Tuesday, June 15, 2021

HP 2336 dan Macbook Air 2020

 


Banyak sikit dugaan di musim PKP ini sejak dari hari pertama PKP 7 Jun hingga sekarang. Dengan sinki dapur sumbatnya, power surge dari TNB sehinggalah proses membeli/ganti barang-barang yang perlu pakai segera sementara tunggu gantirugi dari TNB. Beli barang online ni kena sabar. Tak boleh dapat instant. 

Pembelian pertama saya adalah Printer HP 2336 yang saya rasa range printer termurah di pasaran. Harga di website HP atas sikit RM 200 tapi di online official store dah habis stok. Yang ada seller-seller lain dan harga dah up ke RM 300 (paling murah saya dapat termasuk shipping). Barang kedua yang saya terpaksa beli segera ialah microwave Samsung 23L Solo. Solo maknanya dia ada function microwave sahaja. Yang dah meletup akibat power surge sebelum ini ialah Samsung 32L microwave campur grill campur convection. Yang ketiga ialah modem AX10 TP Link. Yang lama juga AX10 Archer TP Link. Baru pakai 2 bulan dah kong akibat power surge. Saya beli model yang sama tapi dengan harga yang lebih murah dari pembelian pertama. Beli di Ookas. 

Printer dan Microwave dah sampai. Yang belum sampai modem. Slow sikit ninja van kali ni. Cuti Umum dia tak bergerak. Microwave yang dibeli di website Samsung sampai dulu. Beli Khamis, Sabtu dah sampai. Samsung guna City Link. Petang tu pula, DHL call kata dah depan pintu pagar rumah nak hantar Printer. Yang ni order Rabu malam. 

Ok back to the main story, masa beli printer HP 2336 saya tak pula Google compatibility dan kesukaran dengan Macbook Air 2020 (MBA2020) saya. Masa guna HP lama iaitu 5075, steady je sambung dengan MBA 2020. Plug and Play. 

Even dengan MBA 2013 pun boleh print tanpa sebarang permasalahan. Apatah lagi kalau disambung dengan Windows based punya laptop. Tiada langsung masalah. Ini membuat saya leka, tidak membuat research dahulu sebelum membeli. Mungkin sebab nak cepat kerana ada perkara yang perlu saya cetak.

Bila dah sampai printer ni, hati excited. Relek-relek dulu, tak terus setup. Ingat malam nanti baru nak setup dan print. Malam tu saya sambung ke MBA 2020 dan seperti biasa, prosedur add printer di system preference saya laksanakan dengan hati yang senang. Sebelum tu dah pasang katrij siap-siap. Sambung cable. Dalam hati, apa je pun yang akan berlaku, dah banyak kali beli printer. Sedangkan HP 5075 yang besar dan lebih canggih tu pun senang je pasang, inikan entry level HP 2336 ni. 

So, saya try print 1 document word, lampu printer berkelip-kelip tapi takde kertas yang keluar. Saya ingat kena reset dulu, so saya restart MBA dan printer. Macam tu juga. So bermulalah Googling saya mengenai permasalahan ini. Dalam hati mula bengkek sebab kita nak cepat, tapi lambat yang dapat.

Macam-macam kisah dalam google. Ada yang kata printer ni support usb2.0 sahaja dan MBA 2020 cuma ada USB 3.1 tapi setahu saya USB ni backward compatible. 

Ada yang kata HP 2336 memang tak boleh bekerja dengan USB 3.1. Ada pulak yang kata MBA 2020 yang tak boleh bekerja dengan USB 2.0. Tapi pelik, device saya yang guna USB 2.0 elok je bekerjasama dengan MBA 2020 saya. Ada yang kata salah adapter, tapi adapter USB to USB C saya keluarkan Ugreen, steady juga digunakan dengan device lain. 

In the end, I found out this workaround. Saya install HP Printer drivers for MacOS yang saya perolehi dari link ini . Nama file dia adalah HP Printer Drivers v 5.1 for MacOS. Ia adalah link dari website Apple. Selepas saya install driver tersebut, saya kembali ke bahagian printer and scanner di system preference. Saya ambil HP Deskjet Ink Advantage 2540 sebagai driver dia. 

Selepas itu, dah boleh print. Cuma scanner saya tak try lagi. Dari pembacaan di forum-forum di internet, scanner masih tidak boleh digunakan. Saya tak kisah sangat sebab saya dah beli apps scanner di handphone saya. I will use my phone for scanning purposes. Di library pun boleh scan guna handphone. Copier berfungsi seperti biasa, tak payah nak pergi fotostat. 

