Wednesday, November 10, 2021

Resuming Business Back To Normal

 


Umum mengetahui seluruh dunia lumpuh hampir setahun lebih akibat pandemik Covid 19. Lot of countries were in lockdown mode. Not only people's daily life were disrupted, business pun sama juga. Kedai terpaksa ditutup, kilang juga ditutup. Even things that we thought would never close down, were closed too. 

So, apabila sektor kembali dibuka as life begins to resume, salah satu cabaran ialah untuk kembali beroperasi seperti biasa terutama sektor pembuatan dan pengilangan.

Company kena cepat capai tahap operasi sebelum lockdown, jika gagal maka dia akan ketinggalan dengan pesaingnya yang lebih dahulu mencapai tahap optimum. Ini berlaku dalam satu sektor ni. Biarlah saya rahsiakan namun rasanya ia adalah 'known secret' dikalangan mereka yang memerlukan produk sektor tersebut. 

Cari sahaja di FB dimana yang memerlukan produk sektor terbabit meluahkan perasaan tidak puas hati. Sektor tersebut mempunyai pelbagai jenama yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat namun hanya dua sahaja yang amat dominan. Ia seperti mobile phone, ada pelbagai jenama tapi yang dominan hanya Apple dan Samsung. Tapi kisah ini bukan mengenai smartphone. Ia berkenaan produk yang lebih mahal dari smartphone.

Company A selama ini mengatasi pesaing iaitu company B. Namun lockdown memberi kesan. Walaupun ramai yang order produk company A namun company A gagal resume normal operation dalam kadar yang cepat. Setelah berbulan kilang dibuka, company A masih gagal dengan teruknya untuk memenuhi permintaan. Company B lebih pantas mengatasi permasalahan ini. 

Saya menerima 'inside' information bahawa company A gagal mengatasi permasalahan di line production dimana ada bahagian yang reduce manpower kerana terpaksa dikuarantin akibat covid. Kilang elektronik adik ipar saya juga mengalami masalah terbabit. Ada juga yang mengatakan bahawa spare part di company A juga terjejas kerana supplier mengalami permasalahan serupa.

Di sini kita lihat kesan lockdown adalah bersifat chain reaction. Satu kilang komputer memerlukan spare part yang dibuat oleh kilang lain. Satu buka dan satu lagi tutup, tiada production boleh dijalankan. 

Apa yang saya lihat, company B berjaya mengatasi masalah ini. Ada yang kata disebabkan company B buka dahulu. Ada juga yang kata disebabkan company B mempunyai backlog order yang kurang dari company A. 

Namun apa jua alasan yang diberi, nampaknya peminat produk A semakin ramai beralih pada produk B. Jelasnya disini, jika keadaan berterusan hingga hujung tahun atau awal tahun depan, company A akan kalah dengan company B dan seterusnya boleh menyebabkan kerugian yang terbesar dalam sejarah mereka.

Ramai orang yang telah order produk dari A membatalkan pesanan mereka dan membeli produk B. Malah ada juga yang membeli produk dari pesaing lain. Kesabaran buyer ada limit dia, ada yang tunggu berbulan-bulan lama. Malah kedai yang berhampiran kilang produk A sendiri tiada stok A. Bukan sahaja buyer marah, penjual pun marah. 

Apa yang saya lihat, company A masih ego dan bongkak untuk mengakui kesilapan dan kelemahan mereka. Saya ada baca statement dari company A meminta maaf atas kelewatan dan menyatakan bahawa tindakan telah diambil. Namun perlu diingat, buyer company A consists of people from various background and industries. Ada yang bekerja dalam sektor pembuatan dan pengilangan. Setakat menyatakan tindakan telah diambil sahaja tidak cukup. Perlu dinyatakan apa tindakan yang telah diambil.

Another thing is, in order to win back the hearts of consumer, company A perlu tawar free gift yang menarik. Tidak kiralah samada ia berbentuk produk ataupun pakej lain. But they need to do something. Bukan senang nak pujuk hati manusia. 

Penjual produk B ada yang meracuni pemikiran potential buyer. Saya pernah ke satu kedai yang menjanjikan produk B akan sampai ke tangan saya dalam masa seminggu sahaja jika saya beli dengan dia. Dia juga ada ambil produk A dan dia sebagai otai dalam industri kecewa dengan produk A kerana gagal deliver on time.

Dia cakap kat saya, 'You bayangkan kalau pun sampai produk A tu pada you, tapi diorang ada problem spare part. Kalau apa-apa jadi you nak repair or claim warranty mesti berbulan-bulan juga, sama rasa dengan you nak tunggu produk A. Kalau produk B dia dah normal operation, spare part pun sudah banyak'.

And depan saya ada orang switch from ordering produk A to produk B walaupun produk B lebih mahal. For me, company A is in almost total disaster now in terms of business recovery. Kalau di negara lain, dah ada yang kena pecat dan diumumkan dalam news.


Friday, November 05, 2021

Dalam Kenangan

 


Saya tidak tahu untuk meletakkan tajuk apa di posting ini. Saya mengenali Rozlin ketika saya mengajarnya di universiti. Beliau merupakan pelajar saya yang mengambil mod ePJJ iaitu part time untuk mereka yang bekerja. Dia bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya.

