Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Monday, April 13, 2026

Data Dalam SSD Boleh “Pudar”?

 




Dalam era digital masa kini, ramai di antara kita menggunakan SSD (Solid State Drive) untuk simpan data, sama ada untuk kerja, research, ataupun simpan file lama atau archiving old data. SSD memang terkenal dengan kelajuan tinggi, ringan, dan tahan lasak berbanding hard disk tradisional. Saya juga tak terkecuali menggunakan SSD untuk simpan data malah ada yang saya jadikan archive yang itu simpan data lama untuk long term preservation. 

Tetapi, ada satu persoalan yang jarang dibincangkan which is adakah selamat untuk kita simpan data dalam SSD untuk jangka masa yang panjang (Cold Storage). Ramai anggap selagi SSD tak rosak secara fizikal, data akan kekal selamanya. Namun, secara teknikal, SSD menyimpan data dalam bentuk electrical charge dalam NAND flash memory. Ini bermaksud, apabila SSD tidak digunakan atau tidak dibekalkan kuasa untuk tempoh yang lama, cas tersebut boleh berkurang sedikit demi sedikit. Ini berpotensi menyebabkan data degradation atau corruption.

Menurut standard industri seperti JEDEC, SSD pengguna biasa (consumer SSD) dianggarkan boleh mengekalkan data sekitar 1 tahun dalam keadaan tidak berkuasa, bergantung kepada faktor seperti suhu, jenis NAND, dan tahap penggunaan SSD tersebut. Makna tidak berkuasa ini ialah SSD terbabit langsung tidak disambungkan ke mana-mana Laptop, Desktop atau apa-apa device dalam masa setahun. 

Namun untuk menyatakan bahawa SSD tidak sesuai untuk simpan data dalam tempoh jangka masa yang panjang secara 'Cold Storage' bukanlah sesuatu yang tepat 100%. Ianya bergantung kepada strategi kita. Perlu diingat, istilah Cold Storage yang dimaksudkan di sini ialah membiarkan SSD terbabit di suatu tempat tanpa sebarang sambungan ke mana-mana device pada jangka masa yang panjang. 

Beberapa laman web ada membincangkan berkenaan isu penyimpanan SSD ini. Boleh rujuk di sini dan di sini. 

Seperti CD yang disimpan di rak dan hanya sesekali digunakan, 2-3 tahun sekali atau tak guna langsung selamanya, begitulah istilah Cold Storage pada SSD.  Jadi, adakah ini bermaksud SSD tidak sesuai untuk simpan data lama? Tidak semestinya.

SSD masih sangat selamat untuk penggunaan harian, tetapi untuk tujuan long-term archival, kita perlu faham limitasi teknologi ini dan amalkan strategi backup yang betul.

Walaupun SSD sangat laju dan reliable untuk penggunaan harian, kita perlu faham bahawa SSD bukan direka khusus untuk long-term cold storage tanpa power. Jadi, strategi backup yang betul sangat penting untuk elakkan kehilangan data. Ramai orang keliru antara “storage” dan “backup”. Storage ialah tempat data disimpan dan Backup ialah salinan data untuk perlindungan. “If your data exists in only one place, it is not a backup.”

Gunakan prinsip 3-2-1 Backup Ini adalah standard yang digunakan secara meluas:

3 salinan data

2 jenis storage berbeza

1 disimpan di lokasi lain (off-site)

Contoh praktikal:

Mac / laptop (primary)

External SSD (backup 1)

External HDD / cloud (backup 2, off-site)

Bila SSD sesuai sebagai backup? SSD sangat sesuai untuk:

Backup active data

Backup yang kerap diakses

Backup yang perlukan kelajuan tinggi

Tetapi kurang sesuai untuk:

Simpan lama tanpa digunakan

Archive bertahun-tahun tanpa power

Paling penting kalau nak simpan SSD lama, elakkan “cold storage” terlalu lama. Jika anda guna SSD untuk simpan file lama, amalkan perkara dibawah:-

Connect SSD setiap 2–3 bulan

Biarkan powered selama 10–30 minit

Buka beberapa file (optional, tapi bagus)

Ini membantu:

Refresh data dalam NAND

Kurangkan risiko data degradation


Gabungkan SSD dengan HDD (best practice). Strategi terbaik ialah SSD untuk speed & convenience dan HDD untuk long-term archival. SSD untuk simpan working file atau recent backup dan HDD untuk simpan archive lama (jarang akses)

Tambah satu layer cloud (optional tapi recommended) untuk file penting. Ini sangat berguna untuk lindungi dari kerosakan fizikal dan sebagai backup jika HDD atau SSD kita hilang/ rosak.

Amalkan backup secara berkala. Jangan tunggu sampai ada masalah baru nak backup. Buatlah weekly atau monthly backup. Simpan SSD dengan betul. Faktor persekitaran juga penting. Elakkan panas tinggi. Elakkan kelembapan. Simpan di tempat kering & sejuk

SSD adalah teknologi yang sangat baik, tetapi bukan “set and forget” untuk jangka masa panjang. Dengan strategi backup yang betul, kita boleh manfaatkan kelajuan SSD tanpa mengorbankan keselamatan data.

Dalam dunia digital, kita selalu menganggap data itu kekal, simpan sekali, selamat selamanya. Namun hakikatnya, sama seperti memori manusia, data juga boleh pudar jika tidak dijaga dengan betul. SSD sebenarnya mengajar kita satu perkara yang menarik: walaupun teknologi semakin canggih, ia masih ada had dan batasan, dan sesuatu yang tidak disentuh atau diurus dalam tempoh yang lama berisiko untuk hilang. 

Keadaan ini sangat mirip dengan kehidupan kita, di mana hubungan yang tidak dijaga boleh menjadi renggang, ilmu yang tidak diamalkan boleh dilupakan, dan kenangan yang tidak dihargai boleh menjadi semakin pudar. Dalam konteks ini, strategi backup bukan sekadar isu teknikal, tetapi mencerminkan kesedaran bahawa kita perlu bersedia menghadapi risiko dan ketidakpastian. Apa sahaja yang kita anggap penting, sama ada data, ilmu, atau hubungan, memerlukan perhatian dan penjagaan yang berterusan. Akhirnya, prinsipnya tetap sama. Jangan letakkan semuanya di satu tempat, jangan tunggu sehingga rosak baru bertindak, dan sentiasa hargai apa yang kita miliki sebelum ia hilang.


Thursday, March 05, 2026

iOS 26.3 dan Unifi: Kenapa Aplikasi iPhone Jadi Perlahan? Pengalaman dan Penyelesaian

 




Bulan lepas, saya membuat keputusan untuk mengemas kini device saya kepada iOS 26.3, iPadOS 26.3 dan juga MacOS 26.3. Seperti biasa, setiap kali Apple mengeluarkan kemas kini, harapan kita adalah untuk mendapat peningkatan prestasi, eliminating known bugs, dan mungkin juga user experience yang lebih lancar.

Namun kali ini pengalaman saya sedikit berbeza. Selepas kemas kini tersebut, saya mula menyedari beberapa perkara yang agak pelik berlaku apabila menggunakan rangkaian UniFi di rumah. Aplikasi tertentu mengambil masa lebih lama untuk dimuatkan, thumbnail YouTube kadang-kadang tidak muncul, dan ada masa sambungan internet terasa seperti tersekat walaupun kelajuan WiFi sebenarnya normal. 

Pada mulanya saya menyangka ia mungkin sekadar gangguan sementara, atau mungkin masalah pada router. Tetapi selepas beberapa percubaan seperti, menghidupkan dan mematikan airplane mode, serta mencuba aplikasi yang sama melalui pelayar Safari, saya mula tertanya-tanya sama ada terdapat kaitan antara kemas kini iOS 26.3 dan tingkah laku rangkaian ini apabila digunakan bersama UniFi. Dan lebih aneh, ianya hanya berlaku pada iOS dan iPadOS, tapi tak berlaku pada MacOS.

Perkara ini membuatkan saya cuba membandingkan pengalaman penggunaan pada peranti lain. Apabila saya menggunakan Macbook dengan macOS, saya langsung tidak mengalami masalah yang sama walaupun menggunakan rangkaian UniFi yang sama. Semua laman web dan servis internet berfungsi seperti biasa.

Kemungkinan yang terlintas di fikiran saya ialah perbezaan cara akses internet antara kedua-dua platform ini. Pada macOS, kebanyakan akses digunakan melalui browser, manakala pada iOS dan iPadOS, kita lebih banyak menggunakan aplikasi khusus seperti aplikasi YouTube, aplikasi media sosial dan sebagainya. Mungkin terdapat perbezaan cara aplikasi tersebut berkomunikasi dengan rangkaian selepas kemas kini iOS 26.3.

Sebagai ujian tambahan, saya juga cuba menggunakan mobile data pada iPhone. Apabila sambungan ditukar daripada UniFi WiFi kepada rangkaian mobile data, semua aplikasi yang sebelum ini terasa perlahan tiba-tiba berfungsi dengan sangat lancar. Thumbnail YouTube muncul serta-merta dan aplikasi dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Ini menunjukkan bahawa masalah tersebut bukanlah berpunca daripada aplikasi itu sendiri, tetapi mungkin berkaitan dengan interaksi antara iOS 26.3 dan rangkaian UniFi, khususnya apabila digunakan melalui apps.