So I hope kalau ada any major MacOS update, my HP driver masih boleh digunakan lagi. Next time kalau nak beli printer, need to bring my MBA 2020 and test it terus di kedai. Dengan syarat, dah bukan PKP and kedai dah boleh buka macam biasa. 

Kenapa saya tidak cari di website HP untuk driver for my MBA 2020? Well, nothing much there. Dia suruh install guna HP Smart and I found out that it is not smart enough to connect my printer with my MBA 2020. 

So for now, it works on my MBA 2020. I haven't try it on my MBA 2013 and Fujitsu. 

Wednesday, June 09, 2021

TP Link Wifi 6 Archer AX10

 



Modem saya telah selamat sampai di rumah semalam. Order di Shopee pada 3 Jun dari Ookas dan seller ship the parcel pada 4 Jun. Mengambil kira cuti umum pada 7 Jun, pihak Ninja Van akhirnya deliver pada 8 Jun.

Sebelum ini saya menggunakan modem gantian saya which is from TP Link juga. Modem gantian yang saya gunakan ialah TL WR841HP. Boleh jadi range extender. Detailnya boleh dilihat di link ini. 

Modem 841HP ni saya dapati tidak mampu untuk mencapai speed lebih dari 100 Mbps. Paling laju speed test yang dibuat menggunakan wireless MBA saya di lokasi berhadapan dengan modem ialah 78 Mbps. Modem ni pun dah discontinue. Ia merupakan modem yang hanya mempunyai mode wifi 2.4 Ghz menggunakan standard Wifi 4. Walaupun dalam spesifikasi yang dikeluarkan oleh TP Link, ia mampu mencapai 300 Mbps namun saya tak pernah lagi dapat capai speed tersebut.

Apabila speed Unifi saya diupgrade oleh TM, saya diberi satu modem yang mempunyai dual band iaitu 2.4 Ghz dan 5 Ghz. Modem ini dari TP Link iaitu Archer A7 AC1750. Cuma saya lihat modem ini agak cepat panas dan agak slow untuk reboot. Dari segi speed, not bad. Boleh capai 300++ Mbps menggunakan 5ghz. Dan ia bukanlah dalam kategori Wifi 6. 

Wifi 6 ni secara mudahnya ialah, ia membolehkan wifi hantar data pada semua device yang connect dengan router wifi 6 ini secara konsisten. Banyak device yang connect pada router, speed tak akan drop. Lebih kurang macam tu lah kelebihan Wifi 6 ini. Dan di rumah saya, ada banyak device yang connect pada router saya. Ada handphone saya, laptop saya, laptop anak-anak saya, tablet anak saya, handphone isteri dan anak-anak saya, Android TV saya dan juga PS saya.

Dan perlu diingat, zaman PKP ni mereka amat jarang keluar. They also utilize their devices much more than usual. Anak bongsu saya sambil main Star Wars online di PS4, sambil tu lah dia on youtube di Tablet. Kadang-kadang kakak dia on netflix di Android TV sambil buka Youtube di smartphone. Mak diorang pulak layan K Drama di Netflix. Dan sekarang ada pula Disney Hotstar. 

Saya pula sering berada dalam SOHO saya, online meeting atau online discussions. So memang akan ada beberapa device yang connect serentak pada router ini. Jadi Wifi 6 memang diperlukan. Beberapa hari sebelum ini ketika saya guna modem gantian yang tiada Wifi 6, memang terasa drop dalam connection apabila semua berjalan serentak.

In order to fully use this Wifi 6 and 5Ghz, kita perlu ada device yang compatible dengannya. Boleh google untuk lihat what are the devices yang compatible. 

My mobile and MBA can support both 5ghz and Wifi 6 while most of the other devices can connect to 5ghz. My Panasonic Android TV could only connect to 2.4Ghz, but Astro Ultra Box can support 5Ghz. My PS can also support 5Ghz.

Once dah dapat TP Link AX10, terus saya setup. Smooth sahaja proses setupnya sebab ini kali kedua saya setup modem yang sama dalam masa 2 bulan. Kali ini masa setup saya pilih profil Malaysia-Unifi siap-siap. Sebelum ni saya lupa nak pilih, jenuh la setup tapi tak dapat, siap call Unifi Customer Service tanya adakah password Unifi saya dah diubah. Rupanya salah setup di router TP Link, tak pilih profi Unifi. Thanks to Ookas, saya beli modem ini murah RM 70 dari di kedai. 