Dia juga merupakan graduate diploma kami dan merupakan first batch diploma kami. Saya ada perasan dia ketika diploma tetapi tak berapa pasti samada pernah mengajar kelas dia atau tak. Maklumlah batch tu ramai, ada 9 kelas rasanya. Lagipun ianya kira-kira 20 tahun dahulu, memang tak ingat. Saya cuma ingat nama dia sahaja. 

Semalam, sekitar jam 1.09 tengahari, saya melihat whatsapp status Rozlin yang berbunyi 'Untuk makluman Rozlin Sharina telah meninggal dunia baru sebentar tadi. Minta semua sedekahkan AlFatihah'. To be honest, saya sangka Rozlin update status mengenai saudara kandungnya yang meninggal dunia. Saya sangka mungkin ada adik beradik beliau yang bernama Rozlin Sharina, kerana saya save number dia dalam fon saya as Rozlin Sharine. 

Ketika itu saya rasa simpati pada Rozlin, kerana saya tahu dia sedang bercuti di Sabah berdasarkan update di Whatsapp Status, FB dan IG beliau. Simpati kerana ketika bercuti, kehilangan saudara rapat. Lepas Zuhur, saya keluar berdua dengan wife untuk beli baju sekolah anak-anak. Ketika tunggu wife dalam kereta, saya buka fb Rozlin untuk lihat samada ada kawan-kawan beliau ucapkan takziah dalam fb namun saya lihat tiada sebarang aktiviti baru di facebooknya. 

Saya pulang ke rumah kira-kira jam 5.30 dan sekitar jam 7 petang terdetik hati untuk whatsapp Rozlin untuk ucapkan takziah atas pemergian yang saya sangka saudara kandung dia. Even saya sempat berbincang dengan wife, wife kata mungkin saudara kembar dia kot, sebab nama dekat-dekat sama. Saya nak check senarai nama pelajar namun senarai nama ada di ofis dan ofis hari ini tutup. Dalam hati masih berbelah bagi samada yang pergi adalah Rozlin yang saya kenal ataupun saudara kandungnya. Seingat saya namanya Rozlina Sharine bukan Sharina. 

So I decided to take a look back at her FB and IG. Saya terkejut kerana FB dan IG nya dah ghaib. I begin to suspect something is wrong somewhere. Saya tak pernah lalui lagi pengalaman menerima berita kematian seseorang melalui whatsapp status orang tu sendiri. Saya tanya pendapat wife. Wife kata mesti dia dah 'pergi', sebab tu FB dan IG dia family dia deactivate. Dalam hati saya 'make sense'. 

Saya try whatsapp number Rozlin, and trust me, hati berdebar sebab tak tau apa reaksi dan jawapan yang akan diterima. Then I received a voice audio. It was her friend. Kawan perempuan dia cakap memang benar apa yang saya baca di whatsapp status. Dan kawan perempuan dia kata dia kenal saya sebab arwah pernah cerita mengenai saya terutama ketika mengambil subjek saya. Jujur saya terkejut dengan berita pemergian beliau. I later found out that kawan dia yang deactivate all her social media account atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Saya masih belum 100% confirm akan berita yang mengejutkan ini. Saya call jiran saya, kebetulan jiran saya adalah rakan pada abang Rozlin. Jiran saya sahkan berita tersebut. 

Arwah Rozlin yang saya kenal begitu gigih nak menghabiskan pengajian. Last dia contact saya pada 10 September 2021 menerusi whatsapp, bertanya samada saya sihat atau tidak. Dan saya jawab pendek je..sihat. Mungkin dia tau saya kena covid dan dimasukkan ke hospital pada hujung Julai. Mungkin juga dia perlu nasihat and motivasi dari saya untuk dia keep her momentum on her degree course. 

Beberapa bulan sebelum tu, arwah ucapkan terima kasih pada saya kerana banyak bantu dia dari segi pengajiannya. Bagi saya, itu tugas saya. Bukan dia seorang sahaja pelajar terutama part time yang saya nasihat. Saya pernah belajar part time di peringkat PhD. To balance between work, study and personal life ni memang agak sukar. Kita perlukan motivasi dari orang lain. Ketika saya buat PhD pun saya dapat nasihat dan motivasi dari rakan-rakan yang dah lalui perkara yang sama. For me Rozlin can finish her part time degree, cuma perlu some motivation and guidance. 

Arwah Rozlin mempunyai hati yang baik. Dia ceria. Kalau berbual dengan dia through phone, tak berhenti dia bercakap. Dia pernah mengadu yang dia rasa ketinggalan sebab rakan-rakan diplomanya yang lain semua dah ada degree. Saya cakap kadangkala perjalanan seseorang tak sama. Ada sebab kita lambat sikit. Macam saya, PhD saya lambat sikit dari rakan-rakan saya. 

Arwah juga rajin melakukan pelbagai business part time. Dia jadi personal shopper untuk barang-barang branded. Dia ada beberapa IG dan few of her business IG di saat saya update post ini masih belum dipadam. Ketika birthday wife saya, saya pernah nak order bunga dan delivery dari arwah sebab dia pun ada buat perkhidmatan ni. In the end tak jadi sebab saya beli sendiri bunga di Bukit Jelutong dan bawa terus balik rumah. 

Seingat saya semester ini adalah semester akhir Rozlin. Saya tak update mengenai pengajian beliau pada semester ini kerana saya sendiri agak sibuk terutama selepas discaj hospital beberapa bulan lepas dan juga bergelut dengan kesan covid pada tubuh badan saya. Saya mengajar Rozlin dua subjek, satu ketika face to face dalam kelas, satu lagi ketika zaman covid menerusi online. 

