dari seluruh dunia untuk menyaksikan aksi terbaik pemain dan pasukan negara masing-masing dalam merebut trofi paling berprestij dalam sukan bola sepak antarabangsa.

Apabila menyebut tentang World Cup, saya pasti akan terkenang kembali edisi-edisi terdahulu yang menjadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak. Pengalaman pertama saya menonton Piala Dunia secara langsung di televisyen ialah ketika FIFA World Cup Mexico 1986. Pada ketika itu, saya masih kecil, tetapi kehangatan kejohanan tersebut masih segar dalam ingatan.

Zaman itu merupakan era lagenda bola sepak dunia, terutamanya Diego Armando Maradona yang memimpin Argentina muncul juara. Bagi peminat bola sepak generasi 1980-an, nama Maradona bukan sekadar seorang pemain, tetapi satu fenomena. Aksi beliau yang penuh skill, creativity dan leadership menjadikan Mexico 1986 antara edisi World Cup yang paling diingati sehingga hari ini.

Ketika itu, menonton World Cup bukan semudah sekarang. Tiada internet, tiada media sosial, dan tiada live streaming di telefon pintar. Kami menunggu siaran di televisyen, membaca laporan perlawanan di akhbar keesokan harinya, dan berbincang dengan rakan-rakan tentang jaringan cantik atau keputusan mengejut. Walaupun serba sederhana, suasana dan excitement yang dirasai sangat istimewa.

Pergi pula ke World Cup 1990 di Italy. Saya dia sekolah asrama penuh kita itu. Dapat tengok di TV, iaitu di bilik TV bersama rakan-rakan, junior dan senior. Zaman ni pula saya aktif main bola, wakil sekolah. Beli kasut but Puma Maradona, sebelum tu beli Patrick Michael Laudrup tapi tak selesa, in the end beli Puma Maradona. Tak semua game World Cup masa ni dapat tengok sebab duduk di sekolah asrama.

Di World Cup 1994, saya dah duduk di rumah. Masa ni dah kerja selepas SPM di sebuah universiti sebagai kerani. Masih saya ingat, saya dah kawan saya layan game Brazil vs Netherlands di TV. Masa ni terpaksa tahan mengantuk di ofis sebab berjaga malam nak tengok bola. 

Tiba zaman World Cup 1998, saya dah di rumah sewa, sambung belajar di ITM. Layan bola bersama kawan kawan serumah. Zaman ni Zidane mengganas. Dan bila World Cup 2002, saya dah kembali kerja dengan ijazah. World Cup 2002 ni di Jepun/Korea dan waktu tak banyak beza. Ada game yang petang waktu pejabat. Jam 2-3 petang. TV pulak depan bilik bos. Zaman ni masih tak boleh tengok di internet, walaupun internet dah ada di PC Ofis. Boss pun kaki bola, cuma dia jeling-jeling je TV di luar bilik dia. Kami pun jeling-jeling juga. Zaman ni Ronaldo Brazil mengganas. 

World Cup 2006 hingga World Cup sekarang, dah layan di rumah bersama isteri. Dia bukan kaki bola, jadi saya je yang bangun sendiri tengok bola. Masa tu dah ada Astro, tapi saya tak ingat bila start World Cup ni ditayang di Astro sebab seingat saya masih ada game yang ditayangkan di chanel bukan Astro waktu tu.

Fast forward menjelang FIFA World Cup 2026, kenangan-kenangan lama itu kembali bermain di fikiran. Dari Mexico 1986 sehingga ke hari ini, World Cup bukan sekadar kejohanan bola sepak, tetapi sebuah peristiwa global yang menghubungkan generasi peminat dari seluruh dunia melalui minat yang sama terhadap sukan yang paling popular di muka bumi ini.

Dan setiap kali tiba musim World Cup, saya sedar usia saya pun semakin meningkat di muka bumi ini. Edisi kali ini mengingatkan saya pada edisi 1986 dan 1994, dimana time difference adalah sama. 1986 final saya tonton di kantin sekolah. Ketika itu saya sampai sekolah sekitar 7 pagi dan join sekali abang-abang kantin tengok final Argentina vs West Germany. 

Apabila menyebut World Cup 1986, saya juga teringat kepada album pelekat Panini Mexico 86 yang menjadi kegilaan kanak-kanak pada ketika itu. Saya masih ingat bagaimana kami membeli pek pelekat di kedai, berharap mendapat pemain-pemain terkenal seperti Maradona, Platini atau Zico. Jika dapat pelekat yang sama, kami akan bertukar dengan rakan-rakan di sekolah. Saya tak beli album, hanya pek sticker yang saya beli dengan duit belanja sekolah dan tampal di buku tulis kosong. Itu sahaja yang saya mampu ketika itu. 

Pada zaman itu, tiada internet, tiada media sosial dan tiada YouTube. Album Panini menjadi salah satu cara untuk mengenali pemain-pemain dari seluruh dunia. Setiap kali berjaya menampal satu pelekat ke dalam album, terasa satu kepuasan yang sukar digambarkan. 

Saturday, March 28, 2026

Aidilfitri dalam Era Moden: Antara Tradisi dan Realiti

 



Syawal 2026 hadir lagi. Takbir bergema, juadah terhidang, dan jalan raya sesak dengan gelombang anak perantau pulang ke kampung halaman. Dalam suasana yang penuh kegembiraan ini, terselit juga pelbagai cerita dan realiti semasa yang menjadikan Hari Raya kali ini sedikit berbeza daripada sebelumnya.

Saya seperti biasa, mengharungi kesesakan lalulintas di lebuhraya untuk pulang ke kampung. Paling dinantikan adalah iftar di dalam perjalanan pulang. Ini kerana saya sering pulang pada waktu petang. Kali ini, kami iftar di plaza tol dimana saya akan keluar exit paling dekat sewaktu jam hampir ke waktu iftar. Wife dan siap sediakan bekal untuk iftar dan anak-anak pun happy dengan suasana iftar di plaza tol. Bagi mereka, pengalaman seperti ini bukan berlaku hari-hari, hanya setahun sekali.

Hari Raya Aidilfitri tahun ini kita dapat saksikan beberapa perkara yang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, tetapi juga negara dan dunia. Antara yang menjadi topik perbualan ialah krisis di negara teluk yang boleh memberi impak kepada ekonomi negara kita. Ia juga secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap diri kita dan perubahan gaya hidup kita. Dan seperti yang kita tahu, penurunan subsidi RON95 dari 300 ke 200 liter telah pun diumumkan. Pada hemat saya, di saat dunia mengalami krisis, perkara ini memang telah dijangka, dan secara tidak langsung memerlukan sedikit adjustment dalam lifestyle sebelum ini.

Saya melihat akan kepentingan merancang perbelanjaan dan kewangan dengan lebih efektif. Jika sebelum ini, saya ada merancang untuk membeli beberapa item, kini saya perlu mendahulukan mana yang lebih utama. Which is bagi saya, bagus juga kerana item-item yang saya rancang nak beli selepas raya ini ada yang tiada keperluan mendesak.

Satu lagi perkara baru yang saya perhatikan kali ini ialah penggunaan AI dalam ucapan hari raya. Semakin ramai rakan-rakan yang menggunakan AI untuk edit gambar sendiri dan keluarga untuk disesuaikan dengan ucapan selamat hari raya. Gambar yang dibantu oleh AI ini antaranya memaparkan diri sendiri dan keluarga, ucapan selamat hari raya dan juga background gambar yang menarik. Kadangkala seperti mengambil gambar di studio. Ada juga yang menggunakan AI untuk menghasilkan video ucapan selamat hari raya. Saya pula guna AI untuk hasilkan lagu raya sendiri. Dapat dilihat bahawa majoritinya mempunyai akses kepada AI tools seperti Gemini, Chatgpt dan lain-lain dan bukan sekadar ada akses, tapi tahu basic prompt untuk hasilkan gambar raya yang menarik.

