Friday, February 18, 2022

ANKER Charger - Macbook Air Compatible Charger

 



Sebenarnya telah beberapa kali saya teringin sangat nak beli second charger untuk MBA saya. My main problem is bila saya buat kerja di rumah dengan MBA saya, dan esok paginya dalam keadaan kelam kabut ingin ke ofis, memang confirm charger MBA akan tertinggal. Nasib baik bateri MBA ni boleh tahan kuat, so dapatlah maintain power battery sepanjang event kerja. 

Namun ada juga beberapa kali bateri tinggal bawah 20%, dan nasib baiklah event yang dihadiri sempat habis. Di bilik ofis saya sebenarnya ada desktop HP untuk saya buat kerja. Masalah timbul apabila saya perlu hadiri online event. Desktop pc saya tak berapa support few things terutama bluetooth audio. Ada masa ia boleh berfungsi tanpa masalah. Saya menggunakan Bluetooth speaker Sony. Kalau layan youtube atau netflix atau astro on the go, tiada sebarang masalah. Ia cuma timbul apabila guna online conference application macam Google Meet, Webex, Zoom, Teams. 

Saya dapati bahawa jika aplikasi yang menggunakan bluetooth audio akan ada penggunaan microphone sekali, akan timbul masalah. Kadangkala audio akan hilang ketika pertengahan online event. Kadangkala dari mula kita join event, audio tidak akan dapat detect. So nak meminimakan permasalahan, saya akan bawa Macbook Air saya ke ofis dan online dari situ. Dan di sini timbul permasalahan baru iaitu tertinggal charger. Kalau meeting 2-3 jam okay lagi, selalunya online meeting saya tak lebih 2 jam. Tapi kalau saya kena hadiri kolokium atau defence proposal pelajar Master by Research atau PhD, masa yang diambil akan menjadi lebih. Ada juga saya kena jadi moderator untuk webinar. Kolokium dan Defence proposal pun adakala saya kena jadi panel. Kalau sekadar peserta tidak menjadi masalah. 

Melihatkan senario kerap tertinggal charger menyebabkan saya sedar perlu ada satu lagi charger di ofis. Dan riki-riki charger Macbook Air. Paling murah RM 189. Cable pula RM 99. Campur dua dua tu, hampir tiga ratus ringgit malaysia. So, bermulalah misi mencari replacement charger dari brand selain Apple. Dalam hati, takkan takde reputable third party brand yang compatible dengan Apple product. Menurut website Review Geek, ada 5 best replacement Macbook charger untuk tahun 2022 yang mereka recommend. Antara yang saya nampak adalah jenama RAVPower dan Anker. So, macam biasa, buka shopee dan cari di Shopee Mall. Untuk keselamatan dan jaminan barang bukan fake, saya akan cari di Official Shop/Seller. 

Kotak Anker ada 'premium feel'


Pilihan saya ialah jenama Anker. Model yang dipilih ialah Anker Power Port III Mini. Carian pantas di Google menyaksikan jenama Anker ini antara jenama charger yang top di US, selain Spigen, Nekteck, RAVPower, Belkin. Sebenarnya untuk MBA 2020 saya ini, charger original yang dibekalkan ialah 30 watt sahaja. So masa saya nak pilih charger yang sesuai, saya dalam dilemma samada nak ambil charger yang 65 watt atau 30 watt sahaja. Ketika di kedai Apple, staf sana kata saya boleh guna charger yang watt lebih besar, ia akan charge lebih laju katanya. Bila saya siasat di internet, charger original termasuk charger compatible yang dari reputable brand (semestinya bukan yang fake), ada komponen elektronik yang akan adjust watt supaya sesuai dengan kapasiti item yang sedang dicharge.

Anker merupakan jenama dari China. Bermula pada tahun 2011, Anker dah jual lebih 200 juta produk di 146 negara. Kalau ditinjau official website mereka, ada bermacam produk termasuk powerbank, portable audio dan banyak lagi. Bak kata orang, tak perlu ragu-ragu unless kalau beli Fake product Anker. 

maklumat watt charger Apple


Berbalik pada jenama Anker Power Port III Mini yang saya beli di official store Shopee, kapasitinya adalah 30 watt, sama dengan original charger yang diberi pada saya ketika beli Macbook Air. Puas sebenarnya saya cari maklumat kapasiti original charger Apple saya. Sana-sini cari di Internet, buka official website etc. Rupanya ada tulis maklumat tu di kepala charger. 

perbezaan saiz


Beza saiz agak ketara dimana Anker lebih comel dari Apple yang jauh lebih bulky. Ada lampu biru di charger Anker yang akan menyala bila kita on suis di socket. Cable charger saya masih guna original Apple. Baru-baru ini saya ke Apple Store untuk beli cable 1 meter. Cable original yang diberi adalah 2 meter. 

maklumat dari system information Macbook


Ketika saya type entri ini, MBA saya sedang dikuasakan oleh adapter baru Anker. So far so good. Saya telah melihat maklumat di System Report OS Macbook saya dan melihat bahawa kuasa yang dibekalkan oleh Anker adapter ini ialah 30 watt tepat. Hopefully masalah terlupa bawa charger akan selesai selepas ini. Ingin saya nyatakan bahawa harga yang dibayar oleh saya untuk charger Anker 30watt ini ialah RM 87 termasuk shipping. Harga asal ialah RM 139. Anker Official Store waktu ini ada promosi dan dapat collect 800 shopee points.  

Friday, January 21, 2022

Pengalaman Dengan Nescafe Dolce Gusto


 


Pada suatu hari di hujung tahun 2021, saya balik rumah dari pejabat. Sampai rumah, anak-anak saya tengok saya pelik. Muka masing-masing macam excited. Saya perasan tapi tak fikir apa-apa. Mungkin mereka nak minta sesuatu dari saya. Paling tak boleh cover ada anak bongsu saya. Dia memang macam tu, badan besar, muka besar tapi umur kecil lagi. Bab perasaan memang dia tak boleh nak cover. 

Sekali Wife datang tunjuk beg berisi sesuatu. Dia kata itu hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke 15 kalau ikut tahun, iaitu pada 23 Disember. Saya pun angguk-angguk je tanpa perasaan sebab ingatkan dia main-main. Sekali tengok dalam beg tu, ada satu kotak besar warna putih berlogokan starbucks. Baru tahu coffee machine rupanya. 

