Showing posts with label PhD. Show all posts
Showing posts with label PhD. Show all posts

Friday, October 07, 2022

Pelawat dari Universiti Mizoram

 


Beberapa minggu lepas, saya telah ditugaskan oleh boss saya untuk membawa pelawat dari sebuah universiti di India iaitu Universiti Mizoram. Universiti ini terletak di sebuah bandar bernama Aizawl. Aizawl beriklim tanah tinggi kerana ianya terletak 1000 meter lebih dari aras laut.

Kesemua pelawat ini merupakan pelajar PhD mereka dan ada 3 orang kesemuanya iaitu 2 orang perempuan dan seorang lelaki. Saya banyak berkomunikasi dengan ketua mereka yang bernama Maya menerusi Whatsapp sebelum mereka hadir ke Malaysia. Seorang lagi pelawat wanita bernama Boro sementara yang lelaki namanya Basu. Buat mereka semua, ini perjalanan pertama mereka ke luar negara dan sudah tentu pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia.

Pada mulanya, flight mereka yang bernama Indigo dijadualkan tiba di KLIA pada jam 10 malam namun flight mereka dibatalkan menyebabkan mereka terpaksa mencari flight baru iaitu Air Asia terus dari Kolkatta ke KLIA 2 dengan ETA jam 0715 keesokan harinya. 

Ketika mereka keluar dari KLIA2 saya telahpun siap menunggu dan membawa mereka sarapan pagi. Rupanya mereka mencari lauk ikan dan ikan kembung menjadi pilihan bersama nasi. Walaupun tidak banyak beza makanan mereka dengan kita, namun ikan merupakan sesuatu yang agak rare bagi mereka. Kenapa? Ini kerana universiti tempat mereka belajar dan juga kampung asal mereka terletak jauh dari pantai/laut sekaligus menjadikan hasil laut mahal harganya.

Setelah bersama mereka selama seminggu banyak juga perkara baru yang saya pelajari. Benda paling utama yang akan ditanyakan oleh semua rakyat Malaysia pada saya ialah raut wajah mereka tidak seperi orang india. Hal ini juga saya ajukan pada Maya, Basu dan Boro ketika breakfast kali pertama. Mereka hanya ketawa mendengar soalan saya. Menurut mereka, terdapat begitu banyak etnik di India. Selain itu terdapat hampir 16,000 dialek di India. Maya kata mereka bertiga adalah dari etnik majoriti di sebuah negeri di Assam, yang terletak di bahagian timur laut. Mereka lebih kelihatan seperti orang di Asia Tenggara. 

Mereka menyambung belajar di Universiti Mizoram, Aizawl kerana PhD dalam bidang mereka ada di sana, tiada di negeri mereka iaitu Assam. Mereka juga mengatakan bahawa kos hidup di Aizawl, Mizoram lebih tinggi dari Kuala Lumpur. Namun kos kehidupan di Assam lebih rendah dari Kuala Lumpur.

Di Malaysia, pelbagai aktiviti yang mereka sertai termasuklah perbincangan akademik dengan pihak saya. Saya juga ditugaskan untuk membawa mereka melawat pelbagai tempat. 

Selamat Jalan Maya, Basu dan Boro


Pelbagai perkara baru saya belajar dengan mereka, terutama tentang Assam dan Mizoram serta India. Saya juga observe yang mereka suka makan yogurt. Dan setelah hampir seminggu mereka di Malaysia, mereka mula kembali mencari makanan India di Brickfields. 

Setelah seminggu di Malaysia, mereka pun pulang ke Mizoram, tempat mereka belajar. Saya hantar mereka jam 1600hrs hari Ahad dan mereka masuk ke terminal jam 1920hrs. ETD flight mereka ke Chennai adalah jam 2200 hrs. Apabila sampai Chennai, mereka akan ke Kolkatta sebelum menaiki flight ke Aizawl, Mizoram. Pada Isnin jam 1800hrs, Maya whatsapp saya bahawa mereka telah selamat sampai di Universiti Mizoram. Satu perjalanan yang jauh. Menurut mereka, perjalanan dari Assam ke Mizoram menaiki flight adalah 1 jam lebih namun jika naik bas, mengambil masa 18 jam. Ini kerana jalanraya menuju ke Aizawl di Mizoram berliku dan berbukit. 