Di bawah merupakan berita insiden yang menimpa arwah, diambil dari Harian Metro Online. Al Fatihah (dibaca) untuk Rozlin Sharina, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 



Semporna: Kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meninggal dunia ketika mendaki Bukit Bohey Dulang di sini, pagi hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rozlin Sharina Rosedi, 40, berasal dari Perlis dan bertugas di Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa dipercayai mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti berkenaan pada 10.13 pagi.

Menurutnya, mangsa bersama dua lagi rakan wanita dikatakan pergi ke pulau terbabit untuk melakukan aktiviti mendaki.

"Ketika mendaki, mangsa dikatakan mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

"Kakitangan Taman-Taman Sabah memberi bantuan kecemasan sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut oleh doktor di hospital berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, mayatnya dirujuk ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Disiarkan pada: November 4, 2021 @ 10:09pm

Monday, October 18, 2021

Samsung Buds Plus

 



Baru-baru ini saya decide untuk ganti buds yang telah saya miliki selama hampir setahun. Bukan kerana buds ini rosak, atau sound tak berapa cun, bukan juga kerana ia datang dari jenama china.

Saya beli buds asal saya ini kerana ingin mencuba guna buds. Adakah sesuai atau tidak. Saya dapati buds yang saya telah miliki ini bila pakai lama sikit, rasa sakit di telinga. Design seperti Apple Airpods, tapi keselesaan kurang. Harga pun tak sampai RM200.

In the end, saya beli Samsung Buds Plus dari kedai kegemaran saya iaitu Samsung Setia City. Dapat harga diskaun sebab Buds Plus ni dah discontinue. Kedai tengah habiskan stok.

My first impression is selesa pakai Samsung Buds Plus ini. Beza dengan buds saya sebelumnya. Mula-mula saya kaji di internet, ada yang kata Buds Plus ini hanya start charging kalau power dia dah nak habis. Berbeza dengan buds lain yang apabila dimasukkan dalam casingnya akan terus charging. Rupanya, Samsung Buds Plus ini pun sama juga, masuk dalam casing akan terus charging.

Sound memang lagi best dari buds lama saya. Saya difahamkan Samsung Buds yang lebih baru, lagi best bunyinya. Buds Plus ini tiada ANC tapi saya tak kisah sebab Sony saya yang ada ANC pun saya selalu offkan supaya bunyi luar masuk. Rasa macam tak best kalau tiada bunyi luar masuk. Boleh terkejut kalau tengah layan lagu tiba-tiba bahu kena tepuk.

Oleh kerana tablet dan smartphone saya jenama Samsung, so senang nak configure Buds Plus ni dengan device saya. Bunyi pun mantap, tuned by AKG kata Samsung. Walaupun tak boleh lawan Sony Xtra Bass earphone saya yang guna wire, tapi for a wireless earphone bud, bunyi tak mengecewakan. Dan bila saya connect to my Hi Res Sony MP3 player, this Buds Plus can deliver high level of volume, much more better than other wireless Bluetooth earphone. Saya ada 1 Sony Sport Wireless earphone, tapi bunyi tak sekuat this Buds Plus.

Saya dah try exercise guna this Buds Plus. Walaupun IPX rating dia cuma 2 tapi tak rosak kena peluh saya. IPX2 ni untuk water resistant. Jangan dibawa mandi pula ye. Ini bukan level jam GShock. Nak pemahaman lebih lanjut boleh tengok IPX rating dibawah.



So far saya puas hati guna Samsung Buds Plus ni. Saya list down perkara yang saya puas hati iaitu:-

1. Keselesaan pemakaian. Sebab utama saya tukar dari buds lama saya ke Buds Plus. Selain dari pemakaian yang bersifat in ear, ia juga terletak kemas di telinga saya. Dan tak rasa sakit bila pakai dalam jangkamasa 2 jam (paling lama saya pakai). Ringan pulak tu.

2. Level volume dia lebih tinggi berbanding Sony Wireless earphone saya. Even my Sony XM4 pun tak setinggi Buds Plus kalau guna wireless. 

3. Easy to connect with my Samsung devices. Samsung sama samsung memang senang. But when I connect it to my Sony device pun, senang juga.

4. Price wise compare dgn Samsung buds yang lain, it is cheap. Mungkin sebab dah discontinue. Compare tu my old buds jenama China, of course yang jenama China tu is more cheaper la.

5. Bateri tahan. Walaupun saya tak guna berterusan lebih dari 2 jam, tapi saya tahu bateri dia tahan. 

6. Charging case guna usb C. Pantas sikit nak charge. Tak pasti boleh charging wireless ke tak. 

7. Sound quality not bad. Samsung kata tuned by AKG.

8. Senang nak configure sound guna Samsung Apps di Samsung device.

Yang saya tak berapa suka mengenai Buds Plus ini ialah 

1. Kecil, risau kalau tengah masak dia terjatuh dalam masakan. Walaupun nampak fit dalam telinga, tapi sebab dia kecil dan ringan, rasa tak confident sangat. Langkah pencegahan, jangan guna masa masak.

2. Sebab dia kecil dan ringan, risau kalau jatuh. Harga mahal tu pun buat risau. Even kalau letak dalam case pun, risau jatuh. Bab hilang dalam simpanan agak susah sebab kita boleh cari dia dengan apps.