Hadiah saya ialah Nescafe Dolce Gusto Genio S Plus bersama pakej Starbucks. Wife beli di instagram, ada seller yang dapat set dari Australia. Dapat 3 kotak pod Starbucks iaitu Pod Latte, Pod Espresso Roast dan Pod Espresso. Bohong la kalau tak excited sebab saya memang penggemar kopi dan kopi yang saya ambil semuanya tak bergula. Baru rasa 'kick' kopi tu. Kini dah beberapa minggu gunakannya (hadiah diberi sebelum 23 Disember), dan setiap hari 2 kali saya gunakan. Sehari selepas dapat hadiah Dolce Gusto, saya ke Jaya Grocer beli coffee pod Nescafe Latte Machiatto dan Nescafe Cafe Au Lait (decaf). Biasanya pagi saya ambil yang bercaffeine sementara petang saya ambil decaf. 

Unboxing


Set Australia ni tiada warranty local, tapi alhamdulillah tiada apa-apa kerosakan pun ketika barang sampai. Di Malaysia, boleh tengok harga Dolce Gusto Genio S Plus ini di Shopee. Machine Dolce Gusto ni dibuat oleh beberapa pengeluar seperti De Longhi, Krups dan untuk set Australia yang saya beli ni, saya tak pasti siapa pembuatnya tapi ada tulis di kotak 'by Breville'. Saya assume ia dibuat oleh Breville iaitu pembuat peralatan dapur since 1932. Breville ni jenama Australia.

Kini dah hampir sebulan setengah guna machine Dolce Gusto ini, dan boleh dikatakan dah tak ngopi lagi di kedai. Kalau pergi ke cafe-cafe pun saya akan ambil tea sahaja. For me, rasa adunan kopi menggunakan Dolce Gusto dah cukup bagus, dah hampir sama dengan cafe-cafe yang jual coffee ni. Baru-baru ni saya beli sekotak Starbucks Dolce Gusto Capuccino dan juga Nescafe Americano Pod, juga sekotak. Saya juga ada beberapa kali beli yang loose pod (jual satu-satu, bukan sekotak). Beli di Shopee. Harga not bad untuk pod, ranging from RM 2 - RM 8. Biasa kalau satu pod flavour harga dalam RM2 - 4. Kalau flavour yang memerlukan dua pod (satu susu satu kopi) macam Caramel Machiatto, Capucinno, harga agak mahal. So far dah rasa pelbagai perisa, yang saya suka Chococino. Nesquick pun ada. Machine ni tak tertakluk pada kopi sahaja ye, tea pun ada. Not bad rasanya bila di brew guna machine dolce gusto ni.

Saya beli pod satu-satu dari Shopee pun sebenarnya nak try rasa sebelum labur duit beli sekotak. Kalau yang biasa punya macam Americano, Latte, satu kotak ada 16 pod. Harga sekitar RM 29-RM31. Depends on type and location jualan. Kalau di kedai memang macam tu la harganya. Kalau beli sekotak di Shopee tak nampak expired date sampailah kotak tu arrive kat rumah kita. Kalau di kedai boleh belek expiry date sebelum beli. So far untuk kotak saya beli di kedai sahaja sebab harga tak banyak beza. Malah kalau campur shipping, jadi mahal sikit dari kedai. Cuma di kedai pilihan tak berapa banyak. 

Dolce Gusto ni pun kena maintain juga. Boleh google Dolce Gusto Descale. Dulu saya confuse dengan dua coffee machine ni iaitu Nespresso dan Dolce Gusto. Rupanya kedua-dua adalah sistem coffee machine yang dibuat oleh Nescafe sementara pembuat mesin ni terdiri dari pelbagai manufacturer yang gempak-gempak. Setiap mesin ada macam-macam spesifikasi, that is why they have different price range. Coffee pod pun berbeza, untuk Dolce Gusto tak boleh sumbat di mesin Nespresso and vice versa. Kalau ikut pembacaan di internet dan juga dari rakan-rakan yang memang genuine coffee lover, Nespresso lebih sesuai untuk pure Coffee Lover sementar Dolce Gusto more to casual coffee drinker. Payah nak takrifkan diri saya jatuh pada mana satu, so far saya minum kopi dua kali sahaja sehari, pagi dan petang. Kalau pejam mata sambil minum, saya tau bezakan kopi o dan kopi letak susu je. Tapi kalau tersedut Mocha tu saya tahulah sebab Mocha ada sikit rasa coklat. 

Latte Machiatto


Gambar kat bawah adalah hasil pod Latte Machiatto. Dia jadi macam ni sekali dengan buih. Sebelum ni minum 2 cawan kopi. Flavour becampur-campur ikut keadaan. Kalau haritu rasa macam ada tugasan yang perlu concentration lebih, layan Starbucks espresso. Tapi saya lebihkan air, kita boleh setting di machine. Kalau rasa nak makan breakfast very light, layan Latte Machiatto sebab kalori dia agak tinggi. Semua pod-pod ni tak bergula, kalau ada pun sikit je untuk flavour. Saya memang tak kisah sebab tak minum benda bergula since 2018, sebulan sekali dua je kalau terpaksa, tu pun tak akan habiskan secawan. Sebab makan pun dah manis-manis. 

 Sejak beberapa hari ni minum 3 cawan. Breakfast, lunch and also petang atau at night. Petang or at night saya bancuh decaf. Tapi Cafe Au Lait Decaf saya dah tinggal dua pod, nak cari pod decaf di kedai agak sukar. Haritu pergi kedai berdekatan rumah, ada lungo decaf sahaja. Hold dulu sebab saya rasa macam suka pada Au Lait Decaf. Pembacaan saya menyaksikan pilihan nespresso lebih banyak dari Dolce Gusto dari segi pod. Tapi setakat ni, saya takde masalah sebab pilihan Dolce Gusto pod pun berbelas-belas juga termasuk dari jenama selain Nescafe dan Starbucks. 

So basically, after a month and a half guna Dolce Gusto ni, memang happy. Elektrik pun tak naik melambung. Yang saya beli ni dia ada eco function. Dia auto off after few minutes tak guna. Usually after brew coffee memang saya offkan plug, kadang-kadang je terlupa. Masa yang diambil untuk memanaskan air cuma 20-30 saat rasanya. Lepas tu masa diambil untuk brew pun dalam 30 saat. Orang kata tak sampai dua minit dah selesai buat kopi, macam masak maggi mee.



Thursday, January 06, 2022

Selamatkan Dokumen ketika Banjir

 


Setiap kali sesuatu kawasan itu dilanda banjir, saya sebagai salah seorang ahli akademik dalam bidang maklumat akan memikirkan adakah bahan maklumat seperti dokumen, rekod termasuk yang formatnya elektronik, selamat atau tidak. Kita melihat tumpuan biasanya diberikan kepada kemusnahan harta benda serta keselamatan manusia yang terlibat.