 

Thursday, November 05, 2020

Pengalaman Melakukan Penyelidikan PhD

Image by Konstantin Kolosov from Pixabay


Menjalankan penyelidikan tak kira dalam apa jua bentuk merupakan part of my job description. Hanya penyelidikan di dalam makmal sahaja yang bidang saya mungkin tidak terlibat. Namun penyelidikan menggunakan makmal komputer masih ada dalam skop kami, cuma setakat ini kajian saya tidak melibatkan 100% duduk sahaja di dalam makmal. Kajian saya meliputi pergerakan fizikal keluar dari pejabat dan berjumpa responden.

Pengalaman paling banyak dan lama ketika menjalankan penyelidikan ialah sewaktu saya berada dalam pengajian PhD saya. Maklumlah tempoh masa dan responden pelbagai di tiga organisasi membolehkan saya mengutip pelbagai pengalaman. Ketika di PhD lah saya berkenalan dengan MacBook Air dan kini saya menulis entri ini menggunakan Macbook Air 2020. 

Apabila menjalankan penyelidikan, saya melalui pelbagai perkara dan kesemua ini menjadi pengalaman berguna kepada saya. Apa yang saya lihat ialah mempunyai satu tajuk atau bidang kajian yang mudah difahami oleh orang ramai membolehkan penyelidikan kita di fahami. Baru-baru ini saya menghadiri Viva Voce calon PhD sebagai minute taker, saya mendapati bahawa calon PhD tersebut mempunyai tajuk yang mudah difahami. Ini sebenarnya secara tak langsung membantu juga untuk topup error-error lain yang ada dalam PhD kita.

Berbalik pada kisah pengalaman melakukan penyelidikan, pelbagai kisah pahit, manis, seram, ngeri saya lalui. Saya mulakan dengan yang manis-manis. Antara yang saya rasa manis ialah pengetahuan saya bertambah lagi-lagi apabila pergi sendiri ke research site. Bukan sahaja pengetahuan tentang perkara yang nak dikaji tu bertambah, tetapi juga perkara-perkara lain. Contohnya saya tahu bagaimana nak mendapatkan kelulusan untuk melakukan penyelidikan di tempat yang ingin dikaji. Lain tempat lain ragam. 

Kisah seram juga tak ketinggalan dalam pengalaman saya ini. Saya masih ingat pada satu petang kira-kira jam 4 petang, saya bergerak pulang dari research site saya, sebuah hospital lama. Ketika itu saya masih guna GPS Garmin letak di cermin kereta. Smartphone internet dah ada cuma rasanya Waze tak meluas lagi dan Google Maps pun tak sehebat sekarang.

Sebenarnya saya dah berada di hospital tersebut dari pagi. Parking di bawah pohon besar berhampiran kawasan van jenazah. After lunch pula saya interview boss unit research site saya selepas selesai interview staff-staff dia sebelum tu. Responden saya ni bagitau selepas jam 6 petang memang semua orang di unit dia akan balik rumah. Kalau stay lagi alamat akan ada bunyi cakaran di dinding dan pelbagai lagi gangguan.

Kira-kira jam 4 petang saya bergerak keluar dari hospital tersebut dan berhenti di traffic light sebelah hospital. Tiba-tiba icon gps saya bergerak sendiri dan terus menuju ke kubur lama berhampiran. Terkejut saya sebenarnya kerana GPS saya tak pernah pula macam tu. Seolah-olah kereta saya bergerak ke kubur tersebut sedangkan kereta saya elok je tunggu lampu merah. Kubur tersebut pun saya tak nampak sebab terlindung di balik bukit belakang hospital. Dalam keadaan pelik tu, saya pun bacalah ayat-ayat Quran mana yang teringat. Risau juga sebab di rumah anak-anak masih kecil, takut meragam tak sudah. Apabila lampu hijau, saya nampak cursor GPS saya dikembalikan semula ke lokasi sebenar sejurus kereta saya bergerak kehadapan. 

Saya singgah dulu di kedai makan tak berapa jauh dari rumah saya, antara petua orang dulu-dulu kalau rasa macam ada gangguan ketika dalam perjalanan balik. Alhamdulillah tiada sebarang insiden di rumah. Sampai rumah pun dah lewat asar. 

Ada satu kisah lagi dimana saya ke research site saya di lokasi yang lain dari yang diceritakan di atas. Sebuah hospital yang usianya hampir sama dengan hospital yang saya pergi sebelum ini. Kebetulan di sana ada library yang bossnya merupakan kawan lama saya. So, everytime saya ke sana, memang saya akan jadikan ofis dia sebagai 'base' saya. Di lokasi research site saya ini saya melalui dua pengalaman. Kedua-duanya seram, cuma satu lebih bersifat paranormal dan satu lagi menyeksakan saya. 