3. Buds lama saya bentuk macam airpod. Sejujurnya saya suka design airpod sebab dia ada tangkai terjulur keluar dari telinga. At least orang tau kita tengah guna device di telinga so takde la nampak macam cakap sorang-sorang. 

4. Lubang telinga saya gatal kalau pakai lama-lama sebab buds plus ni jenis in ear, masuk lubang telinga. 

5. Sound configuration tak cukup comprehensive. Being a guitarist yang dah biasa setup sound di multiple guitar gadget, memang susah nak puaskan hati saya tentang sound configuration. 

Kalau nak review lanjut, google je. Ada banyak review mengenai Buds Plus ni. 



Saturday, September 25, 2021

Booking Motosikal Baru

 


Selepas saya keluar hospital akibat Covid tempohari, saya decide nak tukar motosikal klac Honda RS 150 saya kepada skuter. Saya sudah pun memiliki skuter Yamaha Solariz yang saya berikan pada isteri untuk kegunaan beliau ke masjid. Dan sebelum saya kena Covid pun, minat saya untuk menggunakan RS semakin pudar lagi-lagi saya hanya banyak jalan di town serta ke kedai. 

Saya mendapati skuter amat praktikal untuk urusan saya. Walaupun Solariz ini tak selaju RS, cut off pun 100kmh (dengan berat badan saya), itupun turun bukit, namun saya selesa dengannya. Cuma saiz comelnya menyebabkan tak banyak barang boleh letak underseat.

Baru-baru ni saya servis Solariz saya menggunakan Rock Oil Semi Syn. Saya guna Semi Syn sebab saya tak bergerak jauh. Mileage 2 tahun pakai baru 2 ribu lebih KM. Lately ni je kerap bawa Solariz merayau. Walaupun mileage kurang, tapi setiap 6 bulan saya akan tukar minyak hitam dan gear oil. Hantar servis di authorized Yamaha dealer. Servis terakhir saya adalah di Yamaha Authorize Dealer yang terletak berhampiran dengan rumah. Sejak ada jalan short cut di taman sebelah, nak kesana tak sampai 15 minit. Kalau tak kena masuk highway, boleh cecah 30 minit. 

Ketika servis, saya ambil kesempatan untuk tukar tayar depan belakang kepada saiz yang besar sikit, mula-mula nak beli Tayar Pirelli tapi cuma ada satu je saiz yang saya nak iaitu untuk tayar depan. Kedai offer jenis lain untuk belakang, in the end saya ambil FKR depan belakang. 

Agak skeptikal juga untuk guna FKR tapi bila dah pakai ni so far not bad lah. Cuma belum bawa masa hujan sahaja. Tapi masa jalan licin dah bawa. Kalau nak reviu penuh tayar ni, saya tak boleh nak beri sebab saya takde test ambil lap atau bawa laju dalam hujan. Just daily ride like your average Joe je. FKR yang saya guna ialah dari series RS900, size 80/90 14 dan 90/80 14 untuk belakang. Rasa skuter sedikit mantap. 

Ada yang tanya, okay tak pickup sebab tayar dah upsize. Saya jawab, takde rasa beza sangat, cuma top speed saya lewat sikit nak capai 100kmh kalau jalan straight. Turun bukit no hal. Tapi takde masalah sangat pada saya sebab still boleh capai 90kmh. Skuter Solariz ni comel, bawa 80 pun rasa nak terbang. 

So back to the title of this blog, booking motosikal baru. Saya ke kedai motosikal tempat saya selalu servis RS saya untuk booking satu skuter yang agak popular sekarang selain Honda ADV dan juga NVX iaitu Yamaha NMAX. Saya jarang nampak on the road NMAX ni, sebab tu saya gunakan terma agak popular. Saya lihat style dia adalah style uncle-uncle punya moto. Dan saya tak kisah sebab saya pun dah masuk usia Uncle-uncle. Yang penting, NMAX which is under kategori Maxi Scooter ni nampak sesuai untuk pekerja pejabat ke tempat kerja. Kalau nak ranggi-ranggi, yang sesuai adalah NVX.

Sebenarnya saya ada beberapa opsyen untuk gantikan motosikal klac saya ni. Saya dah letih main klac, sedap memang sedap tapi zaman Rossi saya dah berlalu. Baru-baru ni lumba dengan budak GRAB yang guna motosikal sama dengan saya, saya tewas. Lumba di traffic light. Gear satu dan dua saya leading sebab saya pakai ekzos UMA, budak GRAB tu ekzos standard. Rupanya gear dua saya tarik sampai RPM Merah, budak Grab tu tukar gear 3 saya masih gear 2. Terus makan asap saya. 

Antara opsyen saya selain NMAX ialah Honda ADV, Vario dan NVX. Pergi kedai moto baru-baru ni, Vario ready stock. Yang lain tiada stok. Kilang Honda tutup masa PKP dan baru buka masa Pulau Pinang tukar ke fasa 2. Kilang Yamaha tutup lama, buka pun sebab kerajaan ubah polisi fasa 1 Selangor. Hari-hari tengok FB orang marah pada Yamaha dan Honda sebab walaupun kilang dah buka tapi shipment moto lewat. Yang saya tengok bergerak pantas adalah Honda ADV. NMAX minggu ini baru ada segelintir dapat moto baru, sikit sangat (at least yang saya tau dalam grup FB, mungkin ada lagi yang luar grup FB yang dah dapat moto). Saya masuk banyak grup skuter di FB so dapat tengok luahan mereka.