Selepas mengenal pasti bahawa masalah ini hanya berlaku apabila menggunakan rangkaian UniFi melalui aplikasi di iPhone dan iPad, saya mula mencuba beberapa langkah penyelesaian asas. Antara perkara pertama yang saya cuba ialah menukar tetapan DNS pada rangkaian WiFi di peranti tersebut.

By default, iPhone dan iPad akan menggunakan DNS yang disediakan oleh penyedia internet. Namun untuk tujuan ujian, saya menukar tetapan DNS kepada manual dan menambah DNS awam Google iaitu 8.8.8.8 dan 8.8.4.4 pada kedua-dua peranti iPhone dan iPad.

Selepas perubahan tersebut dilakukan, saya mula melihat perubahan yang agak ketara. Aplikasi yang sebelum ini terasa lambat untuk memaparkan kandungan mula berfungsi dengan lancar. Thumbnail YouTube muncul dengan lebih cepat, dan aplikasi yang sebelum ini mengambil masa beberapa saat untuk memuatkan kandungan kini lebih responsif. Ia berfungsi seperti sediakala, seperti zaman sebelum 26.3.

Apa yang Saya Pelajari Daripada Isu Ini

Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa tidak semua masalah sambungan internet berpunca daripada kelajuan rangkaian semata-mata. Kadang-kadang ia berkait dengan perkara yang lebih teknikal seperti DNS resolution, cara aplikasi berkomunikasi dengan server, atau bagaimana sistem operasi yang baharu mengendalikan sambungan rangkaian.

Dalam kes saya, kelajuan UniFi sebenarnya tidak bermasalah. Apabila diuji melalui Macbook menggunakan browser, semuanya berjalan lancar. Begitu juga apabila saya membuka laman yang sama menggunakan Safari di iPhone atau iPad, tiada masalah ketara yang berlaku. Masalah lebih ketara apabila menggunakan aplikasi mudah alih, dan ia hanya berlaku ketika menggunakan WiFi UniFi.

Tambahan pula, apabila saya menukar sambungan kepada mobile data, semua aplikasi berfungsi dengan normal tanpa sebarang kelewatan. Ini memberi gambaran bahawa isu tersebut mungkin berkaitan dengan cara rangkaian tertentu berinteraksi dengan aplikasi selepas kemas kini iOS 26.3. Perubahan DNS kepada Google DNS (8.8.8.8 dan 8.8.4.4)  membantu memperbaiki masalah ini, buat masa sekarang.


Cara Menukar DNS Secara Manual di iPhone dan iPad

Bagi pengguna yang ingin mencuba kaedah yang sama, langkahnya sebenarnya agak mudah:

1. Buka Settings

2. Tekan Wi-Fi

3. Tekan ikon (i) di sebelah rangkaian WiFi yang sedang digunakan

4. Cari bahagian Configure DNS

5. Tukar daripada Automatic kepada Manual

6. Tambah DNS berikut: 8.8.8.8 dan 8.8.4.4

7. Simpan tetapan tersebut

Selepas itu, cuba buka semula aplikasi yang sebelum ini terasa perlahan dan lihat sama ada terdapat perubahan pada prestasi.

Buat masa ini saya masih memantau sama ada isu ini benar-benar berkait dengan iOS 26.3, konfigurasi rangkaian UniFi, atau mungkin gabungan kedua-duanya. Kadang-kadang masalah seperti ini hanya muncul dalam situasi tertentu, contohnya apabila menggunakan aplikasi tertentu melalui WiFi tertentu.

Jika anda juga menggunakan UniFi bersama iPhone atau iPad yang telah dikemas kini ke iOS 26.3, dan mengalami simptom seperti aplikasi lambat memuatkan kandungan atau thumbnail tidak muncul, mungkin anda boleh cuba langkah menukar DNS seperti yang saya lakukan.

Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa teknologi yang kita gunakan setiap hari kadang-kadang mempunyai perkara-perkara kecil yang tidak kita jangka. Satu kemas kini perisian, satu tetapan rangkaian, atau satu perubahan kecil seperti DNS boleh memberi kesan kepada pengalaman penggunaan harian kita.

Dalam kehidupan pun begitu juga. Kadang-kadang sesuatu masalah bukanlah sebesar yang kita sangka, tetapi hanya memerlukan sedikit pemerhatian, kesabaran dan percubaan untuk mencari puncanya. Seperti juga isu kecil antara iOS dan UniFi ini, penyelesaiannya mungkin tidak kompleks, hanya perlu kita melihat dari sudut yang sedikit berbeza.


Wednesday, January 21, 2026

iCloud Problem Selepas Migrasi Network

 



Dalam dunia digital hari ini, perubahan sistem dan rangkaian (network migration) adalah sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan. Organisasi sentiasa menaik taraf infrastruktur IT mereka, sama ada untuk tujuan keselamatan, penyatuan sistem, atau sekadar mahu “streamline” operasi harian. On paper, semuanya nampak smooth dan well-planned.

Namun realitinya, tidak semua migrasi berjalan seindah yang dirancang.

Kadangkala, selepas sesuatu sistem atau rangkaian ditukar, perkhidmatan yang sebelum ini berfungsi tanpa sebarang masalah tiba-tiba mula menunjukkan isu. Ada servis yang gagal berhubung, ada fungsi yang jadi perlahan, dan ada juga yang langsung tidak boleh digunakan walaupun tiada sebarang perubahan dibuat oleh pengguna.

Isu seperti ini sering disalah anggap berpunca daripada device, akaun, atau kesilapan pengguna. Hakikatnya, punca sebenar selalunya tersembunyi di belakang tabir: perubahan konfigurasi rangkaian, polisi keselamatan baharu, atau ketidakserasian antara sistem lama dan persekitaran baharu.

Baru-baru ini organisasi tempat saya bekerja telah menjalankan proses migrasi kepada network MyREN. Secara jujurnya, melalui pembacaan di website ini, banyak kebaikan yang boleh saya dan rakan-rakan sekerja perolehi. Thumbs Up. 

Namun, selepas selesai proses migrasi MyREN, saya mendapati bahawa iCloud saya gagal untuk sync dengan Apple device saya yang lain. Beberapa perubahan yang saya lakukan di ofis, tidak dapat dilihat oleh Macbook di rumah. Namun, perubahan yang dilakukan oleh Macbook di rumah, dapat di lihat di iPhone dan iPad. 

Nak jadi cerita, apabila saya sambung Mac ofis saya dengan hotspot iPhone saya (guna data mobile), iCloud boleh sync seperti biasa. Di sini saya nampak satu permasalahan yang ada selepas migrasi network. 

Lagi menarik lagi, sewaktu saya tulis posting ini sekitar jam 5.30 petang menggunakan network ofis, iCloud saya berfungsi seperti biasa. Saya tidak pasti samada pihak ICT ofis saya telah mengambil tindakan berkenaan hal ini kerana saya ada mengemukakan permasalahan ini kepada mereka menerusi sistem aduan ICT sekitar jam 4.45 petang. Atau pun mungkin mereka juga telah menerima aduan dari orang lain dalam organisasi saya yang menggunakan iCloud. Organisasi saya besar, dan ada juga sejumlah staf yang seperti saya, menggunakan iCloud untuk sync antara device. 

Google Drive and Google Products tiada masalah, laju seperti biasa. Malah saya rasa macam lebih laju sebelum migrasi. Pada pandangan saya, mungkin ada polisi baru yang throttle iCloud, atau iCloud hanya laju selepas waktu ofis hour untuk beri laluan kepada Google products. 

Satu lagi teori, mungkin kesan migrasi ke MyREN masih belum 100% stabil. Mungkin team ICT terlepas pandang tentang iCloud. Maklumlah di organisasi saya ini ada bermacam jenis digital services dan perisian yang masing-masing ada different configuration. 

Apa pun yang berlaku, saya melihat situasi ini sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah. Network migration bukan kerja sehari dua, dan bukan semua isu akan nampak serta-merta. Ada yang hanya muncul bila sistem digunakan secara real-life, oleh pengguna sebenar, dalam rutin harian sebenar.

Yang penting, isu ini menunjukkan bahawa komunikasi antara pengguna dan pasukan ICT memang sangat diperlukan. Bila masalah dikongsi, ruang untuk penambahbaikan pun terbuka. From my point of view, migrasi ke MyREN tetap satu langkah ke hadapan, cuma seperti kebanyakan perubahan besar, ia perlukan sedikit masa untuk benar-benar stabilize dan reach its full potential.

Dalam IT (dan juga dalam kehidupan), change is rarely instant perfection. Kadang-kadang kita perlu go through some friction first, sebelum sistem dan diri kita sendiri menjadi lebih baik, lebih matang, dan lebih teratur.