Lagi satu perkara yang saya lihat pada Hari Raya kali ini ialah lambakan letupan mercun-mercun 'hari merdeka'. Ada yang mempunyai beratus shot. Kalau dulu, bila dengar letupan mercun 'hari merdeka' atau gen saya panggil mercun KLCC, memang auto keluar rumah nak saksikan pesta mercun mahal. Tapi tidak untuk edisi raya tahun ni, merata-rata mercun KLCC ni dimainkan, sampai jadi bosan pula. Main mercun mengalahkan Hari Raya Cina. Itu belum cerita gerai mercun meletup dan terbakar. 

Dalam konteks Hari Raya 2026, mungkin sudah tiba masanya kita melihat semula budaya ini, adakah kemeriahan itu perlu dibayar dengan risiko? Atau bolehkah kita meraikan Aidilfitri dengan cara yang lebih selamat, terkawal dan berhemah, tanpa menghilangkan makna sebenar perayaan itu sendiri?

Dari konteks pemakanan ketika Hari Raya kali ini, saya lebih berhati-hati untuk mengambil makanan seperti rendang daging dan any meat based, begitu juga lemang dan ketupat. Memang makan sepotong dua sahaja. Air manis memang saya pangkah terus, kuih raya je masih makan namun kuantiti tak sebanyak tahun sebelum ini. Dan keadaan diri sendiri yang selsema, sore throat dan batuk juga menjadikan selera tak terlalu tinggi ketika ziarah hari raya.

Lalulintas di highway, sesak seperti biasa. Namun saya agak bernasib baik kerana kesesakan yang saya tempuh hanya seperti hujung minggu. Kelewatan yang dihadapi juga sekitar 20-30 minit dari waktu biasa. Masa balik sahaja kelewatan hampir sejam. 

Kali ini, berlaku sedikit teka-teki samada Syawal jatuh pada Jumaat atau Sabtu, dan terdapat posting-posting di media sosial menerangkan secara ilmiah beserta bukti bahawa anak bulan belum cukup matang pada waktu ianya diteropong iaitu petang Khamis.  Tukang post pula memang sebelum-sebelum ini gemar post tentang astronomi dan meteorologi, bukti bahawa ilmu yang dimiliki lebih dari golongan marhain biasa. Dan ternyata benar, Syawal jatuh pada Sabtu walaupun pagi Khamis masih ada posting yang cuba meyakinkan reader bahawa Syawal jatuh pada Jumaat, dan posting sebegini datang dari orang yang baru 2-3 hari tiba-tiba cerita pasal astronomi. 

Hari Raya 2026 hadir dengan pelbagai warna dan realiti, daripada bunyi mercun yang mengundang persoalan keselamatan, juadah enak yang menguji disiplin kesihatan, hingga kesesakan trafik yang mencabar kesabaran sepanjang perjalanan pergi dan balik. Dalam masa yang sama, bayangan krisis ekonomi global turut memberi kesan kepada cara kita berbelanja dan meraikan perayaan.

Namun di sebalik semua itu, nilai sebenar Hari Raya tetap tidak berubah. Ia bukan sekadar tentang kemeriahan, tetapi tentang kesederhanaan, keselamatan, kesihatan dan keinsafan. Mungkin inilah masanya untuk kita kembali kepada asas iaitu meraikan Aidilfitri dengan penuh makna, berpada-pada, dan sentiasa menghargai apa yang kita miliki bersama insan tersayang.

Hari Raya mengajar kita satu perkara penting, kita mungkin boleh kawal perbelanjaan, tapi agak sukar mengawal tangan sendiri bila nampak kuih raya atas meja.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.


Thursday, March 05, 2026

iOS 26.3 dan Unifi: Kenapa Aplikasi iPhone Jadi Perlahan? Pengalaman dan Penyelesaian

 




Bulan lepas, saya membuat keputusan untuk mengemas kini device saya kepada iOS 26.3, iPadOS 26.3 dan juga MacOS 26.3. Seperti biasa, setiap kali Apple mengeluarkan kemas kini, harapan kita adalah untuk mendapat peningkatan prestasi, eliminating known bugs, dan mungkin juga user experience yang lebih lancar.

Namun kali ini pengalaman saya sedikit berbeza. Selepas kemas kini tersebut, saya mula menyedari beberapa perkara yang agak pelik berlaku apabila menggunakan rangkaian UniFi di rumah. Aplikasi tertentu mengambil masa lebih lama untuk dimuatkan, thumbnail YouTube kadang-kadang tidak muncul, dan ada masa sambungan internet terasa seperti tersekat walaupun kelajuan WiFi sebenarnya normal. 

Pada mulanya saya menyangka ia mungkin sekadar gangguan sementara, atau mungkin masalah pada router. Tetapi selepas beberapa percubaan seperti, menghidupkan dan mematikan airplane mode, serta mencuba aplikasi yang sama melalui pelayar Safari, saya mula tertanya-tanya sama ada terdapat kaitan antara kemas kini iOS 26.3 dan tingkah laku rangkaian ini apabila digunakan bersama UniFi. Dan lebih aneh, ianya hanya berlaku pada iOS dan iPadOS, tapi tak berlaku pada MacOS.

Perkara ini membuatkan saya cuba membandingkan pengalaman penggunaan pada peranti lain. Apabila saya menggunakan Macbook dengan macOS, saya langsung tidak mengalami masalah yang sama walaupun menggunakan rangkaian UniFi yang sama. Semua laman web dan servis internet berfungsi seperti biasa.

Kemungkinan yang terlintas di fikiran saya ialah perbezaan cara akses internet antara kedua-dua platform ini. Pada macOS, kebanyakan akses digunakan melalui browser, manakala pada iOS dan iPadOS, kita lebih banyak menggunakan aplikasi khusus seperti aplikasi YouTube, aplikasi media sosial dan sebagainya. Mungkin terdapat perbezaan cara aplikasi tersebut berkomunikasi dengan rangkaian selepas kemas kini iOS 26.3.

Sebagai ujian tambahan, saya juga cuba menggunakan mobile data pada iPhone. Apabila sambungan ditukar daripada UniFi WiFi kepada rangkaian mobile data, semua aplikasi yang sebelum ini terasa perlahan tiba-tiba berfungsi dengan sangat lancar. Thumbnail YouTube muncul serta-merta dan aplikasi dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Ini menunjukkan bahawa masalah tersebut bukanlah berpunca daripada aplikasi itu sendiri, tetapi mungkin berkaitan dengan interaksi antara iOS 26.3 dan rangkaian UniFi, khususnya apabila digunakan melalui apps.

Selepas mengenal pasti bahawa masalah ini hanya berlaku apabila menggunakan rangkaian UniFi melalui aplikasi di iPhone dan iPad, saya mula mencuba beberapa langkah penyelesaian asas. Antara perkara pertama yang saya cuba ialah menukar tetapan DNS pada rangkaian WiFi di peranti tersebut.

By default, iPhone dan iPad akan menggunakan DNS yang disediakan oleh penyedia internet. Namun untuk tujuan ujian, saya menukar tetapan DNS kepada manual dan menambah DNS awam Google iaitu 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 pada kedua-dua peranti iPhone dan iPad.