Namun biasanya selepas memasuki fasa pemulihan banjir atau sekarang digelar pasca banjir, keperluan untuk resume back to normal operation perlu dibuat secepat mungkin. Rumah yang ditenggelami air banjir hendaklah dibersihkan secepat mungkin oleh tuan rumah agar boleh bermalam dengan selesa. Dan memang menjadi target utama tuan rumah agar segalanya dapat dipulihkan kembali pada keadaan asal sebelum banjir, secepat mungkin. 

Target sebegini juga dimiliki oleh organisasi serta kedai-kedai di kawasan terjejas. Organisasi yang saya maksudkan meliputi sektor awam dan juga swasta. Kedai juga perlu secepat mungkin recover supaya boleh start balik berniaga. Lagi-lagi orang di kawasan banjir yang dah surut, ramai nak beli barang untuk makan minum dan lain-lain keperluan.

Apa yang boleh membantutkan proses pemulihan ini ialah dokumen dan rekod yang musnah dan rosak akibat terkena air banjir. Mungkin ada juga dokumen dan rekod yang hilang, hanyut dibawa air bah. Bayangkan betapa sukarnya mereka nak start back their operation jika dokumen dan rekod musnah. They have to create back those documents or kena beroperasi dalam keadaan tidak sempurna. Kadangkala, mempunyai rekod dan dokumen dalam bentuk digital atau elektronik juga tidak semestinya selamat, jika storan simpanan tersebut ditenggelami air. Terpaksa pula keluarkan storan dari PC untuk dikeringkan dan dibuat pemulihan. Kalau nasib tak baik, musnah terus semua data dalam tu. 

Seperti biasa Arkib Negara Malaysia dengan team Tindakan Bencana mereka akan turun padang membantu organisasi dari sektor awam untuk memulihkan kembali dokumen-dokumen yang rosak akibat banjir. Ini bukan kali pertama mereka turun padang. Banjir besar pantai timur pada hujung 2014 menyaksikan team Arkib Negara memberi bantuan. Dan kali ini banjir di Lembah Klang, sekali lagi team Arkib Negara turun memberi bantuan. Boleh lihat laporan di dua link iaitu misi di Pantai Timur pada banjir besar 2014 dan misi di Lembah Klang pada banjir besar yang baru berlaku hujung 2021. 

PhD saya adalah dalam bidang Disaster Readiness untuk Record, lebih spesifik adalah Physical Medical Records. Ketika pada peringkat awal, saya ingin menumpukan pada rekod elektronik, namun setelah berbincang dengan penyelia saya, we decided to concentrate to physical records first. Namun framework yang saya produce boleh diguna pakai untuk rekod elektronik. 

Apa yang saya utarakan dalam tesis PhD saya ialah persediaan. Bukan persediaan menghadapi bencana sahaja tapi ia meliputi keseluruhan program pengurusan bencana. Kita mungkin memiliki segalanya, tapi perlu ada satu indikator untuk melihat adakah kita benar-benar bersedia. Even kalau kita digitize rekod terbabit, perlu pastikan keselamatan lokasi storan. Kos juga perlu diambil kira. Antara perkara yang menyebabkan kita tidak dikira bersedia sepenuhnya adalah faktor kewangan untuk support program pengurusan bencana. Tumpuan lebih diberikan kepada tindakan bencana terhadap perkara selain dari rekod dan dokumen.

Viral di twitter tentang seorang pengguna ambil gambar dokumen dan rekod kesihatan sedang dijemur di sebuah klinik kesihatan. Dan pemilik akaun twitter tersebut mengatakan bahawa rekod kesihatan perlu dijaga kerana ia melibatkan nyawa manusia. Ye memang benar, sebab itu dalam PhD saya, saya pilih rekod kesihatan untuk dikaji dari aspek pengurusan bencananya. Dan oleh kerana saya perlu defense dan justify pemilihan saya secara akademik, saya sertakan juga bukti-bukti rekod kesihatan ini penting. Dan ia bukan sahaja penting terhadap nyawa, tapi institusi kesihatan juga berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal mengawal rekod kesihatan mereka dengan baik. 

Apabila pesakit saman hospital akibat kecuaian, rekod dan dokumen kesihatan akan diproduce di court ketika perbicaraan. Tanpa rekod dan dokumen tersebut, sudah tentu hospital terang-terang akan kalah perbicaraan. Ada kes pesakit saman hospital dan menang kerana maklumat dalam rekod kesihatannya dibocorkan. Apabila berlaku kes jenayah, medical records ini akan digunakan sebagai evidence dalam court. Untuk tuntutan insurans pun sama. Banyak lagi ye kegunaan rekod kesihatan ni. 

Saya melihat begitu banyak reply di akaun twitter terbabit, yang menyuruh rekod kesihatan ditukar dalam bentuk digital. Saya juga bersetuju namun ada satu lagi faktor yang perlu difikirkan jika kesemua rekod di digitizekan. Faktor tersebut adalah sokongan hardware. Hardware perlu mantap. Intranet dan internet (kalau rekod disimpan di luar organisasi) perlu sentiasa stabil dan connection tak boleh terjejas. Pengalaman berbual dengan practitioner di hospital ialah mereka tidak mahu ambil risiko connection slow atau down ketika nak akses medical records. Kita yang tidak berada dalam profession memang tak tahu dalam sehari ada berapa banyak kes emergency terhadap patient yang sudah berada dalam wad. Bayangkan jika tiba-tiba pesakit kritikal dan perlukan rawatan atau pembedahan. Doktor kena akses segera rekod perubatan dari pc atau tablet, time tu pulak connection down atau server problem. Atau tiba-tiba kena serangan ransomware (hospital di US dah beberapa kali kena serangan sebegini). This is why backup dalam bentuk paper kena ada juga. Dan kalau dah ada rekod elektronik tapi masih kena print out guna paper, dah jadi redundant. Itu yang kami gelarkan hybrid, not fully electronic. 

Jadi ada banyak faktor yang perlu kita fikirkan sebelum pergi ke fully electronic. But if you ask me, I do support digitizing those medical records, that's what been written in my recommendation and external examiner saya dari Turkey pun suggest benda yang sama. Cuma digitize tak bermaksud tiada lagi paper. In case of medical records, perlu ada konsep hybrid. If you know what I mean.....


Thursday, December 23, 2021

Shah Alam Banjir

 



Banjir yang terjadi pada 18-19 Disember baru-baru ini merupakan antara banjir yang dahsyat pernah dialami di Shah Alam. Ini kerana ia terjadi di hampir keseluruhan tempat termasuk kawasan-kawasan luar Shah Alam seperti di Klang. Rumah saya dan kawasan taman-taman bersebelahan tidak terlibat namun lokasi-lokasi yang sering saya pergi tidak jauh dari kawasan saya, semuanya banjir. Terdapat juga beberapa kawasan dan jalanraya yang airnya naik. 