Perubahan bukan tentang segalanya menjadi sempurna dengan serta-merta, tetapi tentang keberanian untuk bergerak ke hadapan walaupun ianya belum keseluruhan jelas.

Kadangkala, sama ada dalam teknologi atau kehidupan, yang penting bukan seberapa cepat kita sampai, tetapi sejauh mana kita belajar di sepanjang perjalanan tersebut.

Friday, December 19, 2025

Hampir Sebulan Guna Mac Mini

 



Selepas hampir sebulan menggunakan Mac Mini secara harian, pengalaman saya secara keseluruhan sangat positif. Prestasi terasa pantas dan stabil untuk tugasan harian seperti penulisan, kerja akademik, penyediaan slaid, pengurusan fail, dan internet browsing. Mac mini juga senyap, jimat tenaga, dan tidak panas walaupun digunakan lama.

Dari segi produktiviti, gabungan macOS dengan ekosistem Apple yang lain seperti iOS dan iPadOS memudahkan kerja.terutama sync dengan iPhone dan iPad. Saya guna iCloud+ paling basic, sebab kerja-kerja saya pun tak banyak guna grafik atau video editing. Apabila saya on the move, saya akan sync kerja Mac Mini ke iCloud, dan kemudian saya sambung di Macbook. Adakala bila saya di luar mod kerja, tiba-tiba teringat sesuatu, saya boleh view di iCloud menggunakan henfon. Malam-malam nak tidur sambil browsing guna Ipad which is more privacy sebab takde whatsapp dalam tu, kadang-kadang boleh je jenguk sekejap kerja di iCloud.

Cuma betul seperti kata orang yang dah guna MacMini M4 sebelum ni, on button dia berada di lokasi yang agak pelik. Ia kurang praktikal dari sudut ergonomik, terutamanya jika diletakkan terus di atas meja. Tiap kali nak on, kena selak.

Dari aspek lain setakat ni takde lagi. Aksesori saya yang saya sambung ke Mac Mini semuanya bukan dari ekosistem Apple. Monitor Samsung, printer HP, keyboard dan mouse Logitech. Pengalaman penggunaan setakat ini kekal lancar dan stabil. Sebelum ini ada isu dengan keyboard dan mouse Logitech, iaitu lambat detect. Tapi saya dah jumpa solusinya, iaitu lewat sikit on kan kedua-duanya. On kan dulu Mac Mini. 

Seperti sungai yang mengalir tanpa bising, Mac mini membawa data dan tugas merentas ekosistem Apple dengan lancar dan harmoni.


Wednesday, December 17, 2025

Masalah Bluetooth Mouse dan Keyboard di Mac Mini

 



Setelah beberapa ketika menggunakan Mac Mini 4 bersama wireless bluetooth mouse dan keyboard dari Logitech, ada satu masalah yang kerap saya kesan. Masalah tersebut ialah ada delay untuk aktifkan mouse dan keyboard. Kadangkala mouse dah boleh gerak, keyboard pula belum boleh taip. 

Berlaku delay beberapa saat (dalam kes saya sehingga 10 saat) sebelum ianya boleh digunakan. Kena tunggu dulu kalau nak type password nak masuk dalam desktop. Kena tekan-tekan keypad di keyboard (kejutkan dia dari tidur), baru lah ada respon. Mouse pun sama, kena tekan button di bawah mouse Logitech tu, baru lah seolah-olah dia pair. Adakala saya on off je mouse tu. 

Dah macam-macam saya cuba, on kan devices sebelum turn on Mac Mini, on kan Mac Mini dahulu baru on kan device, sama sahaja. Sedikit pencarian di internet memperjelaskan kenapa berlaku problem ini.

1. Bluetooth Adalah Servis Terakhir Diaktifkan Selepas Boot

Semasa Mac dihidupkan, sistem akan memulakan banyak komponen secara berturutan:

CPU - GPU - WiFi/Network - Audio - Bluetooth (paling akhir)

Akibatnya, keyboard dan mouse masih dalam mod memanaskan enjin walaupun skrin login sudah muncul. Itulah punca kelewatan beberapa saat tersebut. 

2. Sambungan Bluetooth Perlu Mengulangi Proses Keselamatan

Peranti Logitech menggunakan encrypted pairing untuk melindungi input seperti kata laluan.

Apabila komputer dihidupkan atau bangun dari sleep:

Peranti perlu mengesahkan identiti

Menjana kunci keselamatan baharu

Connect semula secara selamat

Proses ini mengambil masa bersaat-saat, bergantung pada model dan tahap bateri.

3. Peranti Logitech Masuk Mod Jimat Kuasa

Untuk memanjangkan hayat bateri, kebanyakan keyboard dan mouse Logitech:

Akan 'sleep mode' lebih cepat

Hanya bangun apabila ada input (contoh: klik atau tekan)

Masalahnya, semasa login, kita belum sempat tekan apa-apa, jadi peranti bangun lambat. Ini menambah beberapa saat sebelum ia bertindak balas.

4. Semasa Sleep, macOS Menutup Radio Bluetooth

Untuk menjimatkan tenaga, macOS akan:

Mematikan Bluetooth secara separa

Melepaskan sambungan peranti sekejap

Apabila kita gerakkan tetikus atau tekan keyboard, komputer bangun dahulu, tetapi Bluetooth mengambil masa untuk hidup semula.

5. Gangguan USB 3 & SSD Mempengaruhi Bluetooth

Peranti USB 3 seperti external SSD, pendrive dan dongle boleh menghasilkan gangguan gelombang 2.4GHz, iaitu frekuensi yang sama digunakan oleh Bluetooth dan Logitech Bolt.

Jika peranti disambung terlalu dekat dengan Mac mini:

Sambungan Bluetooth menjadi perlahan

Pairing mengambil masa lebih lama

Respons jadi delay selepas boot

Point nombor 5 untuk diri saya mungkin tidak mempengaruhi kelewatan 'bangunnya' keyboard dan mouse Logitech saya kerana tiada sambungan aktif dari external SSD atau benda lain di Mac Mini saya. 

Kesimpulannya, kelewatan keyboard dan mouse Logitech selepas cold restart atau bangun dari sleep bukan disebabkan kerosakan device. Ia berlaku kerana:

  • Bluetooth aktif lambat selepas boot
  • Perlu melalui penyulitan keselamatan
  • Peranti Logitech berada dalam mod jimat kuasa
  • Gangguan USB 3/SSD memperlahankan pairing
  • macOS menutup Bluetooth ketika sleep

Dalam erti kata mudah, komputer bangun lebih cepat daripada papan keyboard dan mouse. 

Cara Kurangkan Delay bluetooth mouse dan keyboard di Mac mini

1. Guna Logi Bolt (kalau guna Logitech devices). Ia lebih laju daripada Bluetooth.

2. Jauhkan SSD/USB 3.0. Elak gangguan signal.

3. Kejutkan awal. Tekan keyboard/gerakkan mouse sebelum login.

4. Aktifkan “Allow Bluetooth to Wake Mac” (jika ada).

5. Pastikan bateri keyboard & mouse tinggi. Elak deep sleep oleh device tersebut.

6. Simpat backup keyboard berwayar untuk login selepas restart.


p/s: Seperti keyboard tanpa wayar, keikhlasan pun tak perlu kabel. Cuma ia mungkin sampai perlahan, tapi lebih tenang.

Monday, December 08, 2025

Permintaan AI Mengganas: Apa Yang Berlaku Pada Harga RAM, SSD, dan Pasaran Komputer Global

 



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, landskap teknologi global telah mengalami perubahan ketara, khususnya dalam aspek komponen komputer seperti memori dan storan. Pengguna mula merasakan kenaikan harga yang luar biasa bagi RAM, SSD serta komponen berkaitan, yang secara langsung memberi kesan kepada proses naik taraf PC, pembinaan sistem baharu dan pembelian peranti digital. Fenomena ini bukan lagi sekadar turun naik biasa pasaran, tetapi satu trend yang semakin ketara dan membimbangkan. Justeru, penting untuk memahami faktor sebenar di sebalik peningkatan harga ini serta bagaimana industri teknologi sedang berubah akibat pengaruh sektor baharu yang berkembang pesat.

Menurut PCGamer.com, kenaikan harga RAM dan storan beberapa bulan kebelakangan ini adalah bersebab. Semuanya berpunca daripada ledakan industri kecerdasan buatan (AI). Permintaan yang terlalu tinggi daripada pusat data AI menyebabkan pengeluar mengutamakan bekalan untuk sektor tersebut, sekali gus mengurangkan stok untuk pengguna biasa yang menggunakan PC, laptop atau rig gaming. Akibatnya, harga  RAM melonjak dengan cepat, malah ada yang hampir berganda dalam masa singkat. Situasi sama turut berlaku pada SSD dan cip NAND, di mana permintaan yang ketat mula mempengaruhi pasaran pengguna. Lebih buruk lagi, pakar menjangkakan harga tidak mungkin turun dalam masa terdekat kerana pusat data AI terus membeli memori dalam jumlah besar, menjadikan pasaran pengguna bukan lagi keutamaan pengeluar. Kesimpulannya, sesiapa yang merancang menaik taraf PC atau membeli storan baharu mungkin perlu bersedia dengan kos yang lebih tinggi untuk beberapa ketika.