Selepas perubahan tersebut dilakukan, saya mula melihat perubahan yang agak ketara. Aplikasi yang sebelum ini terasa lambat untuk memaparkan kandungan mula berfungsi dengan lancar. Thumbnail YouTube muncul dengan lebih cepat, dan aplikasi yang sebelum ini mengambil masa beberapa saat untuk memuatkan kandungan kini lebih responsif. Ia berfungsi seperti sediakala, seperti zaman sebelum 26.3.

Apa yang Saya Pelajari Daripada Isu Ini

Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa tidak semua masalah sambungan internet berpunca daripada kelajuan rangkaian semata-mata. Kadang-kadang ia berkait dengan perkara yang lebih teknikal seperti DNS resolution, cara aplikasi berkomunikasi dengan server, atau bagaimana sistem operasi yang baharu mengendalikan sambungan rangkaian.

Dalam kes saya, kelajuan UniFi sebenarnya tidak bermasalah. Apabila diuji melalui Macbook menggunakan browser, semuanya berjalan lancar. Begitu juga apabila saya membuka laman yang sama menggunakan Safari di iPhone atau iPad, tiada masalah ketara yang berlaku. Masalah lebih ketara apabila menggunakan aplikasi mudah alih, dan ia hanya berlaku ketika menggunakan WiFi UniFi.

Tambahan pula, apabila saya menukar sambungan kepada mobile data, semua aplikasi berfungsi dengan normal tanpa sebarang kelewatan. Ini memberi gambaran bahawa isu tersebut mungkin berkaitan dengan cara rangkaian tertentu berinteraksi dengan aplikasi selepas kemas kini iOS 26.3. Perubahan DNS kepada Google DNS (8.8.8.8 dan 8.8.4.4)  membantu memperbaiki masalah ini, buat masa sekarang.


Cara Menukar DNS Secara Manual di iPhone dan iPad

Bagi pengguna yang ingin mencuba kaedah yang sama, langkahnya sebenarnya agak mudah:

1. Buka Settings

2. Tekan Wi-Fi

3. Tekan ikon (i) di sebelah rangkaian WiFi yang sedang digunakan

4. Cari bahagian Configure DNS

5. Tukar daripada Automatic kepada Manual

6. Tambah DNS berikut: 8.8.8.8 dan 8.8.4.4

7. Simpan tetapan tersebut

Selepas itu, cuba buka semula aplikasi yang sebelum ini terasa perlahan dan lihat sama ada terdapat perubahan pada prestasi.

Buat masa ini saya masih memantau sama ada isu ini benar-benar berkait dengan iOS 26.3, konfigurasi rangkaian UniFi, atau mungkin gabungan kedua-duanya. Kadang-kadang masalah seperti ini hanya muncul dalam situasi tertentu, contohnya apabila menggunakan aplikasi tertentu melalui WiFi tertentu.

Jika anda juga menggunakan UniFi bersama iPhone atau iPad yang telah dikemas kini ke iOS 26.3, dan mengalami simptom seperti aplikasi lambat memuatkan kandungan atau thumbnail tidak muncul, mungkin anda boleh cuba langkah menukar DNS seperti yang saya lakukan.

Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa teknologi yang kita gunakan setiap hari kadang-kadang mempunyai perkara-perkara kecil yang tidak kita jangka. Satu kemas kini perisian, satu tetapan rangkaian, atau satu perubahan kecil seperti DNS boleh memberi kesan kepada pengalaman penggunaan harian kita.

Dalam kehidupan pun begitu juga. Kadang-kadang sesuatu masalah bukanlah sebesar yang kita sangka, tetapi hanya memerlukan sedikit pemerhatian, kesabaran dan percubaan untuk mencari puncanya. Seperti juga isu kecil antara iOS dan UniFi ini, penyelesaiannya mungkin tidak kompleks, hanya perlu kita melihat dari sudut yang sedikit berbeza.


Tuesday, February 17, 2026

Musim Menanda Datang Lagi

 


Kerja sebagai seorang ahli akademik bukan sekadar mengajar di dalam kelas. Ada pelbagai tanggungjawab lain seperti menyediakan bahan pengajaran, membimbing pelajar, research, menulis artikel ilmiah, salah satu tugas utama yang sering memakan masa dan tenaga ialah menanda assignment dan kertas jawapan peperiksaan.

Menanda bukan sekadar beri markah, tetapi membaca, memahami, dan menilai usaha pelajar dengan adil. Apabila tiba hujung semester dan musim peperiksaan, tugasan ini datang bertimbun dan di sinilah bermulanya apa yang dikenali sebagai musim menanda.

Bagi mereka yang baru, musim menanda selalunya datang dengan perasaan campur-baur. Ada rasa teruja, ada rasa risau takut tersalah tanda, takut tak adil, dan kadang-kadang overthink setiap markah yang diberi. Setiap kertas dibaca dengan penuh berhati-hati, setiap komen ditulis panjang lebar, sebab dalam kepala masih ada suara kecil yang cakap, “Aku buat ni betul ke?”

Manakala bagi yang otai, musim menanda datang dengan nada yang berbeza. Rubrik dah hafal, mata dah terlatih, dan pengalaman banyak membantu membuat keputusan dengan lebih tenang. Tapi, walaupun lebih efisien, penat tu tetap ada. 

Di antara pen merah dan helaian kertas, ada usaha, harapan, dan amanah. Musim menanda mungkin meletihkan, tetapi peranan mendidik tetap berjalan, semester demi semester.

Ada jawapan yang buat kita senyum, ada yang buat kita termenung. Begitulah hidup ini yang penuh variasi, dan semuanya mempunyai makna yang tersendiri.






Wednesday, February 04, 2026

Tak Sakit, Tapi Ngilu: Pengalaman Awal Seorang Runner Newbies

 




Running atau jogging sering dianggap aktiviti paling mudah untuk hidup sihat. Tak perlu peralatan mahal, tak perlu bayar masuk gym. Cukup sepasang kasut yang sesuai, minat, disiplin, dan konsisten.

Ramai antara kita mula berlari untuk jaga kesihatan jantung, turunkan berat badan, kurangkan stress dan juga membina rutin sihat bagi jangka panjang

Tapi realitinya, bila kita mula konsisten, badan akan mula “beri signal”. Dan tak semua isyarat itu datang dalam bentuk sakit yang jelas.

Dalam beberapa sesi larian, saya perasan satu perkara pelik berlaku pada kaki kiri saya (my weaker leg), ada rasa ngilu di kaki. Tiada sharp pain, masih boleh jalan dan berlari, cuma bila saya lajukan larian, ada kala ngilu itu semakin kuat. Adakalanya semakin laju, semakin hilang pula rasa ngilu tersebut. Yang pasti tiada sharp pain, dan ianya hilang serta merta bila saya tukar ke mod jalan. Yang pasti, rasa ngilu itu kadang-kadang ada walaupun ianya cuma di tahap 0.5/10, tetapi ianya seolah memberitahu bahawa 'Aku Si Ngilu masih ada di Kaki Mu'.

Melalui pencarian maklumat saya di internet, ia bukan muscle strain yang klasik, yang selalu saya rasa kalau lepas main badminton, bolasepak atau futsal. Ia adalah neuromuscular iaitu gabungan saraf plus otot yang sedang 'adapt', atau keletihan. 

Tidak saya nafikan di usia sebegini, kadangkala 3-4 hari straight run for at least 25 minutes non stop, bila dah sebulan buat macam tu, otot kaki mula menjerit mahukan rehat. 