Hujan yang turun tanpa henti di kawasan rumah saya selama beberapa hari menjadi petanda bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku iaitu banjir. Saya dan wife memang memantau segala perkembangan menerusi internet samada di media sosial seperi FB dan Twitter serta laman web rasmi. Saya guna apps Windy untuk melihat keadaan cuaca semasa. Seingat saya, kawasan rumah-rumah kawan saya di Klang, airnya naik dahulu. Kemudian saya mendapat perkhabaran dari rakan-rakan di TTDI Jaya dan Seksyen 13 bahawa air juga telah naik. Rakan-rakan yang menggunakan Tol Setia Alam dan Tol Bukit Jelutong pun melaporkan perkara yang sama menerusi whatsapp dan FB. 

Setelah lokasi kedai kawan saya di TTDI Jaya dinaiki air, saya bersama wife ke stesyen petrol terdekat untuk fill up petrol penuh-penuh dan juga keluarkan wang cash. Kami risau bekalan elektrik ditutup termasuk kawasan kami. Lagipun di kawasan kami ada tasik dan air juga telah naik hingga cecah pintu dapur rumah yang berhampiran. Walaupun tasik ini ada saliran yang akan mengeluarkan air lebihan supaya ia tak melimpah, namun hujan yang turun nampaknya melebihi kapasiti saliran yang ada. Kali pertama ianya berlaku sejak saya disini since 2004. 

Ketika kami keluar, saya dah pesan pada anak-anak agar sentiasa standby. Saya tinggalkan phone Maxis wife saya dan bawa phone Maxis saya. Ini kerana sejak mulanya hujan lebat non stop, kawasan kami hilang liputan Celcom. Ada sekali tu, Digi pun hilang. Hanya Maxis sahaja yang tinggal. Saya terpaksa keluar dari kawasan perumahan saya untuk dapatkan Celcom. Tak jauh, kira-kira 3 KM tapi disaat hujan non stop dan tiada ketentuan mengenai banjir, keluar 3 KM pun merupakan satu risiko. Nasib baik saya ada line Maxis dan Digi selain Celcom saya. Maxis dan Digi hanyalah prepaid, Celcom postpaid. 3 hari juga tiada line Celcom di kawasan saya. 

Dan nasib juga Unifi tak terjejas. Tapi saya dah maklumkan pada anak-anak supaya standby kalau tiada Unifi kerana banjir di merata tempat. Ada runtuhan kecil di jalan besar depan taman perumahan saya. Memang kami sekeluarga dalam mode standby. Restock makanan, charge fully kesemua powerbank kami, keluarkan duit cash dan refuel petrol kereta. Lilin je kami takde. Peti Ais full dengan stok makanan tapi kalau letrik out, susah juga. 

Gas standby tak dapat nak ganti sebab kedai gas guna celcom. Call tak dapat. Tapi Gas utama ada. Saya memang ada 2 tong gas. Senang kalau habis, ambil satu lagi. Lepas tu call gas untuk ganti gas standby. Isnin, 20hb Disember, lori sampah tak datang ke rumah. Saya dah pesan pada family jangan buat sampah banyak sangat sebab mungkin lori sampah terjejas. Nasib baik Selasa mereka datang untuk kutip sampah. 

Memang ramai rakan-rakan yang terkesan dengan banjir kali ini. Kedai-kedai rakan, rumah rakan-rakan, ofis rakan-rakan. Dan macam-macam kisah saya dengar dari mereka. Ada yang hampir terperangkap dalam banjir ketika on the road di Batu Tiga, Shah Alam. Sebenarnya Batu Tiga, TTDI Jaya dan Sri Muda merupakan kawasan yang pernah banjir dan ketika banjir-banjir tersebut berlaku, saya dah duduk di Shah Alam. Masih saya ingat banjir besar TTDI Jaya tahun 2006. Malamnya hujan lebat beserta ribut petir yang kuat. Esoknya saya nak keluar ambil awek saya (sekarang dah wife), rupanya jalan semua terputus. Saya duduk di taman perumahan tempat saya tinggal sekarang ini. In the end saya terpaksa lalu jalan jauh untuk ambil awek saya di rumah sewanya di Shah Alam. Ada la juga kena redah air banjir. Masa tu pakai Perdana. TTDI Jaya waktu itu banjir hingga rumah-rumah dan apartment di situ tenggelam satu level. Kenderaan pun banyak tenggelam. 2 orang rakan yang dah beli rumah di TTDI Jaya mengambil keputusan berpindah keluar dari situ.

Sekitar tahun 2002/2003 (saya tak ingat tahun sebenar), ketika itu saya masih pakai Proton Saga Putih, saya terperangkap di banjir kilat sebelum tol Batu Tiga (masa tu tol ni masih ada). Masa tu nak balik Selatan, bulan puasa. Saya sangkut di flyover Batu Tiga hala kilang gula. Saya memang masuk ke susur keluar Federal Highway tapi bila nampak kereta banyak dah stop di bawah, saya park kereta saya di lokasi atas susur keluar. Masa tu pun dah ramai yang parking. Terpaksa tunggu air reda. Saya iftar dalam kereta minum air sejuk. Nasib baik ada air sejuk. Beberapa jam kemudian air surut, baru kenderaan semua bergerak. 

Ini zaman tiada internet di phone. Memang tiada maklumat waktu tu. Main redah je. Habis kuat pun, kawan call henset bagitau jangan lalu tempat sekian-sekian sebab banjir. Itupun kalau dia tau kita memang dalam perjalanan ke kawasan tu. Selepas itu saya jadikan cuaca hujan sebagai panduan. Dan memang saya elakkan untuk lalu Batu Tiga Shah Alam kalau hujan luar biasa. Sehingga sekarang pun sama. 

Zaman saya belajar di ITM, banjir besar di Sri Muda. Sejak dari haritu, memang saya assume Sri Muda sebagai kawasan banjir. Lepas saya grad ITM dan masuk alam pekerjaan, rakan sekerja bagitau kalau nak beli rumah murah beli di Sri Muda. Saya tak tau la betul ke tak sebab memang saya tak cari rumah area situ. Pertama sekali sebab ada punca air iaitu sungai. Sama juga di TTDI Jaya. Walaupun dah buat macam-macam cara untuk kurangkan risiko banjir, the risk is still there. PhD saya berkenaan Disaster Readiness pun dah ada terangkan risiko berhampiran sungai, laut. When it comes to natural disaster, we can minimize the impact but we can never prevent it from happening. Satu kajian berkenaan bencana di Malaysia mendapati bahawa bencana berpunca dari air merupakan yang paling utama di negara kita. Ini kajian tahun 2006. Bencana berpunca dari air (hujan lebat) antaranya banjir, tanah runtuh, pokok tumbang, struktur runtuh akibat tanah mendap. 