Pada pendapat saya, pengeluar komputer dan PC dijangka mempunyai strategi tersendiri untuk menangani kenaikan kos memori dan storan ini. Dalam industri ini, langkah seperti memeterai kontrak bekalan jangka panjang, menyimpan stok komponen lebih awal, serta 'standardize'kan konfigurasi produk adalah antara pendekatan yang sering digunakan untuk mengekalkan harga yang stabil. Selain itu, ada juga pengeluar yang mengoptimumkan penggunaan memori melalui integrasi perisian dan perkakasan yang lebih efisien, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada RAM atau storan berspesifikasi tinggi. Pendekatan-pendekatan ini menunjukkan bahawa industri sememangnya bersedia menyesuaikan strategi mereka apabila berdepan gangguan bekalan atau peningkatan permintaan global yang didorong oleh perkembangan pesat teknologi AI.

Lenovo dikatakan telah mula mengumpul inventori RAM dan komponen kritikal lain sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kekurangan bekalan dan lonjakan harga.  Menurut laporan tersebut, inventori memori mereka kini dianggarkan sekitar 50% lebih tinggi daripada paras biasa, dan cukup untuk menampung pengeluaran sehingga hujung 2026.  Strategi stockpiling ini membolehkan Lenovo, dengan skala global mereka, mengekalkan kestabilan harga pada model PC/laptop walaupun harga pasaran RAM melonjak tinggi.  Ini menunjukkan bahawa pengeluar besar tidak hanya ikut arus, tetapi aktif merangka langkah agar pengguna tetap boleh memperoleh produk dengan harga yang lebih konsisten walaupun pasaran komponen sedang bergolak. Boleh baca laporan di Tom's Hardware tentang perkara ini.

Jika hanya Lenovo sahaja yang mengambil langkah proaktif menyimpan stok RAM dalam jumlah besar sehingga mampu menampung pengeluaran sehingga tahun 2026, sudah tentu tindakan ini memberi mereka kelebihan daya saing yang signifikan. Dengan kos komponen yang lebih stabil dan tidak terlalu terdedah kepada turun naik pasaran, Lenovo berpotensi mengekalkan atau menawarkan harga PC dan komputer riba yang lebih kompetitif berbanding pengeluar lain yang masih bergantung kepada harga pasaran semasa. Dalam konteks pasaran global yang semakin tertekan oleh permintaan memori dan storan akibat perkembangan teknologi AI, strategi penyimpanan stok awal ini boleh diterjemah kepada harga produk yang lebih rendah, margin keuntungan yang lebih terjamin, serta kemampuan mengekalkan kestabilan harga jangka panjang. Oleh itu, sekiranya pengeluar lain tidak mengambil pendekatan serupa, jurang harga antara jenama mungkin menjadi lebih ketara menjelang 2026.

Pasaran memori dan storan hari ini ibarat medan perang senyap antara permintaan AI dan pengguna. Harga melambung, stok berkurang, dan kita hanya boleh menunggu dari tepi gelanggang sambil berharap ada sinar perubahan. Jika strategi 'simpanan awal' mula jadi trend besar, mungkin 2026 akan menyaksikan detik di mana harga PC dan laptop kembali berpihak kepada pengguna. Kita hanya mampu bersedia, berjimat, dan menunggu saat di mana teknologi kembali mesra dengan poket manusia biasa.





Friday, December 05, 2025

iCloud dan Google Drive

 



iCloud ialah “otak awan” untuk semua peranti Apple kita. Ia simpan file, gambar, dokumen, dan setting secara automatik, lepas tu hantar balik ke iPhone, iPad, MacBook atau Mac Mini tanpa kita sedar pun. Senyap, cepat, dan selalu ada bila diperlukan. Pendek kata, iCloud buat kerja belakang tabir supaya hidup kita tak kelam-kabut kalau tukar device, hilang phone, atau nak sambung kerja dekat device lain. Semua sync, semua smooth. Inilah gaya hidup Apple yang sebenar.

Ramai yang tanya 'Betul ke iCloud guna Google Drive? Jawapan pendek adalah Ya, ada betulnya, tapi bukan macam yang orang bayangkan. Bukan macam kita as a normal user gunakan Google Drive. iCloud memang gunakan sebahagian infrastruktur Google Cloud dan Amazon AWS sebagai gudang simpanan, tapi semua data kita dah pun encrypted oleh Apple sebelum dihantar ke sana. Maksudnya Google tak nampak, tak boleh buka, dan tak tahu pun apa isi dalam fail kita. Mereka cuma sediakan storan, tapi kunci peti besi masih di tangan Apple. Jadi tiada isu privasi yang penting, data kita selamat, dan peranti Apple tetap sync macam biasa. Link ni ada cerita yang Apple guna Google Drive dan AWS untuk storan. 

Sebenarnya Apple bukannya tak mampu buat server sendiri. Apple memang ada data center sendiri di US dan Eropah. Tapi kenapa masih guna Google Cloud dan Amazon AWS? Sebab mudah: untuk bagi iCloud lebih laju, lebih stabil, dan boleh tampung berbilion-bilion data pengguna seluruh dunia. Infrastruktur Google dan Amazon memang terkenal dengan kapasiti gergasi, uptime tinggi, dan liputan global. Jadi Apple gunakan rangkaian server mereka sebagai tambahan, macam sewa gudang premium. Tapi yang penting, semua data kita dikunci (encrypted) dulu oleh Apple sebelum dihantar. Jadi walaupun iCloud guna Google atau AWS sebagai ‘rumah’, kunci rumah tu tetap Apple yang pegang. Hasilnya? iCloud jadi lebih cepat, lebih reliable, dan lebih selamat.

iCloud ialah nadi ekosistem Apple yang buat semua peranti kita bekerja serentak tanpa drama. Ya, iCloud gunakan Google Cloud dan Amazon AWS, tapi itu hanya sekadar infrastruktur, kunci keselamatan dan kawalan data tetap milik Apple. Gabungan ini buat iCloud lebih laju, stabil dan boleh dipercayai, sambil menjaga privasi pengguna pada tahap tertinggi. Pendek kata, tak kisahlah file, gambar, dokumen atau setting, semua selamat, semua sync, semua smooth. Itulah kekuatan iCloud dalam dunia Apple.

Kadang-kadang dalam hidup, kita perlukan tempat simpan rahsia yang sentiasa ada bila perlu, senyap bekerja di belakang tabir, tapi jadi penyelamat bila semuanya hilang arah.







Wednesday, November 26, 2025

Pengalaman Mini Bersama Mac Mini

 



Walaupun sekarang laptop dah nipis, ringan dan bateri tahan lama, desktop masih belum ‘pupus’. Sebenarnya ada sebab kenapa ramai masih setia dengan desktop. Ia lebih stabil, lebih kuat, tak cepat panas, dan kita boleh biarkan ia berjalan sepanjang hari tanpa risau bateri atau throttling. Untuk orang yang nak workstation tetap di rumah atau pejabat, desktop bagi rasa yang lebih solid. Dan kalau nak prestasi tinggi pada harga lebih rendah, desktop biasanya lebih berbaloi. Pendek kata, laptop untuk bergerak, desktop untuk kerja betul-betul.

Saya sendiri sebenarnya lebih selesa guna desktop di ofis. Sebab paling simple ialah saya malas nak angkut laptop ke sana sini. Bila balik dari pejabat, kadang-kadang tangan penuh dengan beg, botol air, barang kerja,  tambah pula laptop, memang rasa leceh. Lagi satu, kerja saya pun bukan setiap hari duduk dalam ofis. Ada masa saya perlu terus ke luar, jumpa orang, atau urusan tugasan lain, dan dari situ saya biasanya terus balik rumah tanpa singgah ofis. Jadi kalau guna desktop, tak perlu risau nak patah balik ambil laptop bila tiba-tiba kena kerja luar. Semua kerja yang perlukan komputer saya buat di ofis, dan bila selesai, saya balik dengan tangan yang lebih ringan.

Adakala, balik ofis akan menyinggah sana-sini. Kalau bawa laptop, terpaksa lah usung laptop sekali. Saya tak berani tinggal dalam kereta, takut kereta kena pecah, laptop kena rembat. Banyak data dalam laptop tu. 

Saya pilih Mac Mini untuk dijadikan desktop sebab dia sebenarnya paling murah dalam keluarga Apple. Kalau nak beli iMac, harganya memang jauh lagi tinggi. Boleh rabak poket. Beli yang ni pun bayar 0% instalment. Nasib baik Bank saya ada kemudahan tersebut. Bulan-bulan tak tinggi mana.