Ramai yang ingat benda ni kecederaan serius ataupun ignore sebab tak sakit pun. Ini sebenarnya peringatan awal dari badan yang 'dia' pun nak rehat. Melalui pengalaman saya yang berhadapan dengan pelbagai injury ketika zaman badminton dan bolasepak, ianya bukanlah satu yang serius, namun boleh menjadi serius kalau diteruskan juga larian tanpa rehat. Jangan ingat kalau jantung boleh pergi, otot pun boleh pergi juga. Ini yang saya alami masa zaman bolasepak padang.

Tips dari saya

Kurangkan intensiti larian. Kalau sebelum ini 4 hari direct, kali ini buatlah sehari lari, sehari rehat. Atau sehari lari, 2 hari rest. Ataupun setiap 10 minit lari, seminit jalan. 

Warm Up and Down. Yang ini saya memang buat sebelum lari. Alhamdulillah, dapat minimize the impact of injury.

Minum air masak selepas selesai sesi. Tak semestinya immediately, sebab jarak dan masa 20-30 minit larian tu pun tak lah jauh sangat dengan pace yang perlahan, tapi pastikan minum air. Ia penting untuk proses hidrasi otot supaya ianya pulih lebih cepat. Penting juga untuk replace air yang keluar melalui peluh. 

Dengarkan badan, bukan ego. Jujur saya cakap, saya hampir menjadi ego tanpa dengarkan badan. Kali pertama dapat catat personal best untuk distance, kali pertama dapat catat pace yang bagus (untuk beginner macam saya), terus esoknya saya cuba lagi dengan harapan untuk dapatkan personal best lagi. Sampailah hari ketiga dimana sedang syok lari, tiba-tiba ngilu yang teramat pada bahagian tepi lutut kiri saya. Masa kejadian, saya tambahkan lagi pace dengan harapan dia hilang, namun ianya semakin ngilu sehingga saya terpaksa berhenti sebab risau injured. Dan bila berhenti terus hilang ngilu, bila nak lari balik rasa ngilu.

Pengalaman itu betul-betul buat saya sedar bahawa badan sentiasa bercakap, cuma persoalannya adalah sama ada kita nak dengar atau tak. Apa yang saya alami bukan kerana kurang kuat, tapi kerana terlalu cepat mahu lebih. Badan belum sempat menyesuaikan diri, tetapi minda sudah ke hadapan.

Sejak itu, saya mula faham bahawa dalam running, progress bukan ditentukan oleh seberapa laju kita push, tetapi seberapa bijak kita tahu bila kita perlu perlahan.

Kadang-kadang, berhenti seketika bukan tanda lemah, ia tanda kita mahu berlari lebih lama dalam jangka panjang. Dan dari situlah saya mula belajar untuk berlari dengan lebih sedar, mendengar signal kecil sebelum ia menjadi amaran besar.

Larian saya bukan tentang membuktikan apa-apa kepada jam, aplikasi, atau angka. Ia tentang membina hubungan jangka panjang dengan tubuh sendiri.

Dalam hidup,  mendengar diri sendiri adalah satu bentuk kebijaksanaan



Saturday, December 20, 2025

Hidup Ibarat Roda

 




Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah, adakalanya kita berada di tengah-tengah. Begitulah kehidupan ini, ibarat roda yang sentiasa berputar. Hari ini mungkin kita tersenyum, esok mungkin kita menitiskan airmata, lusa mungkin kita tiada apa-apa perasaan.

Saat berada di atas, jangan sombong. Saat berada di bawah, jangan putus asa. Kerana roda akan terus bergerak, dan takdir akan terus berubah mengikut aturan Allah yang Maha Mengetahui.

Rezeki, ujian, kegembiraan, kesedihan, semuanya datang silih berganti untuk mematangkan jiwa kita. Yang penting bukan di mana posisi kita sekarang, tetapi bagaimana kita bertahan dan belajar pada setiap putaran kehidupan.

Pernah suatu ketika berada diatas (tak berapa atas), pernah juga berada di bawah, pernah juga berada di tengah-tengah, lumrah kehidupan di alam pekerjaan yang saya tempuhi selama puluhan tahun banyak mengajar saya tentang di ruang mana yang saya diberi kepercayaan, di ruang mana pula yang saya tidak diendahkan, dan pelbagai ragam lagi. 

Namun yang penting, kerja tetap diselesaikan dan membantu orang is my priority walaupun kadangkala ia tidak sebesar mana. Di saat usia semakin meningkat, gerak kerja semakin perlahan. Namun ibarat sang kura-kura, tetap sampai. Dan ibarat sang kancil, sentiasa berakal. 

Hidup ibarat roda, teruslah melangkah, teruslah percaya. Hari esok sentiasa membawa harapan baru.

p/s :Roda kecil pun boleh pergi jauh, asalkan berpusing

Friday, December 19, 2025

Hampir Sebulan Guna Mac Mini

 



Selepas hampir sebulan menggunakan Mac Mini secara harian, pengalaman saya secara keseluruhan sangat positif. Prestasi terasa pantas dan stabil untuk tugasan harian seperti penulisan, kerja akademik, penyediaan slaid, pengurusan fail, dan internet browsing. Mac mini juga senyap, jimat tenaga, dan tidak panas walaupun digunakan lama.

Dari segi produktiviti, gabungan macOS dengan ekosistem Apple yang lain seperti iOS dan iPadOS memudahkan kerja.terutama sync dengan iPhone dan iPad. Saya guna iCloud+ paling basic, sebab kerja-kerja saya pun tak banyak guna grafik atau video editing. Apabila saya on the move, saya akan sync kerja Mac Mini ke iCloud, dan kemudian saya sambung di Macbook. Adakala bila saya di luar mod kerja, tiba-tiba teringat sesuatu, saya boleh view di iCloud menggunakan henfon. Malam-malam nak tidur sambil browsing guna Ipad which is more privacy sebab takde whatsapp dalam tu, kadang-kadang boleh je jenguk sekejap kerja di iCloud.

Cuma betul seperti kata orang yang dah guna MacMini M4 sebelum ni, on button dia berada di lokasi yang agak pelik. Ia kurang praktikal dari sudut ergonomik, terutamanya jika diletakkan terus di atas meja. Tiap kali nak on, kena selak.

Dari aspek lain setakat ni takde lagi. Aksesori saya yang saya sambung ke Mac Mini semuanya bukan dari ekosistem Apple. Monitor Samsung, printer HP, keyboard dan mouse Logitech. Pengalaman penggunaan setakat ini kekal lancar dan stabil. Sebelum ini ada isu dengan keyboard dan mouse Logitech, iaitu lambat detect. Tapi saya dah jumpa solusinya, iaitu lewat sikit on kan kedua-duanya. On kan dulu Mac Mini. 

Seperti sungai yang mengalir tanpa bising, Mac mini membawa data dan tugas merentas ekosistem Apple dengan lancar dan harmoni.


Wednesday, December 03, 2025

Jogging untuk Orang Dewasa Bekerja: Strategi Mudah Bakar Lemak Tanpa Cedera




Ramai daripada kita nak mula berjoging, tetapi masa terhad, kerja bertimbun, dan kadang-kadang badan pun dah letih. Namun sebenarnya, jogging 20–30 minit sehari pun sudah cukup untuk bantu bakar lemak dan kekal cergas, asalkan dibuat dengan cara yang betul.

Dalam post ini, saya kongsikan strategi mudah yang sesuai untuk orang dewasa bekerja, termasuk pace, heart rate, cadence, dan cara elakkan kecederaan seperti hamstring strain. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan ilmu yang saya kutip dari pembacaan, rakan-rakan dalam bidang dan juga pengalaman orang lain. 