Sekarang dengan pelbagai isu global warming dan pembangunan tanpa spesifikasi mungkin menyebabkan bencana berasaskan air ini kekal bencana nombor satu negara. Dan mengambil kira faktor ini, kita perlu bersedia setiap kali musim hujan. Selepas air surut, saya ada pergi ke kawasan-kawasan yang memang saya selalu kunjungi. Sedih melihat keadaannya, seperti war zone. Orang kata Ground Zero. Hari Ahad 19 Disember saya telah keluar naik moto ke pelbagai kawasan. Ada kenderaan melintang tengah jalan tersadai. Bukan sahaja kenderaan marhain dan kenderaan mewah, jentera bomba pun ada. 

Beberapa minggu sebelum kejadian, saya ada beri talk secara online (webinar) tentang pengurusan bencana terhadap manuskrip dan ada saya sentuh tentang banjir. Secara amnya, pelan tindakan bencana mengandungi 4 komponen penting iaitu pencegahan, persediaan, reaksi ketika kejadian dan pemulihan. Adakah keempat komponen ini dilaksanakan 100%? Apakah tindakan pencegahan yang dilakukan sebelum ini dan adakah cukup tindakannya. Apakah langkah persediaan yang dilakukan sebelum insiden dan adakah ianya mencukupi. Apakah reaksi ketika kejadian? Adakah tindakan pantas diambil? Adakah tindakan dan reaksi ketika kejadian menyeluruh dan meliputi kesemua kawasan dan penduduk terjejas? Dan kini sewaktu post ini ditulis, kebanyakan tempat berada dalam fasa pemulihan. Berapa lamakah proses pemulihan akan diambil dan adakah ianya akan pulih kembali seperti asal atau tidak? 

Cuaca masih lagi tidak menentu. Kerisauan tentang datangnya gelombang kedua, ketiga dan seterusnya tetap ada. Pusingan komponen tindakan bencana akan berulang jika adanya gelombang banjir seterusnya. Terdapat kajian di Greece yang menyatakan bahawa mereka yang pernah ditimpa bencana akan mempunyai pelan serta pengurusan bencana yang lebih efektif berbanding mereka yang belum ditimpa bencana. Saya tidak pasti keadaan ini sama di Malaysia atau tak. Kalau dari segi pemerhatian saya, jawapannya ye dan tak. 

Apa pun saya bangga dengan rakyat Malaysia. Tanpa mengira kaum dan agama, mereka sama-sama berganding bahu menghulurkan bantuan. Ofis saya juga tak terkecuali. Team-team dibentuk untuk turun bersihkan rumah-rumah staf yang dilanda banjir. Agak malang akibat kecederaan lutut saya, saya tidak dapat turut serta. Namun saya membantu sekadar yang mampu dari aspek lain. Sememangnya tagline Kita Jaga Kita terpakai dalam situasi banjir ini. 



Monday, December 13, 2021

Topi Keledar a.k.a Helmet

 



Tidak sah kalau menunggang motosikal tanpa membicarakan tentang topi keledar atau lebih senang dipanggil helmet di kalangan rider motosikal di Malaysia. Seperti semua sedia maklum, helmet direka untuk melindungi kepala. Ia bukan sahaja digunakan ketika penunggang motosikal, basikal pun ada yang menggunakan helmet. Malah ketika kita bekerja terutama di area construction pun kena pakai safety helmet. Rakan-rakan saya racing kereta (masuk track) pun pakai helmet. Kalau dari segi sukan, bukan sahaja sukan bermotor perlukan helmet sebagai syarat wajib, American Football pun kena pakai helmet. Ice Hockey tak terkecuali. Tentera dan agensi keselamatan juga guna helmet untuk protect kepala mereka. 

Ada pelbagai jenis helmet dan yang paling lazim dipakai adalah helmet open face bervisor. Full face pula boleh kita lihat pada rider-rider motosikal yang ride long distance atau rider motosikal kuasa besar. Kadang-kadang nampak helmet style demi jet atau istilah mudah, helmet 'steng' (setengah). Saya kalau nak bawa di sekitar taman memang pakai helmet steng je. Tapi steng helmet saya ni bukanlah betul-betul steng macam helmet kura-kura. Helmet kura-kura ni setahu saya dah tak legal atas jalanraya, mungkin kerana ia tidak menawarkan perlindungan sepenuhnya kepada kepala.

Di Malaysia, adalah wajib untuk kita memakai helmet jika kita naik motosikal. Samada tukang bawa moto atau bonceng moto, pakai helmet adalah wajib. Saya pernah ditahan polis waktu muda remaja dulu sebab tak pakai helmet, saya cakap saya tak pakai sebab dalam taman, polis tu cakap kalau atas jalanraya je kena pakai sebab kalau jatuh kepala terhantuk tar, parah nanti jadinya. Walaupun dilepaskan dengan amaran, tapi itu sudah cukup menakutkan saya. Sekarang kalau setakat ke lorong belakang rumah memang saya tak pakai sebab bawa pun slow macam kayuh basikal. Tapi kalau lebih dari itu memang saya sarung helmet steng saya. 

Dulu-dulu masa ride moto, tak banyak sangat brand helmet yang saya jumpa di pasaran. Ada helmet Apollo dan SGV. Dua jenama ni paling banyak di kedai moto, mungkin kerana harganya yang marhain dan sesuai dengan pengguna motosikal kapcai. Saya juga guna helmet Apollo masa baru-baru naik moto. Bila dah bujang sikit, pakai SGV. Ada juga helmet yang bangsawan (dan sampai sekarang pun masih bangsawan) iaitu Shoei, Arai dan Bell. Jenama Magnum pun ada tapi waktu tu saya tak berapa suka guna sebab helmetnya berat. 

Sekarang ada macam-macam brand yang masa dulu-dulu tahun 90an saya tak pernah nampak di Malaysia. Ada KYT, NHK, MHR, Givi, Lazer, LS2, Gracshaw, AGV, Shark dan banyak lagi. Apa yang menarik, helmet keluaran negara Asean serta Malaysia pun dah banyak dan dipasaran dan kesemua melepasi standard ketat helmet. Saya dengar, helmet fake pun ada di pasaran dan sudah semestinya standard diragui. Oleh itu dapatkan yang original. Google sahaja authorized dealer. 