Dengan Mac Mini, saya dapat prestasi cip M-series yang sama laju, tapi pada harga yang lebih masuk akal. Lagi pula, saya memang dah ada dua monitor lama yang masih elok, satu Samsung, satu Acer. Jadi tak payah bazir duit beli monitor baru. Keyboard Bluetooth Logitech pun sudah tersedia, tinggal sambung sahaja. Paling best, saya memang dah lama duduk dalam “ecosystem” Apple, dari telefon, tablet hinggalah ke laptop. Airpod pun ada (yang ni dapat free masa beli Macbook). Bila tambah Mac Mini sebagai desktop tetap, semuanya sync dengan mudah. Airdrop, Notes, iCloud, Safari passwords… semua berjalan lancar tanpa perlu pening kepala. Pendek kata, saya cuma tambah satu ‘kotak kecil’ tapi workflow saya terus jadi lebih smooth.

Pengalaman hari pertama beli Mac Mini memang menyenangkan. Buka kotak, sambung kabel, tekan power, itu saja. Setup dia sangat mudah, rasa macam tak ada benda pun yang perlu fikir panjang. Bluetooth keyboard dan mouse terus detect, terus boleh login guna Apple ID. Lepas siap setup, saya terus buat kemas kini sistem. Out of the box, Mac Mini datang dengan macOS Sequoia, tapi dalam masa beberapa minit dia terus minta upgrade ke macOS Tahoe. Proses naik taraf pun lancar, tak perlu tekan apa-apa sangat. Sambil tunggu, saya layan TV, tahu-tahu dah siap. Memang pengalaman yang smooth, ringkas, dan tak pening kepala, tipikal Apple punya style.

Salah satu sebab saya jatuh hati dengan Mac Mini ni ialah saiz dia kecil gila. Kecil sampai rasa macam beli powerbank mahal. Letak atas meja pun orang tak perasan itu komputer, ingatkan kotak tisu premium. Walaupun saya ambik spec basic saja, tapi untuk kerja saya dah cukup laju. Lagi pun, saya memang jenis pemalas upgrade hardware besar-besar. Plan saya simple, nanti beli dock kasi tambah port sikit, lepas tu sambung external SSD bila storage dah nazak. Settle. Mac Mini ni ibarat kereta Kancil yang boleh boost turbo bila perlu. Kecil, comel, tapi boleh buat kerja.

Paling best pasal Mac Mini ni, dia bukan saja kecil, dia juga portable. Nampak gayanya akan selalu bawa balik dari ofis macam bawa bekal.  Masuk beg, zip, jalan. Tak payah fikir pasal bateri, tak payah risau screen crack, tak payah rasa berat macam bawa laptop. Sampai rumah, saya cucuk saja ke TV 50 inci, terus jadi ‘home cinema workstation’. Buat masa ni memang itu perancangan rasmi saya. Kerja ofis guna Mac Mini, balik rumah pun sambung di laptop. Tapi nampak gaya ni, silap-silap hari-hari saya bawa balik macam bawa laptop.

Masa saya tulis blog ini, saya baru je lagi guna Mac Mini, so tak nampak sangat apa kelemahan dia kecuali rasa kerap nak bawa balik rumah sebab comel. Cuma saya semak di internet, dan memang ada beberapa kelemahan yang orang lain telah bongkar. Boleh dipertimbangkan supaya anda lebih bersedia.

Pertama ialah tiada pilihan upgrade RAM/Storage selepas beli. Reviu di internet menyebut bahawa model Mac Mini M4 tidak membenarkan pengguna menukar RAM atau storan sendiri selepas pembelian. Ini bermaksud, bila anda beli dengan storage/ram “cukup untuk sekarang”, anda mungkin akan rasa sempit jika projek anda bertambah besar (contoh: banyak video 4K, banyak plugin heavy). Jadi walaupun sekarang “okay”, ada baiknya pertimbangkan masa depan supaya tak menyesal nanti.

Kedua, port sambungan legacy agak “terhad” / tak ada USB-A / kad SD. Ada orang favourite port USB-A dan slot kad SD, tapi Mac Mini M4 tiada atau sangat minimum. 

Jika anda ada banyak peranti lama (USB-A flash drive, kad SD kamera, peranti storan lama), anda mungkin perlu dongle atau hub tambahan, sedikit kerja ekstra dan kos tambahan. Saya mungkin perlukan dongle untuk sambungkan ke printer HP saya.

Ketiga, kurang tenaga untuk kerja pro keras seperti rendering heavy atau gaming AAAReviu di internet menunjukkan bahawa walaupun prestasi M4 sangat baik untuk banyak penggunaan, jika anda lakukan kerja sangat berat (contoh: 3D rendering besar, gaming AAA atau editing multi-stream 8K), akan ada hadnya. Setakat ini tugasan saya tidak melibatkan perkara-perkara heavy ini. Setakat sekarang saya cuma ber'workflow' ringan atau sederhana (office work, design ringan, media consumption) sahaja. Jika anda satu hari nanti naik level, mungkin anda akan rasa “kalau saya beli model Pro” atau “PC lain” mungkin lebih sesuai.

Kesimpulannya, Mac Mini M4 ni memang ‘kecil-kecil cili padi’. Harga berpatutan, prestasi padu, setup senang, dan fleksibel macam transformer versi comel. Setakat ni memang tiada benda pelik yang buat saya menyesal beli, kalau ada pun, mungkin cuma satu, saya takut nanti saya sendiri yang manja sangat dengan dia. Silap-silap tiap-tiap hari angkut balik rumah macam bawa lunch box. Tapi tak apa, janji kerja siap, hati puas, dan setup meja kekal cun.

Kadang-kadang dalam hidup, yang kecil, senyap dan tak banyak ragam tu lah yang paling banyak tolong kita, lebih setia daripada manusia yang suka buat drama.


Tuesday, August 05, 2025

GPT Plus ada Limit?




Kalau anda biasa guna ChatGPT versi percuma, ChatGPT Plus ni ibarat naik taraf ke “first class”. Dengan langganan ni, anda akan dapat akses kepada model lebih pintar iaitu GPT 4o, yang bukan sahaja lebih bijak, tapi juga lebih laju dan stabil walaupun waktu ramai orang tengah guna.

Selain respons yang pantas, ChatGPT Plus juga bagi peluang anda cuba ciri-ciri baru lebih awal sebelum pengguna percuma. Memang sesuai untuk penulis, pelajar, peniaga online, atau sesiapa sahaja yang nak idea cepat tanpa perlu tunggu lama. Pendek kata, kalau anda selalu bergantung pada ChatGPT untuk kerja atau projek, ChatGPT Plus memang berbaloi untuk dipertimbangkan.

Tapi ada satu benda yang ramai tak tahu, walaupun guna ChatGPT Plus, fungsi image generation (cipta imej AI) masih ada had penggunaan. Baru-baru ni saya sendiri kena “time-out”. Tengah syok minta ChatGPT buat gambar, tiba-tiba keluar mesej yang kata saya dah capai limit. Kena tunggu 30 hari baru boleh guna semula.

Limit ni dibuat supaya sistem tak terlalu dibebankan, terutamanya bila ramai pengguna serentak buat permintaan imej. Jadi walaupun kita guna Plus, tetap ada kuota tertentu setiap bulan. Bila kuota habis, semua permintaan gambar akan “pause” sampai kitaran seterusnya bermula.

Tip saya, guna fungsi image generation ni secara bijak, simpan permintaan untuk projek penting atau idea yang betul-betul nak guna, bukan semua benda nak jadikan gambar (macam saya yang minta lukis kopi panas dalam 10 gaya berbeza ).

Secara keseluruhannya, ChatGPT Plus memang satu pelaburan yang bagus kalau anda kerap guna ChatGPT untuk kerja, belajar, atau projek kreatif. Ia memberi kelajuan, kestabilan, dan akses kepada teknologi AI yang lebih pintar. Walaupun ada had untuk generate imej, kelebihan lain yang ditawarkan memang berbaloi dan boleh menjadikan pengalaman anda dengan ChatGPT jauh lebih lancar dan menyeronokkan.


Sunday, June 01, 2025

Tablet di Tahun 2025 : Masihkah Relevan?

 




Tablet adalah sejenis peranti elektronik mudah alih yang berfungsi sebagai komputer peribadi dengan skrin sentuh. Ia menggabungkan kelebihan komputer riba dan telefon pintar, membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas seperti melayari internet, menonton video, membaca buku digital, bermain permainan, dan menggunakan aplikasi. Dengan saiz skrin yang lebih besar berbanding telefon pintar tetapi lebih mudah dibawa berbanding komputer riba, tablet menjadi pilihan popular untuk kegunaan harian, pembelajaran, dan juga pekerjaan.

Tablet mula diperkenalkan sebagai peranti komputer mudah alih yang menggabungkan ciri skrin sentuh dengan fungsi komputer peribadi. Idea awal tablet sudah wujud sejak tahun 1960-an, seperti dalam konsep “Dynabook” oleh Alan Kay pada tahun 1968, yang membayangkan komputer kecil dan ringan untuk pendidikan.

PDA atau Personal Digital Assistant adalah peranti elektronik mudah alih yang popular pada tahun 1990-an hingga awal 2000-an, sebelum kemunculan telefon pintar moden. Fungsi utama PDA adalah untuk membantu pengurusan peribadi seperti kalendar, jadual, alamat, dan nota. Selain itu, PDA juga boleh digunakan untuk menghantar dan menerima emel, melayari internet secara asas, serta memasang aplikasi tertentu.