Agak lucu melihat kedai-kedai motosikal dipenuhi oleh motosikal Benelli, SYM, Modenas dan WMoto ketika itu. Tiada Yamaha dan Honda. Kalau ada pun sikit sangat. So back to pemilihan skuter saya, Honda ADV saya terpaksa reject sebab design dia walaupun cantik tetapi ranggi sangat, jiwa uncle-uncle macam saya tak sesuai. NMAX dan Vario pun sama. Vario design macam Solariz saya, cuma besar sikit dan cc 150. In the end NMAX jadi pilihan saya sebab dia ada sikit-sikit macam skuter pilihan saya bila nak pencen esok iaitu XMAX. Nak beli XMAX tak mampu, mahal. NMAX murah, lebih murah dari NVX dan ADV. Bentuk uncle-uncle dan paling rare, masih guna kunci disaat motosikal lain dah keyless. Saya suka sebab oldskool.

Bila saya ke kedai tempat saya book dan kemudian berurusan dengan satu amoi ni, dia kata saya manusia pertama yang booking Nmax di kedai dia. Saya macam tak percaya sebab kedai moto dia ni top, sebut je semua orang tau di majlis perbandaraan saya ni. Takkan la saya orang pertama book Nmax. Kemudian saya tanya bila boleh dapat, dia sebut sebulan. Kalau paling teruk pun dua bulan. Saya cakap 'You Jangan Tipu Sama Saya, di FB orang tunggu dari bulan April pun belum dapat NMAX'. Amoi tu cakap 'Aiyaa Abang, kilang sudah bagitau kita sekarang mereka cuma dapat parts skuter banyak, jadi mereka buat skuter dulu'. Gaya amoi tu cakap sambil toleh kiri kanan konon rahsia besar lah ni. 

Saya sebenarnya 1 sen pun tak percaya apa dia cakap. Tapi saya tak kisah sebab saya tak urgent pun. So saya berpegang pada konsep dengar boleh percaya jangan. Yang buat saya tak percaya ialah bila saya kata saya mungkin berubah nak ambil ADV dan dia kata, itu ADV lagi teruk production tiada siapa lagi yang dapat moto. Saya nak tergelak dengar statement ni sebab dalam grup ADV dah semakin ramai yang dapat moto mereka. Malah ada kedai yang dah ada stok. 

-Sabar Menunggu-

Tuesday, September 21, 2021

Panaskan Enjin Kenderaan (Perlu Atau Tidak?)

 


Semalam, ketika sedang melayari internet, saya terjumpa satu artikel di laman web paultan berkenaan tajuk entri blog ini, which is panaskan enjin kenderaan. Artikel asal boleh didapati di link ini. Saya memang dah tau jawapannya namun perlukan satu bentuk penulisan dari orang lain untuk support saya jika ada orang tanya soalan yang sama. 

Jawapan pendeknya ialah kenderaan sekarang tak perlu nak warm up enjin lama-lama. Jawapan sedikit panjang pula ialah kenderaan sekarang guna fuel injection, tak perlu warm up enjin pagi-pagi. Yang perlu dibuat ialah start kenderaan dan jalan slow-slow sampai temperature capai tahap yang diperlukan. 

Kalau nak jawapan lagi panjang boleh baca artikel yang saya link kan di atas. Ia menjawab persoalan-persoalan uncle-uncle lama yang bising tak bagi start kereta pagi-pagi dan terus jalan. Tak payah uncle zaman enjin kaburetor, ada juga manusia sezaman dengan saya dan juga generasi bawah saya yang berfikiran macam tu. Hey Manusia ! Kalau dalam manual tak sebut, tak payah ler buat. Rajin-rajin baca manual tu. Macam-macam ilmu ada dalam tu.

Saya bukanlah pakar enjin kenderaan. Saya cuma kenal beberapa rakan bekerja mekanik atau owner bengkel. Pengalaman saya dalam dunia kenderaan cetek. Sejak menunggang motosikal dan memandu kereta pada awal 90an, saya berpengalaman mengalami kerosakan kenderaan. 

Ada yang kenderaan meletup radiatornya di lebuhraya PLUS. Terpaksalah ditowing ke plaza tol berhampiran. Dan di sana, dah ada tow truck tunggu. Itu kenderaan company, so saya serahkan pada tow truck. Pandai-pandailah company uruskan yang lain. Saya tak pasti apa sebab radiator meletup, tapi yang saya ingat, saya isi petrol ke kenderaan tersebut yang guna enjin diesel. Tapi saya rasa ia meletup sebab air kurang. Saya dan rakan-rakan memang tak check airnya. 

Satu lagi pengalaman di highway ialah ketika memandu di Elite. Yang ini saya bawa kereta sendiri. Proton Saga 1.3 plet Trengganu. Tayar belakang pancit sehingga getah bertaburan di atas jalan. Saya ketepi pun bila banyak kenderaan lain hon dan tunjuk arah tayar belakang. Masa tu bawa memang dah senget steering. Tunggu PLUS Ronda datang. Nak buka tayar tak reti. Nama je lelaki. Zaman tu baru guna kereta sendiri. Main sesah je. Saga Trengganu ni memang macam-macam hal. Pernah suhu naik masa keluar rumah bujang malam-malam. Stranded tak jauh dari rumah. Call kawan sebab dia kerja EON dan di refer pada sorang lagi kawan pomen EON dia, namanya Nizam. 