Pengalaman pertama, one fine day after finishing my interview and observation di unit yang menjadi responden saya, saya kembali ke library kawan saya ni. Pagi tu saya dah letak barang-barang saya dan berbual dengan kawan saya ni before proceed to do my research. Around 1500hrs I went back to the library untuk ambil barang-barang saya and go back home. Usually saya akan berbual-bual dengan rakan saya dahulu. When I arrived at the library, saya tengok staf dia yang jaga kaunter depan takde. Library sunyi je. Saya pun masuk seperti biasa dan terus ke bilik kawan saya. Rupanya kedua-dua staf kaunter ada dalam bilik kawan saya. I thought that they were having a meeting. Rupanya tak. Kawan saya ajak saya keluar bilik dan bisik dengan saya supaya ikut dia ke satu lokasi di antara rak buku di library dia. Sampai situ dia suruh saya rakam video dan ambil gambar-gambar. Saya tanya kenapa? Dia cakap tadi beberapa minit sebelum saya sampai ke library dia, tiba-tiba kedua-dua staf di kaunter meluru masuk ketakutan ke dalam bilik dia. 

Kata staf-staf tu, waktu mereka sedang jaga di kaunter, mereka ternampak seorang nurse berpakai baju putih uniform zaman dulu-dulu sedang duduk bersimpuh di antara rak buku sambil membaca buku. Kata staf-staf tu, semua orang dah keluar dari library sebab dah lepas waktu lunch time. Mereka dah check sebab rutin diorang lepas lunch time dan semua patron dah keluar balik bekerja di unit masing-masing, staf akan kemaskan kembali majalah, newspaper dan buku-buku yang dibaca. Then diorang akan kembali bertugas ke kaunter. Sesiapa yang keluar masuk akan lalu kaunter diorang. Lagipun library tu tak besar mana pun. Memang akan tau ada orang ke tak. 

Another thing is uniform yang nurse tu pakai memang uniform yang dah tak digunakan lagi dah. Zaman 70's kata diorang or maybe earlier. Dah la pakai baju lama, bersimpuh atas lantai pula tu sambil membaca buku. Lokasinya pula bolehd dilihat dengan jelas dari kaunter. Kata staf-staf tu, mereka sedang berbual apabila masing-masing pandang ke lokasi tersebut yang dan nampak 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang ye Tuan Tuan dan Puan Puan. Dan saya berdiri bersama kawan saya which is the boss of the library di lokasi nurse tu kelihatan duduk bersimpuh atas lantai. Sedangkan sebelum tu tempat tu clear. Jarak kira-kira 20 langkah je dari mereka. Itu yang berterabur mereka lari masuk bilik kawan saya. Sampai sekarang saya dan kawan saya fail to detect buku apa yang dibaca oleh cik misi dari zaman dahulukala itu. 

Another story di site ni ialah one day saya arrive dekat-dekat noon. While I was walking to my 'base' di library kawan saya tu, saya memang perlu lalu di celah-celah ramai orang and most of them datang nak terima rawatan. Ada this bloke, rambut kerinting, rupa macam orang dari Flores. Dia batuk-batuk dan masa saya lalu depan dia, sambil batuk-batuk tak tutup mulut dia senyum kat saya. Saya agak marah sebab jarak memang agak hampir. Then when I finished my work, balik rumah, tidur macam biasa. Saya tak ingat whether keesokannya harinya atau lusa, but saya bangun tidur pagi, saya batuk non stop for almost a month. Pergi klinik ambil ubat pun reda sekejap je then batuk-batuk kembali. Saya tak ingat what exactly yang membuat batuk saya kembali ok, but it was almost one month. Setiap kali batuk memang saya teringat muka orang tu.

But, benda paling ngeri ialah bila kejar dateline PhD work. Ada macam-macam pecahan PhD work yang telah saya dan SV saya setkan. Luckily, kelam kabut macam mana pun saya berjaya siapkan ikut dateline. Kadang-kadang lewat lah sikit. Cuma taklah sampai langsung tak buat. Yang penting bergerak PhD walaupun slow sebab dari slow tu dia akan jadi laju balik. 