Saya memang minat helmet yang cantik. Bagi saya helmet bukan sahaja melindungi kepala tetapi juga perlu cantik dan bergaya serta punyai warna yang terang. Helmet yang cantik dan colourful akan menjadikan pemandu lain alert pada kita dan ini secara tidak langsung membantu menjadikan keadaan di jalanraya lebih selamat. 

Minat pada helmet ini menjadikan koleksi helmet saya lebih dari dua. Itu tidak campur helmet free setiap kali beli moto (helmet free ni saya dah beri pada rakan-rakan di pejabat). Sudah semestinya saya kriteria helmet saya ialah samada ianya cantik ataupun ianya selesa. Selesa pada takrifan saya ialah padding tidak terlalu mencengkam terutama dibahagian atas kepala. Ini kerana saya sering gunakan sarung kepala untuk lindungi helmet dari cepat berbau. Walaupun saya dah ada beberapa spray inner helmet untuk wangi, tapi saya tetap guna sarung kepala tu sebagai perlindungan. Saya juga perlu memikirkan ruang kelegaan untuk spek saya. Pemakai spek memang susah sikit nak cari helmet sebab kalau helmet tu ketat sangat di bahagian tepi, boleh patah frame spek. 

Gambar dari Shopee


Helmet yang paling lama saya pakai setakat ini ialah helmet Givi Cielo M30.1. Helmet ini warna putih. Asalnya saya beli warna putih sebab ingat nak bawa bertugas RCJ PVR saya namun disebabkan kekangan kerja hakiki, sukar saya nak commit pada tugasan PVR. Givi Cielo tersebut amat selepas dipakai. Dan warna putihnya itu memang cantik. Saya padankan dengan visor smoke yang agak gelap,original givi. Bagi saya Givi Cielo ni harga mampu milik dan selesa. Kadang-kadang kalau kepala saya pening-pening atau tak berapa cukup tidur, saya akan guna Givi Cielo. Kalau pakai Givi Cielo, saya boleh pakai spek yang agak besar dan lebar. Givi warna ni dah tiada dalam product list di website Givi. Givi ni company Italy tapi ada kilang di Malaysia. 

Gambar dari website Givi Malaysia


Satu lagi Givi yang saya ada merupakan helmet double visor. Tapi in the end saya jual pada kawan saya sebab tak tahan pipi sakit kena himpit dengan padding. Masa tu pipi saya bam bam. Jarang sangat pakai. Kawan saya punya seronok dapat beli Givi M30.2 Presto tu dari saya. Dia cakap, ini helmet paling cantik dia pernah ada. Lagi satu Givi M30.2 Presto design yang saya miliki ini agak ramai juga yang pakai on the road. Waktu ni saya masih guna Honda Wave. Rasanya saya lah pengguna motosikal paling kecil guna Givi Presto ni kerana rata-rata saya tengok yang pakai adalah penunggang motosikal 250cc ke atas. Givi design ni masih lagi available di website Givi.

Gambar dari Shopee


Bila dah takde double visor, saya mula mencari pengganti. Kali ni kena try betul-betul dulu. Time ni dah pakai Honda RS150 dan dah mula ada kedai-kedai specialist helmet mampu milik di kawasan berhampiran. Sebelum ni jumpa di kedai motosikal sahaja. Saya ke sebuat kedai helmet and riding apparel iaitu motogear dan jumpa helmet NHK. NHK ni helmet dari Indonesia. Banyak sponsor sukan bermotor. Logonya berdiri sama megah dengan Shoei dan Arai, kalau di sukan bermotor. Pandai diorang market. Lagi satu dari Indonesia ialah KYT. KYT lagi lama bertapak berbanding NHK. Design padding KYT saya tak berapa ngam berbanding NHK. Ini kerana saya pakai spek dan juga sarung kepala, selain dari bentuk kepala yang agak besar. 

Di Motogear, saya beli NHK G10 warna yellow. Entah kenapa saya suka warna terang kuning ni. Mungkin nak bagi pemandu kereta alert dengan kehadiran saya sebab kalau saya bawa kereta pun saya akan alert pada helmet cerah-cerah ni. Cuma minta maaflah pada NHK sebab saya mendapati bahawa Givi lebih elok pembuatannya, dari segi smoothness double visor turun naik tu memang menang kat Givi. Dari segi harga, lebih kurang sama. Cuma helmet NHK ni saya tak jumpa di websiete pengeluar iaitu helmnhk.com. Risau juga kalau tak jumpa di website pengeluar ni. Tapi so far dah 2 tahun lebih guna, padding pipinya paling padu dikalangan semua helmet yang saya ada. 

Gambar dari Shopee


MHR helmet diatas ni saya tak rancang pun nak beli. Pergi servis Honda RS saya di kedai moto yang saya selalu servis, ada sale pula. Harga memang tak boleh bincang, nak kata murah sangat tak, tapi mampu milik. Ada macam-macam design helmet MHR dijual, tapi yang muat kepala dan sedap serta selesa adalah yang diatas. Ada lambang redbull warna biru. Nama official helmet ni ialah MHR Beatz OFF 622 Tech 3. Panjang betul namanya. MHR ni company Malaysia. Kilang di Penang. Boleh usya website rasmi mereka iaitu mhrracing.com. Mula-mula confuse dengan helmet terkenal China iaitu LS2. Sebab bila kita type MHR Helmet, akan keluar website mhr helmet yang berpangkalan di China. Mula-mula saya ingatkan MHR ni dari China, tapi bila saya kaji rupanya LS2 memanggil helmet mereka MHR. Cuma saya tak pasti samada MHR Malaysia ada link dengan MHR LS2 atau tidak. Apa-apa pun yang penting ada Sirim Approval. 

Gambar dari Shopee


Nak round-round taman dan taman sebelah-sebelah perlukan helmet yang sempoi lagi-lagi bila saya dah naik skuter Solariz. Saya beli helmet XDOT Cruise AEIOU. Harga murah, antara helmet marhain yang saya selalu nampak on the road. Cuma design je berbeza. Helmet XDot ni merupakan produk dari syarikat pembuatan helmet Malaysia yang bernama 2X-Site. Boleh tengok website mereka di 2X-Site.com. Syarikat yang diasaskan sejak 2006 ini juga mengeluarkan produk helmet lain iaitu jenama Gracshaw (cantik-cantik design) dan juga Grayfosh. Yang selalu saya jumpa ialah Gracshaw. Tapi Xdot ni agak sempit sikit kat telinga kalau saya pakai spek saya yang frame agak besar. Dan ianya rasa sedikit expose mungkin sebab design dia yang agak berbentuk separuh helmet. Macam saya cakap lah, sesuai bawa pergi kedai depan atau ke taman sebelah. Kadang-kadang kena buat delivery roti by my wife, so saya guna helmet ni je. 