Itulah perkenalan awal saya dengan Nizam yang senama dengan saya. Saya panggil dia Nizam Pomen. Sampai sekarang berkawan dengan dia, dah berpuluh tahun. Dia banyak ajar saya pasal kenderaan terutama gearbox. Saya bermula dengan pakai Saga 1.3 kaler kelabu plet Trengganu. Sampai saya jual kereta ni, baru saya perasan plet depan lain, plet belakang lain. Saya lupa dah nombornya tapi lebih kurang macam ni lah, depan 2641, belakang 2461. Masa guna Saga Trengganu ni saya kerja di Astro.

Bila saya masuk kerja saya sekarang ni, saya guna Proton Saga 1.5 Megavalve. Power kereta ni. Lepas tu tukar Proton Wira 1.5 brand new. Lepas Wira, saya ambil Perdana 2.0 second hand. Perdana ni pun banyak ajar saya pasal kenderaan. Beberapa bulan sekali mesti buat hal. Hal terakhir ialah ada shortage wire dimana lampu kecik depan menyala bila buka radio. Rupanya masa pasang radio ada masalah. Radio player SONY CD tu saya ambil dari Wira saya. Nama player tu SONY CD XPLOD. Ada 10 CD box yang dipasang di belakang bonet. Maknanya kita boleh pilih lagu-lagu dari 10 CD, sangat canggih masa tu. Di couplekan pula dengan Subwoofer brand kedai brothers dan juga amp yang ntahapa-hapa ntah.

Lepas guna Perdana, saya pakai Toyota. Saya dah pakai 3 jenis Toyota selepas itu sebelum akhirnya bertukar ke Honda. Sekarang guna Honda, jenis rakyat marhain. Orang kata, kalau singgah beli buah tepi jalan masih boleh dapat diskaun.

So berdasarkan pengalaman singkat berkenderaan inilah saya dapati bahawa enjin injection tak perlu warmup. Paling lama pun 30 saat. Kalau baca artikel di Paultan tu, lagi detail dia bagitau kesan warmup lama-lama enjin injection ni. 

Motosikal sekarang pun dah guna injection. Saya bermula dari zaman Yamaha 80. Kemudian Yamaha 100 Sports. Yang ni paling lama saya pakai. Sampai sekarang moto ni masih ada di kampung, anak-anak buah guna. Last saya nampak, moto tu dah togel ala cub prix zaman-zaman dulu. Lepas guna Yamaha 100 Sports, saya guna Yamaha 110 SS. Ada klac, tapi klac hidup. Ni semua moto zaman 2T. 100 Sports saya boleh la sampai 100kmh (meter), cuma kena perah habis la, lock throttle. 110 SS saya boleh sampai 100kmh tanpa lock throttle. Ada disc brake depan pula tu. Lepas tu lama dah tak pakai moto, berbelas tahun juga.

Sehinggalah beberapa tahun lepas saya beli Modenas Kriss MR2. Moto ni rasanya guna karburetor. Lepas tu saya tukar ke Honda Wave 125 FI. Yang ni dah guna injection. Start kejap lepas tu jalan. Kemudian saya tukar ke Honda RS150 sekarang. Juga guna injection. Saya juga ada Yamaha Skuter Solariz, untuk wife saya ke masjid berhampiran. Tak payah berebut moto bila saya pergi kerja. Lagipun wife saya tak pandai bawa moto klac. 


Friday, September 10, 2021

Pengalaman Menggunakan JPJ eBid

 


Baru-baru ini saya mencuba membeli nombor menerusi sistem JPJ Ebid. Saya dah lama ada username dan password. Saya buat selepas mendaftar di Mysikap. Sebelum ni memang tak minat pun guna sistem ebid ni sebab number yang saya perolehi di Mysikap pun tak kurang menarik.

Sebelum wujud semua sistem-sistem ni, saya ambil number dengan jumpa Pengarah JPJ di Padang Jawa. Dua kali juga lah dah merasa buat macam ni. Kedua-dua nya nombor kapit dan merupakan balance siri lama-lama yang mungkin tak dijual ataupun dipulangkan balik atas sebab tertentu. Rakan-rakan saya pun buat cara macam ni setelah saya ajar. Seronok juga sebab dapat berbual dengan Pengarah.

Caranya, pergi JPJ, tanya kaunter pertanyaan nak ambil nombor balance dan ikut je prosedur. Sekarang ni tak tau la samada cara ni valid atau tidak. Lagipun dah guna sistem ni senang, tak perlu ke JPJ. Dari rumah sambil baring kunyah makanan pun boleh beli nombor. Cuma harga tak tahan la, kalau ambil nombor balance ni saya bayar RM 310 je. Tapi ni harga 2016 dimana last saya ambil nombor cara ni. Lepas tu saya guna portal MySikap je cari running number yang cantik. Saya jenis tak minat buat interchange number, kedua-dua number balance saya jual sekali dengan kenderaannya sekali. Orang kata rugi sebab number tu sahaja boleh jual 3-4k, tapi saya tak kisah, rezeki ada dimana-mana.

So kali ni first time guna JPJ eBid. Kalau ambil number di portal MySikap, memang fix RM 310. Tetapi di sistem ebid, ia bergantung pada kategori number kita nak. Kalau number 1-10, buka je dah RM 20,000. Number menarik macam 22, 7777, 666 ialah RM 3000. Number popular pula ialah RM 800 sementara number biasa RM 300. Ini semua harga permulaan, untuk naikkan harga bida setiap kategori tu tak sama.