Waktu tu saya ada pelbagai research tools saya. Of course yang paling penting laptop. Eventhough saya dah ada satu desktop, but still laptop pun penting sebab ianya mobile and easy to carry to my research site. At the beginning of my course of research, saya guna Asus Eeepc. Kecik je. Then saya beralih ke Macbook Air. I need something yang ringan dan kecil. Saya try Samsung Tab but untuk simpan pdf files boleh lah but untuk menulis susah. I don't need a super laptop, just basic spec for writing, powerpoint and some document viewing and internet browsing pun dah sufficient. 

Besides my laptop, I do bring my Sony audio recorder for recording the interview. My Samsung smartphone will be my secondary audio just incase masa interview to ada problem di Sony Audio Recorder saya. In terms of sound clarity, memang Sony Audio Recorder to terbaik. Until now saya masih simpan perakam audio digital tersebut. 

Then, saya bawa juga my pencil case yang ada various stationaries and juga notepad kosong. Old skool lah katakan, tetap ada elemen menulis secara manual. Eventhough sometime during my research saya dah start guna Samsung Note with S Pen, tapi certain times saya tetap guna method old skool saya iaitu tulis guna pen atas paper. And my smartphone will also act as my video recorder/camera for taking video and images at my research site.

Everyone has its own unique experience to share masa collect data PhD mereka. For me, semua ada kat atas. And of course those yang saya tulis tu adalah yang unik dan bagi saya menarik untuk di share. Ada juga pengalaman macam mana nak obtain permission to collect data at my chose site. So far each of my site did not deny my request, but I need to follow certain procedures. Adakalanya procedure to bersifat repetitve. For example I was given clearance from the relevant authorities higher than the site itself. But I still need to apply back for permission to do research at the site itself. 

Ada sesetengah orang dah stress dah, but saya anggap ini semua experience and process yang perlu dilalui. I even prepare my simplified PhD research proposal to give to them sebab saya tau itu yang setiap dari mereka nak untuk expedite the application process. Paling best sebenarnya, saya pergi sendiri berjumpa mereka face to face rather than just calling them or emailing them. Saya dapat jumpa boss-boss yang luluskan permohonan saya. 

Ada satu tempat ni, masa berurusan dengan staf dia nampak agak sukar, then I decided untuk turun sendiri ke unit tu, bila sampai sana staf dia terkejut saya ada depan mata, terus dia suruh saya jumpa boss dia. Jumpa je boss dia, sembang lebih kurang pasal PhD saya, and the boss suka betul dengan topic saya. Jadi menarik pula topic yang kami bualkan. So in the end, boss terus endorse my application. Siap cakap kalau you need anything just call my number, I am willng to help. 

Good PR is one of the key in winning something. 






Tuesday, September 24, 2019

Life After The Viva



Hampir terlupa kewujudan nizamyunus.com sehinggalah rakan sekerja bertanya pada saya, 'Bro, How's life after Viva?'

So I would like to share it to all of you. Firstly, I did not take long to rest after the Viva. I was given 6 months maximum for correction, which means that it had to be done completely including submitting hardcover bound thesis within 6 months, which in my case, will end in February 2020. But for me to attend the convocation in April 2020, which happened to be my birthday month, I need to submit my thesis much earlier. 

My Viva Day was on a hazeless Thursday and I started to work on my correction the following Monday. As I post this entry, I am proud to say that I had finished my correction given by my examiners especially my international examiners who told me to look into the digitization aspect of preserving records. 

I just need to do some typo correction and few technical glitches. Am I free now? Not to say No but also not a big Yes. Still got lotsa work to do but on the PhD part, yeah I am nearing the finishing line. 

So this is my life after Viva, still busy with work, need to settle the final examination matters and also class. And I am writing this as I listen to the song 'Send Me An Angel' by Scorpions while enjoying the almost clear blue sky again since the HAZE attack.

 

Tuesday, August 27, 2019

Pengalaman Viva PhD


Seperti yang saya ceritakan di entri sebelum ini di sini, saya akan coretkan some of my experience regarding my PhD viva. Ada yang kata this is the examination of our PhD. Ada juga yang kata this is the final showcase of the PhD. To tell you the truth, honestly there's no right or wrong about the statement. But for me, every single thing in my PhD is the exam it self. Every single process. I remember one of my senior member of the faculty told me once, PhD is about going through all the process.