Fokus pada Heart Rate, Bukan Pada Laju

Untuk pembakaran lemak, kita tidak perlu berlari laju.

Yang penting ialah heart rate berada dalam Fat-Burning Zone.

Zon pembakaran lemak (anggaran untuk umur 30–50 tahun):

60% – 70% daripada kadar denyutan jantung maksimum

Contohnya, kalau Max HR ± 180 bpm → zon bakar lemak sekitar 108–126 bpm

Kenapa ianya penting?

Pada HR ini, badan menggunakan lebih banyak lemak sebagai sumber tenaga berbanding karbohidrat.

Senaman pun rasa lebih santai, tidak memaksa, dan sesuai untuk rutin selepas waktu kerja.

Pace Sederhana: 10:00 – 11:30 min/km

Untuk kebanyakan orang dewasa bekerja, pace ini ialah:

Tidak terlalu perlahan

Tidak terlalu laju

Cukup untuk masuk ke zon pembakaran lemak


Jika terasa tegang pada hamstring atau betis:

Perlahan 20–30 saat/km dulu

Bila selesa, baru naikkan balik pace


Berapa Lama Perlu Jog?

20–30 minit sudah memadai, terutamanya pada hari bekerja.

Jika ada lebih masa pada hujung minggu:

Boleh tambah ke 35–45 minit

Asalkan kekal dalam HR fat-burning


Tips penting:

Kalau hamstring mula rasa ketat selepas minit ke 15 (situasi biasa bagi ramai pelari):

Jangan hentikan terus

Turunkan pace sedikit

Biarkan otot “cool down” sendiri

Bila lega, sambung semula pada pace lebih relaks


Cadence Sasaran: 150–160 spm

Cadence (steps per minute) yang stabil membantu:

Kurangkan hentakan pada lutut

Kurangkan risiko hamstring 'pull'

Jadikan larian lebih smooth


Jika anda biasa antara 140–150 spm, cuba naikkan perlahan-lahan ke 155 spm, ini juga selaras dengan prestasi pelari rekreasi yang ingin kekalkan teknik selamat.


Elakkan Cedera: Ikut 3 Peraturan Emas

(1) Warm-up 5 minit

Jalan cepat

Leg swing

Calf stretch

Otot akan lebih 'ready' dan kurang risiko strain.


(2) Jangan kejar pace

Berlari terlalu laju tiba-tiba adalah punca utama hamstring tegang.


(3) Recovery 5 minit

Jangan terus berhenti selepas tamat jarak.

Jalan perlahan plus stretching ringan 3–4 minit.


Apa Nak Makan Selepas Jog?

Jika lapar selepas jog:

Subway roasted chicken (tanpa cheese)

Buah seperti pisang, epal, atau tembikai

Air suam bersama elektrolit ringan

Elakkan makanan berminyak (nasi goreng, burger mewah)

Selepas jogging, badan lebih senang menyerap makanan “sihat” berbanding makanan berminyak.


Masa Jog Terbaik Untuk Orang Sibuk

Pilihan 1: Selepas kerja (5.00–6.30 pm)

Lagi santai, dan cuaca Malaysia biasanya lebih redup.


Pilihan 2: Waktu pagi (7–7.30 am)

Sebelum mula kerja, mood akan lebih stabil sepanjang hari.


Apa Manfaat Jogging untuk Orang Dewasa Bekerja?

Membakar lemak secara konsisten

Menurunkan stress harian

Meningkatkan fokus semasa bekerja

Menjadikan tidur lebih berkualiti

Mengeratkan hubungan (jika jogging dengan pasangan atau kawan). Saya selalu jogging bersama isteri, in fact dia dulu yang mulakan hobi sihat ini. 


Jogging tidak perlu laju atau lama.

Yang penting ialah konsisten, selesa, dan selamat untuk badan.

Dengan:

Pace sederhana

HR dalam zona pembakaran lemak

Cadence stabil

Warm-up & cooldown

Jadual fleksibel untuk orang bekerja

… anda boleh capai stamina lebih baik, bakar lemak, dan kekalkan kesihatan tanpa risiko kecederaan.


Tuesday, August 05, 2025

GPT Plus ada Limit?




Kalau anda biasa guna ChatGPT versi percuma, ChatGPT Plus ni ibarat naik taraf ke “first class”. Dengan langganan ni, anda akan dapat akses kepada model lebih pintar iaitu GPT 4o, yang bukan sahaja lebih bijak, tapi juga lebih laju dan stabil walaupun waktu ramai orang tengah guna.

Selain respons yang pantas, ChatGPT Plus juga bagi peluang anda cuba ciri-ciri baru lebih awal sebelum pengguna percuma. Memang sesuai untuk penulis, pelajar, peniaga online, atau sesiapa sahaja yang nak idea cepat tanpa perlu tunggu lama. Pendek kata, kalau anda selalu bergantung pada ChatGPT untuk kerja atau projek, ChatGPT Plus memang berbaloi untuk dipertimbangkan.

Tapi ada satu benda yang ramai tak tahu, walaupun guna ChatGPT Plus, fungsi image generation (cipta imej AI) masih ada had penggunaan. Baru-baru ni saya sendiri kena “time-out”. Tengah syok minta ChatGPT buat gambar, tiba-tiba keluar mesej yang kata saya dah capai limit. Kena tunggu 30 hari baru boleh guna semula.

Limit ni dibuat supaya sistem tak terlalu dibebankan, terutamanya bila ramai pengguna serentak buat permintaan imej. Jadi walaupun kita guna Plus, tetap ada kuota tertentu setiap bulan. Bila kuota habis, semua permintaan gambar akan “pause” sampai kitaran seterusnya bermula.

Tip saya, guna fungsi image generation ni secara bijak, simpan permintaan untuk projek penting atau idea yang betul-betul nak guna, bukan semua benda nak jadikan gambar (macam saya yang minta lukis kopi panas dalam 10 gaya berbeza ).

Secara keseluruhannya, ChatGPT Plus memang satu pelaburan yang bagus kalau anda kerap guna ChatGPT untuk kerja, belajar, atau projek kreatif. Ia memberi kelajuan, kestabilan, dan akses kepada teknologi AI yang lebih pintar. Walaupun ada had untuk generate imej, kelebihan lain yang ditawarkan memang berbaloi dan boleh menjadikan pengalaman anda dengan ChatGPT jauh lebih lancar dan menyeronokkan.


Saturday, May 24, 2025

Laptop Briefcase : Tomtoc A14 Defender

 



Zaman sekarang, laptop dah jadi sebahagian penting dalam hidup kita, sama ada untuk kerja, belajar, nak main game, internet browsing atau nak melayang streaming services macam Netflix. Jadi, saya merasakan bahawa penting untuk jaga dan bawa laptop dengan cara yang selamat dan mudah. Antara pilihan yang biasa orang guna ialah beg laptop dan sleeve laptop.

Beg laptop selalunya ada ruang yang besar dan beberapa poket tambahan, jadi senang nak simpan charger, mouse, buku, atau dokumen sekali. Reka bentuknya pun ada macam-macam design, ada yang macam beg galas, ada yang macam beg bimbit. Memang sesuai untuk yang selalu bergerak ke tempat kerja atau kelas. Saya ada dua beg laptop, satu Targus yang akan saya bawa kalau nak naik flight kerana sizenya lebih besar, dan satu lagi brand Thule yang lebih kecil. 