Saya ambil satu number yang dalam kategori biasa iaitu RM 300. Masa saya buka sistem ebid tu (guna Android apps je, nak guna website pun boleh), saya terus letak RM 300. Kena bayar RM 10 duit pendaftaran. Bayar guna kad kredit. Yang RM 10 ni terus caj dalam kad kredit. RM 300 tu pula dia caj juga tapi akan direfund balik kalau kita kalah bida. 

Pada hari terakhir bida, saya dapat notifikasi yang ada orang dah atasi saya dimana saya jatuh ke number 2. Geram punya pasal, saya naikkan harga pada RM 320 tetapi apps kata jumlah saya lebih rendah dari harga orang yang leading. Apps tak bagitau ye berapa jumlah orang tu letak, kita kena try masukkan amount je. Lepas masuk amount yang kita nak letak, akan keluar screen kad kredit, kita batalkan transaksi. Cara ni membolehkan kita bida dengan harga yang tak terlalu tinggi dari harga orang yang lawan kita tu.

So bila saya letak RM 350, bida saya diterima dan saya tekan YA untuk caj kad kredit saya. Dalam hati rasa puas. Jam 9 malam hari penutup (tutup jam 10 malam), saya dapat notifikasi di handphone saya, Bidaan anda telah diatasi oleh orang lain. Panas pula hati ni, saya buka apps JPJ ebid dan cuba masukkan amaun RM 370, tapi keluar mesej amaun masih rendah dari pembida lain. In the end saya letak RM 3000 mengatakan saya boleh teruskan caj kad kredit saya. 

Saya try kaedah yang saya terangkan sebelum ini dan saya dapati jika saya letakkan RM 2200, saya akan berjaya caj kad kredit saya, tetapi jika letak RM 2000, amaun dikatakan rendah dari pembida. So saya rasa pembida atas saya ni mesti letak RM 2100.

In the end saya backoff, sebab budget saya cuma bawah RM 400, tak kuasa saya nak habiskan duit banyak-banyak untuk number, dah la takde makna apa-apa number tu pada saya. Di akhir proses bida, saya check di apps bahawa pemenangnya adalah seseorang berumur lewat 20an, dan jumlah yang dibayar adalah RM 2500. Ini untuk number biasa, cuma number ni 3 angka dan kalau digabungkan dengan Abjad depan, jadi cantik. Nak pula guna number plet yang tak memenuhi spesifikasi, memang cun.

Pada yang baru nak mencuba tu, JPJ ebid ni buka 5 hari untuk proses bida sesuatu siri number. Siri number bukan keluar hari-hari ye, ada masa-masa tertentu je. Kena rajin tengok notis awam di FB JPJ atau twitter JPJ. Medium lain saya tak pasti. Jangan kecoh pulak apabila buka JPJ ebid tu cuma ada number negeri yang kita tak minat. 

Lagi satu setakat hari ketiga atau keempat tu kita masuk bida number cantik dengan harga minimum tu, jangan kagum sangat. Itu baru permulaan. Otai-otai ebida ni akan masuk pada hari kelima dan lebih sadis lagi mereka mampu memintas kita pada saat-saat akhir sebelum tutup sistem pukul 10. Kalau kita sanggup letak duit yang banyak, mungkin kita akan menang tanpa cabaran. Nak berentap dengan company, geng runner, geng jual number, belum tentu kita boleh menang tanpa duit banyak.

Esoknya saya ke portal dan dapat plet wilayah yang numbernya sama dengan kenderaan saya yang lain. Harga cuma RM 310 sahaja. Lebih murah dan mempunyai makna. 


Sunday, September 05, 2021

Post Covid Syndrome


 

Alhamdulillah, setelah lebih sebulan saya diserang covid 19, iaitu 13 Julai hari pertama bergejala dan 21 Julai hari dimasukkan ke hospital, kesihatan dan tubuh badan saya hampir 95%. Kenapa saya kata 95%, ini kerana ada ketikanya saya rasa sedikit letih dan stamina saya belum sampai 100% ketika bersenam. 

Yang membuatkan saya teruja untuk menulis entri perkembangan ini ialah dalam minggu ini saya agak agresif dan aktif melakukan pelbagai rutin exercise yang saya lakukan sebelum saya kena covid, dan sudah tiada lagi tanda-tanda keletihan ketara.

Saya teringat 2 minggu lepas apabila saya start exercise petang, malamnya saya tidur awal akibat keletihan yang amat sangat. Dan apabila saya tukar ke malam hari, saya tak mampu nak habiskan rutin exercise saya. Kecungapan ketika exercise pun hadir lebih awal. Heart rate saya juga tinggi dari biasa, 7 minit exercise sudah 15x bpm. Saya monitor guna jam Samsung Watch.

Kadar BPM nak turun pun slow. Selalu ianya cepat turun ke bawah 100bpm selepas saya exercise, kali ini agak slow.

Namun saya konsisten slowly exercise, disamping menjaga kembali pemakanan dan mengambil madu, habbatus sauda serta vitamin C Shaklee, and minggu ini keadaan kembali normal. Samada akibat supplemen dan pemakanan saya ataupun sebab saya sudah kembali kerap melakukan exercise, itu sesuatu yang tidak dapat saya kenal pasti. But for sure, keadaan badan dan stamina saya hampir pulih. Waktu tidur pun seperti dah kembali ke zaman sebelum covid. Mood untuk update blog ini pun dah kembali.