Salah satu contoh PDA yang terkenal ialah O2. Peranti ini boleh dianggap sebagai gabungan PDA dengan ciri telefon mudah alih, yang pada masa itu dikenali sebagai smartphone awal. O2 biasanya dilengkapi dengan sistem operasi seperti Windows Mobile, mempunyai stylus untuk input skrin sentuh, dan membolehkan pengguna mengakses aplikasi pejabat serta sokongan untuk internet.

Secara ringkas, PDA adalah perintis kepada teknologi peranti pintar masa kini. Ia meletakkan asas bagi pembangunan telefon pintar moden, dengan menggabungkan ciri pengkomputeran mudah alih, sambungan komunikasi, dan aplikasi pejabat dalam satu peranti yang ringkas dan praktikal.

Tablet mula mendapat perhatian serius apabila Apple melancarkan iPad pada tahun 2010. iPad berjaya menarik minat pengguna dengan reka bentuk yang ringkas, prestasi baik, dan sistem operasi mesra pengguna. Sejak itu, tablet terus berkembang dengan pelbagai jenama seperti Samsung Galaxy Tab, Microsoft Surface, dan lain-lain, menjadikannya alat serbaguna yang sesuai untuk pelbagai keperluan harian.

Di tahun 2025, tablet semakin canggih dan memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang kehidupan. Kegunaannya bukan sekadar untuk hiburan semata-mata, tetapi juga sebagai alat produktiviti, pembelajaran, dan kreativiti. Berikut adalah beberapa kegunaan utama tablet pada tahun 2025:

Pendidikan

Boleh digunakan secara meluas sebagai buku teks digital dan alat pembelajaran interaktif di sekolah dan universiti.

Membolehkan pelajar mengikuti kelas secara maya dan hibrid dengan lancar.

Produktiviti dan Kerja Profesional

Digunakan sebagai pengganti komputer riba untuk tugasan pejabat, terutamanya dengan sokongan keyboard magnetik dan stylus pintar.

Sesuai untuk mesyuarat video, mencatat nota, mengedit dokumen, dan melukis reka bentuk.

Aplikasi produktiviti seperti Microsoft 365 dan Google Workspace dioptimumkan untuk tablet.

Kreativiti dan Reka Bentuk

Menjadi alat utama untuk pereka grafik dan artis digital dengan sokongan stylus yang responsif. Saya pernah melihat seseorang menghasilkan lukisan yang cantik menggunakan stylus dan Ipad.

Digunakan untuk menghasilkan ilustrasi digital, lukisan, video editing, dan muzik. Rakan-rakan saya membawa tablet ke studio muzik untuk memaparkan lirik dan chord lagu yang mereka ingin mainkan. 

Hiburan dan Gaming

Menjadi platform popular untuk permainan mudah alih dengan skrin besar dan grafik yang hebat pada sesetengah high end tablet.

Digunakan untuk menonton video streaming seperti Netflix, YouTube, dan Disney+.

Menyokong permainan cloud gaming dengan prestasi tinggi.

Sambungan Pintar dan Kawalan Rumah

Digunakan sebagai pusat kawalan rumah pintar – untuk mengawal lampu, penghawa dingin, kamera, dan peranti lain.

Integrasi dengan sistem seperti Google Home.


Saya sendiri menggunakan iPad Mini. Pada asalnya, saya beli hanya untuk membaca eBook dan eMagazine. Namun, lama-kelamaan, saya dapati tablet ini sebenarnya sangat versatile. Setiap malam, saya akan gunakan iPad untuk browsing internet, menonton YouTube, TikTok, dan content-content santai yang lain. Bagi saya, malam adalah waktu untuk wind down dan relax.Telefon saya pula, biarlah dia ‘rest’ dulu selepas seharian sibuk dengan WhatsApp kerja, calls, dan urusan lain. Kadang-kadang, saya juga gunakan iPad untuk mencatat nota penting semasa mesyuarat atau perbincangan. Yang paling best, semua nota ni sync terus ke phone saya, so anytime nak rujuk semula, memang senang.

Honestly, iPad Mini ni memang pilihan yang tepat, ianya kecil, ringan, dan super convenient

Secara amnya, tablet di tahun 2025 bukan hanya alat hiburan, tetapi juga platform serba guna yang menyokong pelbagai aspek kehidupan, dari pembelajaran, pekerjaan, kreativiti, hingga kesihatan. Dengan teknologi yang semakin canggih seperti AI, 5G/6G, dan peranti pintar, tablet menjadi salah satu peranti penting yang membantu manusia menghadapi cabaran masa depan. Menjawab persoalan adakah tablet masih relevan di tahun 2025, jawapan saya YA.


Monday, February 12, 2024

Artificial Intelligence (AI)

 



Dunia semakin maju. Selaras dengan majunya dunia, teknologi turut berkembang. Pelbagai teknologi telah dicipta, dimajukan dan digunakan oleh manusia. Antaranya teknologi-teknologi yang berada di sekeliling kita ialah seperti internet, smartphone, pembayaran tanpa tunai, teknologi wireless dan banyak lagi. 

Di celah-celah teknologi yang ada ini adalah teknologi AI ataupun Aritificial Intelligence. Kecerdasan Buatan, atau AI, merujuk kepada pembangunan sistem komputer yang boleh melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia. Dalam erti kata lain, AI melibatkan penciptaan mesin atau perisian yang boleh berfikir, belajar dan membuat keputusan dengan cara yang meniru kecerdasan manusia.

Terdapat dua jenis AI utama: Narrow AI dan General AI. Narrow AI, juga dikenali sebagai Weak AI, direka untuk melaksanakan tugas tertentu atau satu set tugas, seperti pengecaman imej, terjemahan bahasa atau bermain catur. General AI, sebaliknya, akan mempunyai keupayaan untuk memahami, belajar dan menggunakan pengetahuan merentasi pelbagai tugas - sama seperti cara manusia berfikir dan belajar.

Gambar yang di AI kan dari gambar lain


Aplikasi AI boleh ditemui dalam pelbagai aspek kehidupan seharian kita, seperti pembantu maya (seperti Siri atau Alexa), virtual assistant (seperti cadangan Netflix atau Amazon), dan kenderaan autonomi. Matlamat AI adalah untuk mencipta mesin yang boleh menyesuaikan, menambah baik dan melaksanakan tugas tanpa pengaturcaraan yang jelas, dan akhirnya meningkatkan kecekapan dan menyelesaikan masalah yang kompleks.

Kita tidak boleh lari dari AI dalam kehidupan kita. Saya sendiri apabila menggunakan internet atau Youtube, kerap kali juga akan disajikan dengan kandungan yang disyorkan dan kebanyakannya memang 'match' dengan apa yang ingin saya lihat. 

Dalam dunia penulisan juga kita ada beberapa AI tools yang dapat memudahkan penulis seperti Quillbot dan tidak dilupakan, AI chatbot yang akan menjawab sebarang persoalan yang kita lontarkan. Sejujurnya terdapat beberapa perenggan dalam entri ini yang saya tulis dengan bantuan AI chatbot.



Selain dari itu, terdapat juga AI yang mampu menukarkan teks kepada gambar. Saya kerap juga menggunakan AI picture tools ini untuk mencipta gambar-gambar yang bersesuaian dengan apa yang ada dalam fikiran saya. Entri lepas di blog ini menggunakan gambar yang dicipta oleh AI. Untuk entri ini dan seterusnya, saya akan juga menggunakan AI untuk generate gambar. Gambar diatas asalnya adalah gambar dari FB rakan saya, gambar pemandangan. Saya tukarkan menggunakan AI. Sebenarnya gambar asal adalah jeti yang menghala ke satu struktur di laut. 

Apabila sudah terlalu banyak AI, timbul pula persoalan tentang kriteria untuk memilih apps atau software AI yang sesuai untuk kita guna, dan adakah manusia masih mampu berdiri atas kaki sendiri andai AI gagal diakses. Kebergantungan sepenuhnya kepada AI juga agak merisaukan kerana jika AI itu memberikan sesuatu yang salah, nescaya ia akan menyebabkan kehidupan kita kucar kacir.




Tuesday, August 02, 2022

Pengalaman Bersama Samsung S22+

 

Fotografi merupakan salah satu hobi saya. Ketika saya menggunakan DSLR dahulu, pelbagai lensa yang saya beli. Pada zaman itu,  rujukan kebanyakannya adalah dari majalah. Masih saya ingat majalah luar negara dan dalam negara yang saya beli di kedai. Pelbagai teknik yang saya cuba antaranya panning, bokeh dan macro. Oleh kerana tidak cukup budget nak beli  dedicated macro lense, saya beli macro filter. Dapat juga ambil sikit-sikit gambar makro.

Tapi bila dah lama guna, baru saya sedar saya sebenarnya suka street photography. Sambil jalan sambil ambil gambar-gambar pemandangan. Dulu kita ada fotopage tempat showcase gambar-gambar yang kita ambil di DSLR. Adakalanya gambar yang diambil itu diedit dahulu, adakalanya terus diupload. Sekarang ada Instagram.