Sleeve laptop pula lebih ringkas dan ringan. Ia macam sarung pelindung untuk laptop atau tablet. Ia sesuai kalau nak bawa laptop masuk dalam beg lain atau hanya nak pegang dengan tangan. Ringkas, tapi tetap bagi perlindungan asas dari calar dan hentakan ringan. Kadangkala kalau saya nak bawa laptop saya dari bilik saya ke bilik mesyuarat atau lokasi lain di ofis saya, sleeve lebih senang berbanding nak punggah beg Targus yang bersaiz agak besar.



Pendek kata, dua-dua ada kelebihan masing-masing. Pilih je ikut gaya dan keperluan harian kita.

Baru-baru ini saya membeli sleeve laptop jenama Tomtoc. Sebenarnya bentuk sleeve ini dah macam beg laptop yang lebih kecil dan ringkas, siap ada pemegang.Kalau kita jenis yang ulang-alik dari kereta ke ofis, atau jenis keluar bilik ofis untuk ke ruang ofis yang lain, lepas tu singgah meeting sana sini, Tomtoc A14 Defender ni memang padu dan terbaik. Reka bentuk dia simple tapi smart, ringan pulak tu. Memang sangat sesuai dan ngam untuk kita yang suka travel light tapi tetap kena bawa aksesori banyak.



Poket depan dia? Besar gila untuk sumbat charger, kabel, mouse, buku nota, semua boleh masuk. Nak bawa barang untuk kerja seharian pun tak ada masalah. Senang, tak serabut, terus ready untuk hari yang sibuk. Saya sendiri letak charger MBA saya yang besar (memang beli yang besar sebab nak cepat charge), 2 cable iaitu satu charging cable dan satu lagi External SSD cable, satu external SSD yang kecil dan comel, bluetooth mouse Targus, external port untuk hdmi dan juga external port untuk cable LAN andai kawasan tempat saya duduk itu tiada wireless. 



Kesimpulannya, walaupun Tomtoc A14 Defender ni harganya agak ‘keras’ sikit berbanding yang biasa kat pasaran, tapi serius, memang berbaloi. Kualiti build dia solid, design pun nampak premium, dan yang paling penting, laptop korang dilindungi dengan baik tanpa kompromi gaya atau fungsi. Nak kata beg bukan beg, nak kata sleeve tak sangat macam sangat. Ia lebih seperti briefcase mini. 





Kalau anda jenis yang hargai barang berkualiti dan nak ianya tahan lama, inilah benda yang patut korang grab. Jangan tunggu laptop calar atau jatuh baru nak menyesal. Kadang-kadang, bayar lebih sikit sekarang, jimat banyak nanti.

Trust me, lepas guna sekali, mesti rasa tak nak tukar sleeve lain dah.

* Posting ini tidak ditaja oleh Tomtoc malah saya beli tanpa sebarang diskaun, tapi kalau pandai cari online, dapat harga diskaun. Saya cuma kongsi pengalaman.

Friday, October 07, 2022

Pelawat dari Universiti Mizoram

 


Beberapa minggu lepas, saya telah ditugaskan oleh boss saya untuk membawa pelawat dari sebuah universiti di India iaitu Universiti Mizoram. Universiti ini terletak di sebuah bandar bernama Aizawl. Aizawl beriklim tanah tinggi kerana ianya terletak 1000 meter lebih dari aras laut.

Kesemua pelawat ini merupakan pelajar PhD mereka dan ada 3 orang kesemuanya iaitu 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Saya banyak berkomunikasi dengan ketua mereka yang bernama Maya menerusi Whatsapp sebelum mereka hadir ke Malaysia. Seorang lagi pelawat wanita bernama Boro sementara yang lelaki namanya Basu. Buat mereka semua, ini perjalanan pertama mereka ke luar negara dan sudah tentu pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia.

Pada mulanya, flight mereka yang bernama Indigo dijadualkan tiba di KLIA pada jam 10 malam namun flight mereka dibatalkan menyebabkan mereka terpaksa mencari flight baru iaitu Air Asia terus dari Kolkatta ke KLIA 2 dengan ETA jam 0715 keesokan harinya. 

Ketika mereka keluar dari KLIA2 saya telahpun siap menunggu dan membawa mereka sarapan pagi. Rupanya mereka mencari lauk ikan dan ikan kembung menjadi pilihan bersama nasi. Walaupun tidak banyak beza makanan mereka dengan kita, namun ikan merupakan sesuatu yang agak rare bagi mereka. Kenapa? Ini kerana universiti tempat mereka belajar dan juga kampung asal mereka terletak jauh dari pantai/laut sekaligus menjadikan hasil laut mahal harganya.

Setelah bersama mereka selama seminggu banyak juga perkara baru yang saya pelajari. Benda paling utama yang akan ditanyakan oleh semua rakyat Malaysia pada saya ialah raut wajah mereka tidak seperi orang india. Hal ini juga saya ajukan pada Maya, Basu dan Boro ketika breakfast kali pertama. Mereka hanya ketawa mendengar soalan saya. Menurut mereka, terdapat begitu banyak etnik di India. Selain itu terdapat hampir 16,000 dialek di India. Maya kata mereka bertiga adalah dari etnik majoriti di sebuah negeri di Assam, yang terletak di bahagian timur laut. Mereka lebih kelihatan seperti orang di Asia Tenggara. 

Mereka menyambung belajar di Universiti Mizoram, Aizawl kerana PhD dalam bidang mereka ada di sana, tiada di negeri mereka iaitu Assam. Mereka juga mengatakan bahawa kos hidup di Aizawl, Mizoram lebih tinggi dari Kuala Lumpur. Namun kos kehidupan di Assam lebih rendah dari Kuala Lumpur.

Di Malaysia, pelbagai aktiviti yang mereka sertai termasuklah perbincangan akademik dengan pihak saya. Saya juga ditugaskan untuk membawa mereka melawat pelbagai tempat. 

Selamat Jalan Maya, Basu dan Boro


Pelbagai perkara baru saya belajar dengan mereka, terutama tentang Assam dan Mizoram serta India. Saya juga observe yang mereka suka makan yogurt. Dan setelah hampir seminggu mereka di Malaysia, mereka mula kembali mencari makanan India di Brickfields. 

Setelah seminggu di Malaysia, mereka pun pulang ke Mizoram, tempat mereka belajar. Saya hantar mereka jam 1600hrs hari Ahad dan mereka masuk ke terminal jam 1920hrs. ETD flight mereka ke Chennai adalah jam 2200 hrs. Apabila sampai Chennai, mereka akan ke Kolkatta sebelum menaiki flight ke Aizawl, Mizoram. Pada Isnin jam 1800hrs, Maya whatsapp saya bahawa mereka telah selamat sampai di Universiti Mizoram. Satu perjalanan yang jauh. Menurut mereka, perjalanan dari Assam ke Mizoram menaiki flight adalah 1 jam lebih namun jika naik bas, mengambil masa 18 jam. Ini kerana jalanraya menuju ke Aizawl di Mizoram berliku dan berbukit. 

 

Tuesday, July 19, 2022

Pengalaman Temuduga Akademik

 



Saya beberapa kali diminta oleh tempat kerja saya menjadi panel temuduga bagi pelajar-pelajar yang ingin memohon memasuki program Sarjana kerja kursus kami. Adakalanya saya juga diminta untuk menemuduga pelajar dari luar negara. Selain program Sarjana Kerja Kursus, saya juga kadangkala berada dalam panel temuduga untuk kemasukan pelajar mod penyelidikan iaitu Sarjana ataupun Doktor Falsafah (PhD). Kesemua ini berlaku di fasa pandemik dan endemik dimana temuduga dijalankan secara atas talian samada secara Google Meet dan Webex.