Apa pun biar saya cerita sedikit keadaan yang saya alami selepas keluar hospital. Saya simpulkan ia sebagai sindrom post covid. Perkara yang seakan sama juga terjadi pada 2 orang rakan baru saya di hospital. Saya kenal mereka kita sama-sama ditempatkan di wad low risk (asrama doktor Hospital Klang). Wad low risk ni adalah untuk pesakit yang dah masuk wad covid dan hampir pulih, tapi belum dibenarkan discaj.

Minggu pertama saya balik ke rumah, memang kerja saya tidur. Tidur lebih 12 jam sehari. Malam pukul 9 malam dah tidur, bangun sharp pukul 6 pagi. Lepas sarapan tidur lagi hingga tengahari. Lepas makan tengahari tidur lagi hingga petang. Nak tunggu waktu isyak adalah sesuatu yang sangat sukar kerana lepas maghrib dah mengantuk.

Memandu kenderaan juga sukar. 15 minit pemanduan membuatkan saya akan tidur selama hampir 2 jam. Letihnya seperti bawa kereta non stop dari KL ke JB. Keadaan ini berlarutan hingga minggu kedua. Motosikal-motosikal saya langsung saya tak sentuh. Hanya hidupkan enjin sahaja. Minggu ketiga baru saya berani bawa motosikal saya. Ketika ini saya dah pun berjaya membawa kenderaan saya ke kedai berhampiran yang jaraknya tidak sampai 3 KM. Apabila pulang, saya rasa tidak letih dan ini membuatkan saya yakin saya boleh membawa motosikal.

Saya pilih skuter Yamaha Solariz wife saya untuk saya bawa sebagai percubaan. Hampir juga terbabas ketika mengambil selekoh di taman perumahan saya. Kepala masih pening terutama apabila pakai helmet. Motosikal saya yang berklac pula saya hanya bawa selepas sebulan, ketika saya benar-benar yakin saya dah okay over 75%. 

Vitamin dan supplemen saya amalkan setiap pagi. Tak lupa juga mengenakan diri pada cahaya matahari pagi. Kadang-kadang tak perlu keluar rumah kerana tingkap-tingkap di rumah saya memang senang cahaya matahari memancar.

Selain simptom fatigue, saya juga mengalami simptom sakit kepala. Berpusing kepala terutama selepas balik memandu, seperti nak muntah pun ada. Sejak keluar hospital, nafsu makan saya agak tinggi. Mungkin badan nak recover balik everything setelah amat kurang makan dan minum selama kira-kira 15 hari.

Pada minggu pertama dan kedua saya pulang ke rumah, saya diserang gastrik. Itu juga mungkin penyebab kepala saya pening sangat pada masa-masa tertentu terutama ketika memandu kenderaan. Perut sentiasa rasa ada angin. Ketika saya diserang Covid, memang saya mengalami cirit birit, selain demam 38c (adakala naik 38.5), selsema ringan, sore throat ringan dan batuk yang semakin teruk sehinggalah hari saya dikejarkan ke hospital (sebab level oksigen turun).

Mungkin disebabkan cirit birit ini saya akhirnya diserang gastrik selepas keluar hospital (mungkin sahaja). Pada minggu kedua saya ke farmasi Alpro berjumpa pharmacist dan saya diberi ubat buang angin serta ubat probiotik. Sejak itu pening kepala saya mula susut dan angin dalam perut berkurangan banyak. 

Kini antara perkara-perkara yang saya lakukan ialah menguatkan imun badan dengan memakan supplemen, madu serta habbatus sauda. Banyak tips saya perolehi dari rakan-rakan yang sememangnya mengamalkan pemakanan sebegini. Selain lengkap vaksin, kita kena jaga juga imun badan kita. Ketika diserang, vaksin kedua saya baru berusia sehari. Namun dengan vaksin dos pertama juga saya tak sampai ke tahap 5 dengan izin Allah, hanya sampai ke tahap 4, dan tiada oksigen diperlukan, doktor yakin paru-paru saya boleh melawan. Saya diberitahu doktor paru-paru dan liver saya infected sedikit. Diberi ubat untuk dimakan selama 7 hari selepas pulang ke rumah. 

Saya juga elakkan diri dari stress berlebihan terutama bab kerja. Walaupun ianya tidak dapat dielakkan namun boleh dikurangkan. Malam memang off whatsapp kerja. Handphone pun switch off. No more work during weekends. 

Motosikal saya yang berklac pun saya dah bercadang nak let go. Nak pergi pada skuter pula, nak easy ride sahaja. Memandangkan segalanya akan dibuka kembali hujung tahun ini, wife akan kembali menggunakan skuternya ke masjid, saya pula perlu mencari alternatif motosikal lain untuk ke pejabat. Sebab itu saya mencari satu skuter yang lebih sesuai dengan faktor umur saya iaitu Nmax, Xmax atau Forza. Mungkin lebih kepada Nmax dari segi faktor harga dan juga handling di dalam town. Xmax dan Forza mungkin last alternatif kerana berat dan saya juga tak main highway banyak. ADV, NVX atau Vario agak ranggi dan stylo untuk umur yang dah senja macam saya. 

Nanti saya akan ceritakan pengalaman Covid saya serta kisah di hospital Klang. Stay Safe everyone, dan seperti yang orang kata, Covid is Real.