Okay, back to the experience. Pengalaman menghabiskan penulisan tesis dan runnning it dalam turnitin for plagiarism check pun actually is the starting point of my Viva experience. Bermula seawal almost 6 months before my actual Viva date. Then the process of my supervisor selecting examiner. Dua kali juga permohonan examiner melalui mesyuarat sebelum di approve. One external examiner from outside Malaysia, one external examiner from inside Malaysia and one internal examiner within the Faculty itself.

When I finally submit my thesis, it's time to update a bit my readings regarding topic PhD saya as there may be some current development which the answer is always a YES. If you ask me whether you should do this or not, I will say a big yes. Basically because as the PhD topic is our interest, so kita kena la selalu membaca topic of interest kita tu. Lagipun knowledge selalu berkembang. It does not mean that we must read something academic. Current news regarding our PhD topic pun dah cukup bagus.

Then, I was told by the Postgraduate department staff about my Viva date. Actually I was expecting an earlier date but due to some unforseen circumstances, expected date tu tak dapat dilangsungkan. Because you must remember that in setting up the date, the availability of various person involved must be considered. Those person are the chairman (must be a Prof or Assoc Prof, preferably a Prof), at least two examiners (both external and internal) and our supervisor. 

Masa dapat date, saya dah book the week before untuk ke holiday. Almost one whole week. Memang saya ada bawa things untuk di buat berkenaan Viva ni but as my wife told me, you will never have any time to do. The kids memang perah tenaga saya betul-betul bila holiday ni. From dusk till dawn diorang beraktiviti. 

A day before Viva.
This is very crucial as I need to remain calm. Tak mau panic attack or anxiety. Surprisingly I did not have any of these padahal my Viva preparation biasa biasa je. So many things to cover and I do not have the ability to do it all. Another thing is as my PhD is longer than the usual time frame (senang cerita, not graduating on time), so banyak juga perkara saya kena refresh memory. 

Luckily for me, bila saya selongkar my computer data, so many things saya dah simplify in one or two pages every year. It seems like my strategy to prepare for Viva from the very beginning of my PhD paid off. Just need to selongkar back my computer data. 

So for my readers yang belum or tengah buat PhD, make sure every single thing you do, you document it in a MSWord file so that when it finally comes to Viva, you can retrieve and use it back. Kinda diary. Kalau buat on time okay lagi sebab masih belum lupa, tapi kalau dah terkeluar dari standard time frame, better buat macam saya suggest sebab nanti lupa.


A day before Viva, my parents call wishing me luck. That weekend saya balik kampung jumpa diorang. Ayah suruh baca Rabbi Yassir berulang kali supaya dipermudahkan. The night before my morning Viva, saya di ofis dan terjumpa pula rakan-rakan. Dan mereka terkejut bila saya kata esok pagi saya Viva. Diorang tanya tak balik rumah ke prepare or tidor or nervous ke apa. Saya jawab tak, so far dah siap semua yang termampu. So there's not much I can do more. Baik tenang-tenang. Lagipun Tenang is Good. And I did not update anything on SocMed because I am really calm. Selalu yang update dalam socmed tenang is good beserta gambar dia lepak somewhere tu sebenarnya dia tengah tak tenang tapi cuba berpura-pura tenang. Kita kalau tengah tenang tak perlu nak upload kat SocMed. Saya ada seorang kenalan yang bila dia tengah tak tenang dia akan upload kat SocMed yang dia tengah tenang sedangkan bila jumpa dia, dia tak bertenang. Tujuan dia upload tu sebab nak tunjuk pada orang yang buat dia tak tenang yang dia sedang bertenang. Very funny this guy.

Viva Day
I woke up as usual, kejutkan anak perempuan saya suruh bangun pergi sekolah. Masa tengah kejut tu saya suruh dia doakan saya sekali supaya saya tenang dalam Viva. Saya tak sebut Viva, saya sebut 'Kakak doakan Daddy ye, Daddy exam PhD pagi ni'. Nanti sebut Viva dia tak faham pulak.

Nak ke ofis, wife wishes me Good Luck, and there I was off with my motorbike to my faculty where my Viva will be held. Sampai ofis at 0745hrs. Dokumen-dokumen telah saya prepare a day before and telah saya check for errors. Sampai ofis, do all the necessary things, doa pada Allah and berjalan slowly to the place where my Viva will take place.