Terdapat banyak tips untuk calon-calon yang boleh dibaca di internet. There are no right or wrong regarding those tips. Yang pasti, calon-calon biasanya ada yang sedikit gemuruh, medium gemuruh dan sangat gemuruh apabila saya temuduga mereka. Pada saya, temuduga secara online ini ada pro dan cons. Paling bagus ialah kami penemuduga dan juga calon dapat save time untuk travel ke lokasi temuduga. Untuk saya sebagai penemuduga, ianya dijalankan di pejabat saya. Cuma saya dapat save beberapa minit sebab dapat buat di bilik sendiri. Yang penting internet dalam keadaan baik.

Cons yang paling ketara ialah dari segi teknikal. Kadangkala sambungan internet calon tidak berapa kuat hingga menjejaskan kualiti audio dan video. Oleh kerana ini adalah sesi temuduga, saya perlukan calon untuk buka audio dan kamera mereka. Satu lagi permasalahan ialah ‘lagging’. Perlu tunggu beberapa saat selepas calon selesai bercakap, barulah saya boleh sambung soalan. Adakalanya masalah audio yang berpunca dari microphone yang kurang baik menyebabkan suara mereka putus putus.

Kita masuk pula ke bahagian soalan. Calon yang melakukan penyelidikan perlu bersedia tentang kajian yang ingin mereka lakukan. Saya lebih banyak bertanya berkenaan latar belakang calon dan perkara-perkara lain yang berkaitan sementara rakan-rakan dalam panel saya pula akan menumpukan kepada cadangan penyelidikan calon. At least calon kena tau apa yang dia nak buat dan relevan penyelidikannya kepada bidang dan fakulti yang dipohon. Kadangkala saya juga bertanyakan soalan yang sama.

Permasalahan kajian juga perlu difahami dengan jelas oleh calon. Permasalahan kajian atau problem statement ini bukanlah masalah-masalah yang kita hadapi untuk menjalankan penyelidikan kita. Saya pernah bertanya soalan sebegini pada calon, dan dia menjawab ‘ my problem is for me to divide my time between working and studying, dan beberapa lagi masalah peribadi yang lain. Calon mungkin confuse. Masalah yang kami mahu dengar ialah apa masalah yang wujud di dalam topik penyelidikan hingga menyebabkan kajian ingin dijalankan. Contoh, calon A ingin menjalankan penyelidikan berkenaan tahap kekuatan talian internet mobile di dalam kampus di negeri B. Kenapa beliau ingin menjalankan penyelidikan tersebut? Apa masalah yang sebelum ini wujud sehingga beliau ingin menjalankan penyelidikan tersebut? Mungkin jawapan ringkas boleh berbentuk seperti ini :-‘ satu kajian yang dijalankan oleh John pada tahun 2018 menyebut bahawa 95% pelajar kini bergantung pada mobile internet untuk mengakses kandungan bahan pembelajaran. Kajian oleh Sammy pada tahun 2018 pula menyebut bahawa tahap talian mobile internet di lokasi tertentu berada pada tahap yang kurang memuaskan. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut XYZ pada tahun 2017 pula memperlihatkan bahawa pelajar dari kampus negeri XXX tidak berpuashati kerana mobile internet mereka tidak dapat diakses dengan sempurna pada waktu malam. Melihat kepada kesemua permasalahan ini, adalah menarik jika kajian yang sama boleh dilakukan di kampus negeri B’.

Itu satu contoh problem statement yang ringkas dan disulami dengan literature yang ada berdasarkan kajian yang berada dalam bidang yang sama. Kadangkala pelajar bertanyakan pada saya, bagaimana jika saya ingin mengkaji sesuatu yang belum lagi dikaji oleh orang lain. Soalan sebegini akan saya jawab berdasarkan contoh kajian PhD saya dimana amat sedikit orang yang membuat kajian berdasarkan topik saya iaitu Persediaan Bencana terhadap Dokumen dan Rekod. Pada awal kajian saya, memang langsung saya tak jumpa insan yang menjalankan kajian yang sama. Tetapi kajian tentang Persediaan Bencana ada banyak. Ada yang buat berkenaan komuniti, bangunan, organisasi, pejabat, komputer dan banyak lagi. So apa yang saya buat ialah, saya gunakan hasilan kajian mereka dan saya nyatakan bahawa masih belum ada lagi penyelidik yang cuba mengkaji di dalam bidang dokumen dan rekod, dengan sebab itulah saya ingin lakukannya. Secara tak langung ia menjadi novelty.

Of course, setelah saya lulus Defence Proposal saya, as my research progresses, saya jumpa few yang buat kajian berkenaan dokumen dan rekod tetapi di negara dan organisasi berbeza. Still tak ramai, tapi memadai untuk saya bawa sebagai bekalan penulisan tesis saya. Apa yang saya nak highlightkan disini ialah walaupun kajian yang kita nak buat tu belum ada yang lakukan lagi (kemungkinan besar anda masih belum jumpa literature mereka yang terselit di celah-celah lautan ilmu yang luas), kita boleh gunakan kajian-kajian lepas yang mempunyai area yang ingin kita jalankan walaupun sampling atau unit of analysis mereka berbeza.

Diharap ia menjadi panduan bagi anda semua bersiap sedia untuk temuduga akademik jika dipanggil. Dan yang pasti jangan jawab permasalahan kajian dengan masalah peribadi awak. Lagi satu, tips ini untuk program Sarjana Penyelidikan, PhD dan Sarjana Coursework. Untuk program Diploma atau Degree, tempat saya tiada temuduga, so saya tiada pengalaman untuk dikongsi. Soalan permasalahan kajian pula biasa ada dalam temuduga program penyelidikan sahaja.


Friday, May 27, 2022

Meeting With Tetfund

 


Minggu lepas, saya dijemput menghadiri mesyuarat bersama wakil kerajaan Nigeria iaitu Mr Sanusi dari agensi Tetfund. Tetfund ini merupakan satu badan atau organisasi kerajaan Nigeria yang memberi biasiswa kepada para pelajar-pelajar tajaan mereka yang majoritinya adalah dari postgraduate. Tetfund berpangkalan di Abuya, Nigeria. 

Mesyuarat yang berlangsung di Bangunan Sarjana di belakang DATC Shah Alam turut dihadiri oleh koordinator dan ketua dari Ipsis iaitu bahagian yang bertanggungjawab menguruskan pengajian postgraduate. 

Saya merupakan penyelia PhD kepada salah seorang pelajar tajaan Tetfund ini. Itu adalah sebab utama saya dijemput untuk memberi input kepada wakil mereka iaitu Mr Sanusi. Menurut Tetfund, jika input yang mereka terima adalah positif, mereka akan hantar lebih ramai lagi pelajar ke sini. 

Ada beberapa perkara positif saya dapat lihat berkenaan kehadiran para pelajar PhD ini. Pertamanya ialah dari segi knowledge exchange and transfer serta networking di antara profesional dan academician dalam bidang maklumat dari Fakulti saya dan juga benua Afrika. Nigeria boleh menjadi perintis kepada program ini. Kedua, para pelajar PhD ini merupakan para profesional dalam bidang maklumat di negara mereka. Selain dari kepakaran yang mereka ada, mereka juga sudah cukup matang untuk share their knowledge not only regarding the field of information tetapi juga tentang culture dan budaya mereka di sana. Saya bercadang agar mereka dapat menganjurkan satu sesi bersama pelajar undergraduate di Fakulti saya untuk pelajar undergrad kita lebih memahami tentang kehidupan mereka di Nigeria. Pengalaman saya ketika di luar negara menyaksikan lebih banyak sisi buruk negara kita yang akan sampai ke pengetahuan orang-orang di luar sedangkan sisi yang baik lebih banyak namun tak sampai. 