Bila dah lama-lama guna DSLR, rasa bulky pula nak bawa. Ditambah dengan charger, bateri spare, lensa-lensa dan kadang-kadang speedlight. Speedlight masa tu tak mampu beli brand Nikon yang sama dengan kamera saya, mampu beli Nissin sahaja. 

Bila camphone semakin canggih, saya tinggalkan terus DSLR. Saya tak ingat saya jual pada siapa, tapi ada satu lensa saya yang gagal dijual sebab dah ada fungus. Punya lama tak pakai. Lensa 35mm Nikon. Memang cun gila ambil gambar bokeh. 

Bulan lepas Samsung buat program Trade In dan juga beri diskaun. Saya bawa Samsung Note 10 Lite saya berjumpa Nadia di Samsung Store di shopping mall berdekatan rumah saya dan terus trade in. Sebenarnya saya ada lagi few smartphone Samsung yang dalam keadaan baik untuk saya trade in tapi Nadia kata satu je boleh trade in. 

Kini, lagi 2 hari genap sebulan saya guna Samsung S22+. Mula-mula nak ambil Ultra, lagi-lagi dia ada S Pen. Saya memang penggemar Note. Tapi lately ni jarang pula guna S Pen, rasa macam nak tukar balik ke S series biasa. Mula-mula nak pilih S22 biasa tapi skrin tak besar. S22 Plus ni hampir sama saiznya dengan Note 10 Lite so saya sambar yang Plus. Guna screen protector di kedai Samsung terbabit, boleh tahan harga Screen Protector tu, cutting guna mesin. Bila saya pergi ke kedai luar pun sebenarnya lebih kurang juga harganya. Orang kedai luar siap cakap pada saya ia lebih tahan dari yang jenis tampered glass. Memandangkan S22+ punya skrin kali ini adalah Dynamic Amoled yang memang cantik, saya tak gunakan privacy screen. Saya gunakan clear screen untuk dapatkan hasil terbaik. Lagipun dah tua tua ni takde apa nak diprivacykan. 

Untuk spesifikasi S22+, saya punya phone menggunakan Snapdragon. Di Malaysia kita dapat Snapdragon. Saya tak peduli sangat samada ia Exynos atau Snapdragon. Yang saya tau ianya much more faster than my previous phone. And also storage built-in is 256gb dan didatangkan tanpa slot microsd. For me tiada masalah sebab built-in storage pun dah besar.

Full spesifikasi S22+ boleh dilihat di internet, di website Samsung Malaysia pun ada. Apa yang saya nak kisahkan disini ialah setelah sebulan guna, ianya smooth, laju masa boot dan juga saya dapat connection Wifi 6 bila sambung ke modem router di rumah saya. Sebelum ni tak dapat. And hasilnya ialah my Speed Test constantly berada di 500mbps for download and 1xx mbps for upload. Compare to my Note 10 Lite, it's always 3xx mbps download. Kalau saya guna my MBA 2020 baru dapat 5xx mbps.

Another thing is even though saya charge guna 25w samsung fast charging, ianya cepat. Saya rasa much more faster than my Note 10 Lite. Pagi tadi my power was 36% masa saya on phone. Then I charge the phone and went to take a bath and after that took my breakfast (at home). Then when I took back my phone, it is 100%. Saya rasa semua sekali tu saya buat not more than an hour. You can see the actual charging test on the internet. Di laman web ini, S22+ memerlukan 62 minit untuk charge dari 0-100%, menggunakan charger 25w. You can see the comparison yourself by reading the website. 

The best thing sebenarnya ialah kameranya. Tengok lensa dia pun besar. Ada tiga. Makro takde. Saya pun tak kisah sangat sebab tak berapa main makro. Saya suka Samsung S Series ni sebab nightography. Antara gambar yang saya ambil ada dibawah. Kesemuanya bukan resolution sebenar. Saya resize untuk blog ini. Kalau resolution sebenar lagi cantik. 



Cubaan nightography. Gambar anak saya tidur. Sebenarnya bilik ini hampir gelap dan ada lamp bedside Xiaomi sahaja. Itupun cahayanya saya set dalam mod tidur. Anak saya ni tengok youtube kejap je di handphone dan kemudian tertidur.



Yang ini pula gambar anak saya di shopping mall. Menggunakan cahaya dalam shopping mall. Saya guna bokeh effect pada camera. Edit minor sahaja.



Ini gambar dalam basement parking di Ikea. Sebenarnya saya ambil gambar lokasi parking sebab takut sesat nak cari kereta. Maklumlah lama tak ke Ikea guna kereta sendiri, asyik guna MRT sahaja. Cahaya guna cahaya lampu dalam basement parking dan kemudian saya apply filter black and white dari camera.



Gambar di atas merupakan satu eksperimen bokeh. Gambar ini adalah gambar  topi University of Liverpool kiriman dari ex student saya bernama Beatrice. Dia pernah belajar disitu dan sekarang dia ikut husband dia pula sambung belajar disitu. Ini memang dari Liverpool, bau Liverpool pun ada lagi. Dia kirim melalui rakan seofis saya yang ke UK baru-baru ini. Thank You Bet.

Conclusionnya is as more and more apps and mobile technology being invented and used, hardware yang kita gunakan juga becomes more demanding. Moving to a new Samsung Flagship ensures at least 4 years of 'good hardware and technology support'. Furthermore camera yang memuaskan hati membolehkan pelbagai imej diambil untuk diabadikan sebagai kenangan. Video pun not bad cuma I am not much into the video section. 







 

Tuesday, June 14, 2022

Mencari Anti Virus

 



Menjelang tempoh antivirus saya akan berakhir, saya mula berkira-kira mencari activation key untuk reactivate kembali antivirus saya. Buat masa ini saya menggunakan Kaspersky di komputer kerja saya. Bit Defender pula saya guna di laptop anak saya. Walaupun OS masing-masing telah datang dengan Windows antivirus tetapi tahap keyakinan saya pada antivirus third party masih tetap utuh.

Teringat suatu ketika dahulu, Norton merupakan yang terhebat di Malaysia. Ketika itu Bit Defender baru bertapak. Avira pula didatangkan secara percuma dan seringkali tak detect virus, begitu juga McAfee. Maklumlah zaman ketika itu connection internet bukan sesuatu yang boleh didapati dengan mudah seperti sekarang. Zaman itu mana ada mobile internet. Semua fix line. Samada Cyber cafe atau pejabat sahaja yang ada. Itupun tak semua pejabat ada sambungan internet. Rumah juga tak semua ada. Jadi nak update database antivirus tu agak sukar. Database mereka pun tak selalu berupdate. Masa mula-mula saya diperkenalkan dengan Kaspersky pun, saya agak takut sebab namanya pun sedikit Russian. Ketika itu mentaliti Russia ini jahat memang menebal hasil momokan filem Hollywood.

Sekarang, ada banyak antivirus di pasaran tetapi yang paling dikenali adalah Kaspersky dan Bit Defender. Norton masih ada lagi tapi jarang saya lihat kawan-kawan guna. Saya pun dah stop guna Norton since berbelas tahun lepas kerana PC rasa berat. Masa tu Bit Defender dan Kaspersky rasa very light. Malangnya kedua-dua mereka terlalu cerdik sampai habis file excel yang digunakan untuk kerja dideletenya.

Jadi, sekarang saya sepatutnya dah boleh renew Kaspersky saya tetapi akibat perang Russia Ukraine dan ketidaktentuan produk dari Russia, saya berfikir mungkin tiba masa saya mencari produk lain. Yang terlintas dikepala saya hanyalah Bit Defender iaitu produk dari Romania ini. Saya ada melihat satu laporan comparison di website cybernews.com yang menyebut bahawa Bit Defender ‘sedikit’ lebih hebat dari Kaspersky. Namun ini bukanlah bermakna Kaspersky tidak hebat. Dah lama saya percayakan Kaspersky. Cuma senario dunia sekarang ini meyebabkan saya cuba elak produk Russia buat sementara. Takut terheret dalam perang siber.

Melihat laporan reviu di cybernews.com , Bit Defender sedikit berat compare to Kaspersky. Ini adalah dapatan dari penulis tersebut. Dari segi lain, Bit Defender lebih sedikit dapat detect malware compared to Kaspersky. Saya pula akan pilih produk yang ada offer price yang lebih menarik. Lagi bagus kalau dia dapat offer price yang cantik dan molek with activation yang lebih lama. Contohnya Bit Defender di Official Store mereka di Shopee ada tawarkan harga menarik untuk tempoh activation 3 tahun. Maknanya kalau saya beli produk tersebut, tak payah fikir nak renew for 3 years. Masa tu pun agaknya PC dah tukar baru.

So far dah hampir 2 minggu saya gunakan Bit Defender di PC di bilik ofis saya dan setakat ini tiada apa-apa masalah. PC saya menggunakan processor Intel i5-7400T 2.4GHz dan 4 GB RAM serta storan SSD. Semua nampak smooth dan normal.