Gambar dari Roda Kota Garage


Zeus helmet merupakan produk dari Taiwan. Saya beli helmet Zeus ZS-381 seperti di atas kerana ianya vintage serta sesuai dengan skuter. ZS-381 ni sesuai untuk urban ride. Dan 80-90% ride saya adalah urban ride. Kebetulan pula warna sama dengan body skuter Nmax 155 saya. Ada orang cari helmet sama warna dengan moto. Saya pula secara kebetulan sahaja. Harga memang mampu milik. Menurut laman web Zeus helmet...

ZS-381C is mixed design between a Jet and Open-Face. Its retro look, great fitting, and multiple features combine perfectly with the necessities that every motorcyclist needs and desires. Breaking away from the conventional Open Faces, ZS-381C is equipped with a highly durable sun visor to protect users from eye-straining.ZS-381C inner liner is made of breathable mesh fabric which provides perfect fitting and comfort. It can be removed and washed.ZS-381C inner liner is made of breathable mesh fabric which provides perfect fitting and comfort. It can be removed and washed. Upgrading to the maximum comfort without losing its characteristic vintage style, ZS-381C is designed with one front vent and two exhaust vents to help with heat dissipation and coolness inside the helmet.

Zeus Helmet telah lama bertapak di Taiwan sejak 1988. Boleh lihat website Zeus di sini. Ada banyak produk Zeus dan yang saya beli di Roda Kota ialah antara lineup produk mereka yang terbaru. 

Basically saya lihat kemunculan pelbagai jenama helmet terutama dari rantau Asia Tenggara seperti Indonesia dan negara kita Malaysia memberi pelbagai opsyen kepada pengguna. Jika dulu kalau nak kelainan design dan extra safety kita hanya ada Shoei, Arai atau Bell tapi sekarang ada pelbagai jenama di pasaran. Saya secara jujur melihat kualiti pembuatan helmet Givi dari Italy masih yang terbaik tetapi dari segi kualiti keselamatan, kesemua helmet memiliki standard piawaian keselematan yang diperakui samada oleh badan standard di Malaysia atau luar negara. Saya ada dengar bahawa pihak berkuasa boleh check samada helmet kita ini diperakui oleh agensi kita atau tak dan kalau tak mungkin tindakan boleh dikenakan. Namun so far setelah melalui pelbagai roadblock dengan kesemua helmet ini (kecuali Xdot yang memang saya jarang bawa keluar ke main road), tak pernah lagi standard helmet saya dipertikaikan. 

Bagi saya, jenama-jenama NHK, Zeus, MHR dan juga yang saya tak miliki (lagi?) seperti Gracshaw, KYT mempertaruhkan design helmet yang cantik dan pelbagai. Setiap tahun pasti ada group of designs yang menarik perhatian. Helmet pada masa kini bukan sahaja merupakan aspek wajib dalam penunggangan motosikal, tetapi design helmet yang menarik menjadi identiti pada seseorang. Bak kata orang, Safety with Beauty. 


Thursday, December 09, 2021

Hampir Sebulan Bersama Nmax 155

 



Hampir sebulan saya bersama Yamaha Nmax 155, skuter yang saya terpaksa tunggu 2 bulan lebih. Sedikit reviu setelah menunggang di 250 kilometer yang pertama. Boleh dikatakan keselesaannya sama seperti yang dibicarakan oleh para penunggang Nmax yang lain. Hari pertama saya keluar, saya dah test lalu line putih di atas jalan. Tujuannya adalah untuk uji teori tayar standard tak bagus. Pengalaman dengan RS yang guna tayar size 17 saya aplikasikan dengan Nmax.

Memang dapat rasa ada geli-geli di line putih. Bukanlah bermakna tayar standard yang dibekalkan itu langsung tak bagus. Boleh je buat jalan-jalan sana sini. Cuma sebagai pengguna 5 motosikal dalam masa 5 tahun ini, memang ada perbezaan di antara tayar standard keluar kedai dengan tayar aftermarket. Itupun kena buat research sedikit tayar apa yang bagus. 

And then saya try ambil lap dengan kelajuan sederhana. Ada sedikit goyang-goyang. Nak compare dengan RS yang monoshock, memang agak bergoyang Nmax ni sebab dia dual shock. Beza rupanya dari segi layanan selekoh. Dan apabila saya lalu di garis kuning, terasa bergegar kepala. Itu baru garis kuning, garis merah apatah lagi. Untuk makluman, line putih, selekoh lap, garis kuning dan garis merah adalah laluan yang sama dimana saya akan lalu disitu setiap kali keluar rumah. So saya boleh rasa perbezaannya apabila saya tukar item-item di Nmax.

First step, saya tukar tayar. Niat dihati nak tukar Pirelli Angel Scooter. Ride jauh sikit sebab nak ke kedai tayar yang dikatakan ada pelbagai tayar skuter. Nmax guna size 13, agak rare nak compare dengan size 14. Sebelum datang dah whatsapp. Sekali sampai rupanya takde satu set Pirelli Scooter. Ada belakang je, depan habis for my size. Di suggest kan supaya guna kacuk, depan jenama lain belakang jenama lain. Tapi saya refuse, sebab tak pernah lagi try kacuk-kacuk ni. 

In the end terpaksa guna Corsa. Masa zaman RS memang pernah nak try Corsa tapi kedai tempat servis cuma ada Pirelli Diablo Rosso. Nawaitu ingatkan lepas puas guna Pirelli nak try pakai Corsa, last-last sampai jual moto pun masih elok Pirelli tu. 

Alang-alang mengCorsa, saya pilih tayar jagung. Corsa Cross S, dual purpose, off road dan on road. Dah macam tayar ADV pula. Setakat ni dah dekat 250km guna, tiada masalah. Haritu masuk jalan tanah merah, berdesup juga perginya. Masa atas jalan tanah merah tu saya macam pelik, smooth moto aku. Lupa yang saya memang guna tayar Cross S. Atas tar pun tiada masalah. Keluar kedai terus cari line putih, Alhamdulillah tiada geli-geli. Baru-baru ni bawa dalam hujan lebat pun, lalu line putih Alhamdulillah tiada geli-geli. Mungkin tayar baru kot. 