Pelajar PhD yang kami terima kesemuanya adalah para professional di Nigeria. Pelajar saya sendiri merupakan ketua di jabatan tempat dia bertugas. Beliau akan datang Malaysia setelah hampir setahun mengaji PhD secara maya bersama saya dan rakan saya. Agak sukar sebenarnya kerana perbezaan waktu agak ketara. Dia sendiri amat berharap untuk datang ke Malaysia.

Saya ada berjumpa seorang lagi pelajar dibawah seliaan seorang lagi rakan saya. Pelajar tersebut sudah berusia dan juga merupakan salah seorang ketua di jabatan beliau. Ketika saya berjumpa dengannya, dia baru sahaja beberapa hari tiba di Malaysia. My first question is what are the differences between Malaysia dan Nigeria yang dia alami for the first few days. Katanya, kestabilan bekalan elektrik dan air. Di negaranya, elektrik dan air boleh terputus berhari-hari lamanya. Saya juga ada membaca satu artikel dari jurnal berkenaan keadaan arkib di sana yang menghadapi masalah penyimpanan dan akses bahan kerana selalu sangat putus bekalan elektrik. 

Apabila beliau menceritakan tentang betapa bagusnya di sini kerana bekalan air dan elektrik sentiasa ada, terus saya risau akan kes-kes bekalan air terputus di Selangor sebelum ini. Hopefully dia tidak akan terkesan dengan kes air yang beberapa kali menjadi isu di kalangan rakyat Selangor. 


Wednesday, November 24, 2021

Beli Perfume di Isetan Online Malaysia

 



Ini bukanlah post yang ditaja oleh Isetan. Saya tidak menerima sebarang hadiah ataupun voucher dan sebagainya. Keluar duit lagi adalah sebab membeli di Isetan. 

Kali pertama saya melihat store Isetan ini ialah sekitar pertengahan 90-an di Kuala Lumpur. Waktu tu terdetik di hati, kenapa pilih nama Setan sebagai nama kedai? Zaman tiada internet, nak cari maklumat pun susah. Tanya kawan-kawan yang sama-sama tak tau, katanya kedai Jepun kot. Jawapan yang diberi pun tak berapa yakin. Memang betul pun Isetan berasal dari Jepun. Isetan ni bermula pada tahun 1886, asalnya kedai kimono di daerah Kenda, Tokyo. Nama Isetan merupakan gabungan nama Iseya dan Tanji iaitu nama asal kedai kimono ni.  They went into a proper departmental store in 1930, with the formation of Isetan Company Ltd. Selebihnya boleh baca di sini.

Zaman 90-an merupakan zaman belajar di IPT, duit pun tak berapa ada. Masa mula-mula kerja pun gaji tak seberapa. Bila lihat dari luar, kedai 'Setan' ni barang-barangnya nampak ekslusif. Segan pula nak menjengah masuk dalam. Dah la saya selalu dressing jeans lusuh dengan bawa helmet hitam di tangan. Saya jarang sangkut di motosikal sebab pernah ada pengalaman helmet kena curi (dipotong).

Sekarang pun saya jarang masuk ke Isetan. Kalau masuk pun sekadar tengok-tengok lepas tu blah. Isetan ni under departmental store. Saya selalu masuk ke departmental store yang lain seperti AEON, Sogo atau Parkson. Lagipun di kawasan rumah saya cuma hanya ada 3 departmental store tersebut. Kalau nak ke Isetan, paling dekat pun di One Utama.

Apabila keluar news berkenaan penutupan Isetan di One Utama dan kebetulan saya membacanya di internet, disebutkan juga bahawa Isetan mempunyai online store mereka sendiri. Trend sekarang memang kepada online store. Dulu saya agak kekok nak beli online. Kenapa? Sebab saya banyak pertanyaan kalau beli barang. Dan saya nak tengok depan mata, nak tengok size. Tapi sekarang banyak persoalan itu dah dijawab dengan review-review di internet. Kena rajin cari sahaja. Even proses unboxing pun ada. Saya kalau nak beli sesuatu memang akan spent a bit time untuk tengok review di internet. Bukan tengok satu sahaja tetapi beberapa review. Lepas tu compare. Lagi mahal barang tu, lagi lama saya spent time doing the research. Sampai boleh buat comparative analysis. 

Saya cuba-cuba browse di Isetan Online Malaysia dan terlihat beberapa produk perfume yang sedang sale. Haritu pergi ke kedai perfume kegeraman kegemaran saya di Mitsui, tak banyak dah stok masuk. Harga pun dah mahal tak macam dulu. Semuanya menyebabkan saya dalam kegeraman. Tapi sambar juga dua perfume sebab ada offer cuma ianya bau perempuan. Satu saya ambil, satu lagi wife saya ambil. Walaupun bau perempuan, tapi bila pakai takde siapa pun kata bau saya macam bau perempuan. 

Posing Perfume Tepi Sinki Dapur


So bila saya browse-browse perfume di Isetan, ada some perfume yang harga RM 1xx. Shipping baru berapa RM. Saya sauk perfume Guess Seductive for Men EDT 100 ml. Harga RM 109 campur shipping jadi RM 115. Okay sangat untuk saya, perfume pun original Guess, cuma tak pasti dah berapa lama simpan dalam stor mereka. Order hari Jumaat, Selasa dah dapat. Shipment through DHL.

Kotak Isetan Shop Online


Overall, puas hati sebab kalau nak saya sendiri masuk Isetan nak tengok-tengok item macam ni, memang tak la. Kalau tak kerana Isetan Online ni, memang saya tak tau ada juga price drop item di store mereka. One of the benefit untuk online store ni ialah customer yang segan-segan masuk kedai fizikal mereka (macam saya) in the end akan membeli produk mereka after browsing di dalam online store mereka. Online store lain yang saya pernah beli produk ialah di Bath and Body Works. Kalau nak masuk kedai fizikal mereka memang seganlah sebab tak tau pun nak cari apa. 

Ada yang tanya, beli perfume guna online store ni ok ke? Kan ke tak boleh test bau. Ya, itu satu kekangan lagi-lagi kalau kita nak beli perfume yang kita tak pernah pakai. Di Isetan Online Store ni ada satu perfume yang saya pernah pakai masa zaman bujang awal-awal kerja dulu iaitu Ferrari Black.  Sale price di Isetan Online ni lagi murah dari harga ketika Ferrari Black ni digunakan oleh saya berbelas tahun lepas. Memang Black ni pun overall dah murah dah sebab kategori perfume old model tapi bau dia mengingatkan saya pada zaman-zaman muda saya. 

Bubble Wrap Tebal


Untuk Guess ni, saya tak pernah pakai. So saya selalu kaji ciri-ciri bau dia di fragrantica.com. Kadang-kadang saya akan tengok samada baunya ada persamaan dengan bau yang saya pernah saya pakai. So far saya pernah pakai brand Dunhill, Ferrarri, Tommy Hilfiger, Benetton, Paco Rabanne, Bvlgari, Armani, David Beckham dan ada beberapa lagi. Tapi yang saya paling suka koleksinya ialah Ferrari dan Dunhill. Tak tau kenapa.