Harapnya kalau saya ambil Bit Defender, Romania jangan la pula buat hal dengan turut sama perang. 


Monday, April 04, 2022

Pengalaman Dengan TP Link Travel Router

 



Sejak seminggu ini, tempat kerja saya kembali sibuk. Walaupun students belum sepenuhnya masuk ke kelas, namun saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dah kembali 'full manning' position masing-masing. Apa lagi kalau bukan memenuhi jadual kami. Kali ini jadual saya memang penuh, kembali ke asal selepas saya selesai 2 tahun menjalankan tugas pentadbiran akademik sebagai koordinator Sarjana mod FLP (Pengajian Fleksibel). 

Walaupun kelas-kelas saya masih lagi online, tapi saya kini menjalankannya di dalam kelas sebenar. This is one step close to back to normal. Kalau ada students saya yang ingin masuk ke kelas pun, dialu-alukan. Untuk kumpulan saya, masih lagi online dari lokasi masing-masing.

Disebabkan device saya semuanya wireless, my MBA pun wireless, dan kelas pula ada connection wired internet, maka saya perlukan satu router untuk connect kepada internet. Memang ada wifi public di kawasan kelas saya, tapi connection tidak stabil jika online dari lokasi saya. So my solution is to bring my room router to class. Tapi ia agak besar dan memadatkan beg laptop Thule yang saya beli di Oribags. Read the post here

So, my solution is to find a very small router. Dalam hati ini berbisik, ada ke something like this being invented and sold to the world? So when I googled travel router atau mini router, it goes straight to one such product. The TPLINK Travel Router. Series dia is TL-WR902AC. Tengok dalam Shopee, ada few yang jual tapi tiada di TP Link punya official store. Ookas, store yang saya pernah beberapa kali beli barangan IT pun tiada. I found one from OOREE Concept Store via Shopee. It's a preferred+ seller. Harga pun not bad, tak sampai RM 110. 

I tried it at my office room. It was easy to setup as I had owned few TP Link's device. Saya juga gunakan apps TP Link from my phone to easily configure the SSD and password. As for the connection, I just plugged it to the ethernet network cable. Technician office saya beritahu suruh guna cable Cat 6 but using the cat 5 cable pun dah capai 80mbps download using Ookla Speed test. Kalau saya seorang guna that router (which why I preferred a personal router), it is more than enough.

You can read more about this travel router here.

For me, the main advantage is the size. Lebih kecil dari tapak tangan saya. Size lebih kurang besar my Pebble mouse. Power boleh sedut dari USB laptop. Kalau nak guna plug point pun boleh. The power adaptor and usb power cable included dalam box. If you want a personal router using the existing wired internet at the office, this is the one. If you want to transform the existing wired internet into a wireless one and share it with your friends, this is the one. 

Cuma saya rasa downfall dia is, being a small router, rasa macam cepat panas. I'm not saying it is flaming hot, but we can feel it is warm when we touch it. Masa saya test di bilik office saya for around 20-30 minutes, saya letak tangan atas router tersebut dan rasa hangat sikit. Maybe it's just my negative perception for a small sized router. Router besar saya pun hangat juga tapi tak pernah lagi bermasalah bila guna for 7-8 hours. Tapi, router TP Link saya sebelum ini pernah kaput tiba-tiba after few years.

This TP Link Travel router really solves my problem of carrying my bulky office router. So far, everything's fine. When we start to having face to face session soon, I won't be frequently using it. Maybe only for travel purpose. Another things is you can put a simcard inside this router. The router also has 2.4 and 5g connection. 

As this post comes on the second day of Ramadan, I would like to wish all my readers, Selamat Berpuasa. 

Friday, February 18, 2022

ANKER Charger - Macbook Air Compatible Charger

 



Sebenarnya telah beberapa kali saya teringin sangat nak beli second charger untuk MBA saya. My main problem is bila saya buat kerja di rumah dengan MBA saya, dan esok paginya dalam keadaan kelam kabut ingin ke ofis, memang confirm charger MBA akan tertinggal. Nasib baik bateri MBA ni boleh tahan kuat, so dapatlah maintain power battery sepanjang event kerja. 

Namun ada juga beberapa kali bateri tinggal bawah 20%, dan nasib baiklah event yang dihadiri sempat habis. Di bilik ofis saya sebenarnya ada desktop HP untuk saya buat kerja. Masalah timbul apabila saya perlu hadiri online event. Desktop pc saya tak berapa support few things terutama bluetooth audio. Ada masa ia boleh berfungsi tanpa masalah. Saya menggunakan Bluetooth speaker Sony. Kalau layan youtube atau netflix atau astro on the go, tiada sebarang masalah. Ia cuma timbul apabila guna online conference application macam Google Meet, Webex, Zoom, Teams. 

Saya dapati bahawa jika aplikasi yang menggunakan bluetooth audio akan ada penggunaan microphone sekali, akan timbul masalah. Kadangkala audio akan hilang ketika pertengahan online event. Kadangkala dari mula kita join event, audio tidak akan dapat detect. So nak meminimakan permasalahan, saya akan bawa Macbook Air saya ke ofis dan online dari situ. Dan di sini timbul permasalahan baru iaitu tertinggal charger. Kalau meeting 2-3 jam okay lagi, selalunya online meeting saya tak lebih 2 jam. Tapi kalau saya kena hadiri kolokium atau defence proposal pelajar Master by Research atau PhD, masa yang diambil akan menjadi lebih. Ada juga saya kena jadi moderator untuk webinar. Kolokium dan Defence proposal pun adakala saya kena jadi panel. Kalau sekadar peserta tidak menjadi masalah. 

Melihatkan senario kerap tertinggal charger menyebabkan saya sedar perlu ada satu lagi charger di ofis. Dan riki-riki charger Macbook Air. Paling murah RM 189. Cable pula RM 99. Campur dua dua tu, hampir tiga ratus ringgit malaysia. So, bermulalah misi mencari replacement charger dari brand selain Apple. Dalam hati, takkan takde reputable third party brand yang compatible dengan Apple product. Menurut website Review Geek, ada 5 best replacement Macbook charger untuk tahun 2022 yang mereka recommend. Antara yang saya nampak adalah jenama RAVPower dan Anker. So, macam biasa, buka shopee dan cari di Shopee Mall. Untuk keselamatan dan jaminan barang bukan fake, saya akan cari di Official Shop/Seller. 

Kotak Anker ada 'premium feel'


Pilihan saya ialah jenama Anker. Model yang dipilih ialah Anker Power Port III Mini. Carian pantas di Google menyaksikan jenama Anker ini antara jenama charger yang top di US, selain Spigen, Nekteck, RAVPower, Belkin. Sebenarnya untuk MBA 2020 saya ini, charger original yang dibekalkan ialah 30 watt sahaja. So masa saya nak pilih charger yang sesuai, saya dalam dilemma samada nak ambil charger yang 65 watt atau 30 watt sahaja. Ketika di kedai Apple, staf sana kata saya boleh guna charger yang watt lebih besar, ia akan charge lebih laju katanya. Bila saya siasat di internet, charger original termasuk charger compatible yang dari reputable brand (semestinya bukan yang fake), ada komponen elektronik yang akan adjust watt supaya sesuai dengan kapasiti item yang sedang dicharge.

Anker merupakan jenama dari China. Bermula pada tahun 2011, Anker dah jual lebih 200 juta produk di 146 negara. Kalau ditinjau official website mereka, ada bermacam produk termasuk powerbank, portable audio dan banyak lagi. Bak kata orang, tak perlu ragu-ragu unless kalau beli Fake product Anker. 

maklumat watt charger Apple


Berbalik pada jenama Anker Power Port III Mini yang saya beli di official store Shopee, kapasitinya adalah 30 watt, sama dengan original charger yang diberi pada saya ketika beli Macbook Air. Puas sebenarnya saya cari maklumat kapasiti original charger Apple saya. Sana-sini cari di Internet, buka official website etc. Rupanya ada tulis maklumat tu di kepala charger. 

perbezaan saiz


Beza saiz agak ketara dimana Anker lebih comel dari Apple yang jauh lebih bulky. Ada lampu biru di charger Anker yang akan menyala bila kita on suis di socket. Cable charger saya masih guna original Apple. Baru-baru ini saya ke Apple Store untuk beli cable 1 meter. Cable original yang diberi adalah 2 meter. 

maklumat dari system information Macbook


Ketika saya type entri ini, MBA saya sedang dikuasakan oleh adapter baru Anker. So far so good. Saya telah melihat maklumat di System Report OS Macbook saya dan melihat bahawa kuasa yang dibekalkan oleh Anker adapter ini ialah 30 watt tepat. Hopefully masalah terlupa bawa charger akan selesai selepas ini. Ingin saya nyatakan bahawa harga yang dibayar oleh saya untuk charger Anker 30watt ini ialah RM 87 termasuk shipping. Harga asal ialah RM 139. Anker Official Store waktu ini ada promosi dan dapat collect 800 shopee points.