Rupanya my Viva starts at 1000hrs. I am here now at 0815hrs. Too early. So to cut it short, ada minum-minum dan jamuan ringan pada jam 0945hrs. Everything for me was calm and usual. So at around 1015 hrs (lepas ambil gambar), the Chairman for today's session which is Prof Adnan began the session. After introducing me with all the people inside, including my Dep Dean Academic Affairs who was present as an observer, all of us need to go out except the minute taker, chairman and examiners.

Then we were allowed to go back inside again. I started the presentation. The maximum limit is 25 minutes. When I was doing my rehearsal, it was all over in just 10 minutes. But during the real Viva, I still had 3 more slides to explain even after the 25 minutes bell rang. Luckily the chairman allowed me to proceed at faster pace. One of the examiners told me that I presented like a politician. Tiba-tiba masa present tu, semangat naik. 

Then came the Q&A, Alhamdulillah managed to answer all the questions and most are suggestions. Tak banyak sangat kena betulkan. My external examiner from Turkey wrote in his report that I need to put some things which I actually had but I put it in the wrong section. Most of my corrections are like that. 

In the end, the result was conveyed to me by the Chairman during the Viva at 1130 hrs, 1127 hrs to be exact. And I called my wife and my dad to convey the good news.

Post Viva
At 1220 hrs saya collect every single thing from the Postgraduate Office such as my letter of result,copies of my thesis returned by my examiners (for easier reference in correction), then terus rasa lapar. So me and both my supervisors were off to Mozers to celebrate and discuss further on my Viva and corrections. Lepas makan, balik ofis to finalize some things. Balik rumah awal hari ni sebab suddenly felt very tired. After years of this PhD thing, hampir half of it or 3/4 or beban dah hilang. Balik rumah terus tidur.


So, what I've learnt and wish to share with you all is, Viva ni tempat kita cerita apa kita dah buat masa PhD, pengalaman kita ketika PhD. During my session, examiners tanya tentang kenapa pilih method kajian, no wrong or right answer. Yang penting kita justify. Macam saya, saya justify kenapa saya pilih method sekian sekian sebab the research topic is sensitive in nature and would like to explore more on the research problem.

Examiners pun ada bagi suggestions tentang apa yang perlu saya buat untuk menambahbaik tesis saya. Which is something that is good sebab sepanjang buat PhD ni, hanya saya dan supervisor yang dok baca dan faham. Kalau ada present di konferen pun, bukan yang final product. Dengan adanya examiner baca tesis kita, we can have a different view on other reader's perspective.

So now, I need to do my correction. Hope to finish my correction A.S.A.P



Monday, August 26, 2019

Viva Done Alhamdulillah


Just a short note to mention that I have done my PhD Viva Voce and pass with minor correction. Saya telah meneliti laporan examiner tentang apa yang perlu ditukar. Mostly sebab saya careless and did not explicitly mention things. My Viva was on Thursday, 22nd August 2019. It started at around 1015 and the result was delivered at 1130 hrs. According to my friend, it was kinda quick for a PhD Viva. Saya tak tau sebab this is my first ever Viva. 

Will tell my Viva story in the next entry.
 

Monday, August 19, 2019

Viva Around The Corner


Hi All, currently busy preparing power point slides for my Viva presentation. This is where I will present my PhD thesis. Basically, thesis saya telah pun dibaca oleh examiner which is dua orang dari Malaysia dan seorang dari luar negara. Jujur cakap, debaran di dada memang ada bila dah tahu tarikh Viva. 

So sekarang tengah busy siapkan power point, banyak sangat nak di cover sampai tak tahu mana nak mula dahulu. Setelah mendengar nasihat dari pelbagai pihak termasuk lah supervisor, dapat lah juga sedikit sebanyak idea agar tidak terlalu sedikit presentation saya dan tidak pula terlalu berlebihan. 

Kebetulan pula baru balik dari seminggu bercuti bersama keluarga. Percutian yang sememangnya telah lama dirancang sebelum keluarnya tarikh viva. Pada mulanya memang saya bercadang untuk menangguhkan percutian tetapi setelah dinasihati oleh rakan-rakan yang lebih tua, saya teruskan juga. Lagipun kata mereka, kenapa nak babitkan keluarga dengan masalah kita. Bila melihat muka anak-anak ketika mereka tidur, sayu pula rasanya. So I decided to carry on my vacation. 

Alhamdulillah balik vacation terasa lapang sedikit. Moga-moga ada sinar di sebalik pengorbanan ini. Will post again after finishing my Viva. Still have correction and formatting to do after the Viva. Good Luck to me.