Next project, pergi ke kedai moto belakang rumah. Kedai ni dapat penarafan Yamaha Service Center. Memang authorize dealer dan service center. Pomen dia muda lagi, dah kenal saya. Saya beli RCB Absorber VS Premium Black sekali dengan tapak side stand Rapido. Absorber ni boleh adjust hi lo dan soft hard. Compression je takde. Balik layan lap depan rumah, tak goyang dah. Steady je rasa. Garis kuning dah tak rasa, yang ni memang menakjubkan. Garis merah masih rasa tapi tak seteruk masa guna absorber standard.

Cuma walaupun dah ada tapak side stand besar, saya masih ragu nak park lama tanpa guna double stand. Berat juga nak letak double stand ni. Agaknya kalau XMAX macam mana la ye berat dia. Lagi-lagi lutut kanan masih injured kesan badminton. 

Sekarang bila keluar bawa Solariz, rasa macam naik broom stick dalam cerita Harry Potter. Halus je Solariz ni. Tapi yang best sebab dia halus, nak menyelit lagi sedap. Menyelinap sana-sini kalau guna Solariz Red. Nmax Power Grey pula rancak disana, rancak disini. Yang penting dua-dua buat cari rezeki dan berbuat kebaikan. 



Wednesday, November 24, 2021

Beli Perfume di Isetan Online Malaysia

 



Ini bukanlah post yang ditaja oleh Isetan. Saya tidak menerima sebarang hadiah ataupun voucher dan sebagainya. Keluar duit lagi adalah sebab membeli di Isetan. 

Kali pertama saya melihat store Isetan ini ialah sekitar pertengahan 90-an di Kuala Lumpur. Waktu tu terdetik di hati, kenapa pilih nama Setan sebagai nama kedai? Zaman tiada internet, nak cari maklumat pun susah. Tanya kawan-kawan yang sama-sama tak tau, katanya kedai Jepun kot. Jawapan yang diberi pun tak berapa yakin. Memang betul pun Isetan berasal dari Jepun. Isetan ni bermula pada tahun 1886, asalnya kedai kimono di daerah Kenda, Tokyo. Nama Isetan merupakan gabungan nama Iseya dan Tanji iaitu nama asal kedai kimono ni.  They went into a proper departmental store in 1930, with the formation of Isetan Company Ltd. Selebihnya boleh baca di sini.

Zaman 90-an merupakan zaman belajar di IPT, duit pun tak berapa ada. Masa mula-mula kerja pun gaji tak seberapa. Bila lihat dari luar, kedai 'Setan' ni barang-barangnya nampak ekslusif. Segan pula nak menjengah masuk dalam. Dah la saya selalu dressing jeans lusuh dengan bawa helmet hitam di tangan. Saya jarang sangkut di motosikal sebab pernah ada pengalaman helmet kena curi (dipotong).

Sekarang pun saya jarang masuk ke Isetan. Kalau masuk pun sekadar tengok-tengok lepas tu blah. Isetan ni under departmental store. Saya selalu masuk ke departmental store yang lain seperti AEON, Sogo atau Parkson. Lagipun di kawasan rumah saya cuma hanya ada 3 departmental store tersebut. Kalau nak ke Isetan, paling dekat pun di One Utama.

Apabila keluar news berkenaan penutupan Isetan di One Utama dan kebetulan saya membacanya di internet, disebutkan juga bahawa Isetan mempunyai online store mereka sendiri. Trend sekarang memang kepada online store. Dulu saya agak kekok nak beli online. Kenapa? Sebab saya banyak pertanyaan kalau beli barang. Dan saya nak tengok depan mata, nak tengok size. Tapi sekarang banyak persoalan itu dah dijawab dengan review-review di internet. Kena rajin cari sahaja. Even proses unboxing pun ada. Saya kalau nak beli sesuatu memang akan spent a bit time untuk tengok review di internet. Bukan tengok satu sahaja tetapi beberapa review. Lepas tu compare. Lagi mahal barang tu, lagi lama saya spent time doing the research. Sampai boleh buat comparative analysis. 

Saya cuba-cuba browse di Isetan Online Malaysia dan terlihat beberapa produk perfume yang sedang sale. Haritu pergi ke kedai perfume kegeraman kegemaran saya di Mitsui, tak banyak dah stok masuk. Harga pun dah mahal tak macam dulu. Semuanya menyebabkan saya dalam kegeraman. Tapi sambar juga dua perfume sebab ada offer cuma ianya bau perempuan. Satu saya ambil, satu lagi wife saya ambil. Walaupun bau perempuan, tapi bila pakai takde siapa pun kata bau saya macam bau perempuan. 

Posing Perfume Tepi Sinki Dapur


So bila saya browse-browse perfume di Isetan, ada some perfume yang harga RM 1xx. Shipping baru berapa RM. Saya sauk perfume Guess Seductive for Men EDT 100 ml. Harga RM 109 campur shipping jadi RM 115. Okay sangat untuk saya, perfume pun original Guess, cuma tak pasti dah berapa lama simpan dalam stor mereka. Order hari Jumaat, Selasa dah dapat. Shipment through DHL.

Kotak Isetan Shop Online


Overall, puas hati sebab kalau nak saya sendiri masuk Isetan nak tengok-tengok item macam ni, memang tak la. Kalau tak kerana Isetan Online ni, memang saya tak tau ada juga price drop item di store mereka. One of the benefit untuk online store ni ialah customer yang segan-segan masuk kedai fizikal mereka (macam saya) in the end akan membeli produk mereka after browsing di dalam online store mereka. Online store lain yang saya pernah beli produk ialah di Bath and Body Works. Kalau nak masuk kedai fizikal mereka memang seganlah sebab tak tau pun nak cari apa. 

Ada yang tanya, beli perfume guna online store ni ok ke? Kan ke tak boleh test bau. Ya, itu satu kekangan lagi-lagi kalau kita nak beli perfume yang kita tak pernah pakai. Di Isetan Online Store ni ada satu perfume yang saya pernah pakai masa zaman bujang awal-awal kerja dulu iaitu Ferrari Black.  Sale price di Isetan Online ni lagi murah dari harga ketika Ferrari Black ni digunakan oleh saya berbelas tahun lepas. Memang Black ni pun overall dah murah dah sebab kategori perfume old model tapi bau dia mengingatkan saya pada zaman-zaman muda saya. 

Bubble Wrap Tebal


Untuk Guess ni, saya tak pernah pakai. So saya selalu kaji ciri-ciri bau dia di fragrantica.com. Kadang-kadang saya akan tengok samada baunya ada persamaan dengan bau yang saya pernah saya pakai. So far saya pernah pakai brand Dunhill, Ferrarri, Tommy Hilfiger, Benetton, Paco Rabanne, Bvlgari, Armani, David Beckham dan ada beberapa lagi. Tapi yang saya paling suka koleksinya ialah Ferrari dan Dunhill. Tak tau kenapa.