Malam tadi saya setup my AX10, and terus speedtest using my MBA, located betul-betul depan router. Sebelum tu saya configure my SSiD to use separate setting for both 2.4Ghz and 5Ghz. Each of them ada different SSiD and password. Kalau router standard Unifi dia auto SSiD untuk yang 5ghz, contoh kalau SSid kita letak nizam for 2.4Ghz, untuk 5Ghz dia auto jadi nizam_5g, tapi di AX10 saya boleh set SSiD 2.4Ghz as nizam and SSiD 5ghz as nizamthegreat tanpa tulisan _5g dibelakangnya. Password pun berbeza. 

The result of the speedtest is a whooping 501 Mbps for download. Terkejut sebenarnya sebab tak pernah sampai 500 Mbps sebelum ini. Ping ialah 6ms dan upload lebih sikit dari 100 Mbps. Ini speedtest guna wireless. Saya tak pasti samada kebetulan ketika itu connection memang laju ataupun modem ni tau ianya pertama kali digunakan, so dia nak bagi good impression pada saya. Mungkin juga sebab saya dah update my MBA 2020 kepada the latest update software sebelum ini dan my new AX10 pun dah diupdate firmware ketika saya sedang setup. 

Apa-apa pun memang terasa kelajuannya. Hopefully tak berlaku lagi permasalahan luaran yang mengakibatkan AX10 ni rosak. FYI, ada berlaku power surge by TNB di rumah saya sehingga merosakkan router saya.

Doakan yang terbaik. 




Monday, June 07, 2021

MCO dan Tragedi Arus Elektrik Tinggi Masuk Rumah

 


Dan seperti yang diduga, negara ini kembali ke dalam PKP, namun ianya tidaklah seperti PKP fasa 1 tahun lepas. Namun, walaupun kecoh di media sosial tentang sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi, saya mendapati jalanraya di kawasan saya lebih lengang dari biasa.

Saya tidak menyokong mahupun membantah apa juga langkah PKP kali ini, bagi saya setiap perkara mempunyai pro and cons. Namun saya lebih mengidamkan agar vaksinasi dipercepatkan. Ramai rakan-rakan saya dah mengeluh tak dapat vaksin lagi. Rakan-rakan yang frontliners semua dah dapat. Even though dah dapat vaksin still kena jaga sop, but it will enable our country to create herd community much more faster.

Serangan covid untuk kali ini menyaksikan orang-orang sekitar saya menjadi mangsa. Ibu bapa rakan-rakan juga tidak terkecuali. Ada yang meninggal dunia. Sesuatu yang saya tak alami pada tahun lepas. Tahun lepas saya cuma dengar kisah serangan covid terhadap orang-orang yang jauh sahaja, yang tak dikenali terutama yang viral di media sosial. 

Untuk kali ini, keluarga rakan-rakan, jiran-jiran, pendekata orang yang kita kenal. Ada kakak rakan dan parents rakan yang meninggal dunia akibat covid 19. Ada jiran yang dihantar ke pusat kuarantin.

Sebenarnya banyak juga orang-orang sekitar dan kenalan yang kena covid ni dari tempat kerja. Sebab itu kita kena faham kenapa orang marah di media sosial apabila banyak sektor yang mereka rasa tak perlu, tetap dibuka. Saya tidak dapat menafsirkan apa yang perlu apa yang tidak, kadangkala perkara yang saya rasa tak perlu itu rupanya perlu kerana ia merupakan rantaian kepada yang lebih perlu.

Pada hari pertama PKP, kawasan perumahan kami kena power surge. Arus elektrik berlebihan masuk ke setiap rumah di lorong saya. Ada kira-kira 10 rumah terlibat. Kejadian sekitar jam 11 pagi, tiba-tiba lampu-lampu malap. Kipas makin perlahan. Macam nak blackout. Then dia okay balik. Lepas tu dia jadi balik. Then dia okay balik, Lebih kurang macam tu kira-kira 2-3 minit, then suddenly kipas berpusing sangat laju dari biasa, makin laju makin laju. Ketika itu saya teringat kisah rakan-rakan yang pernah kena power surge ini. Simptom yang sama. 

Masa tu wife dan anak-anak ingatkan ada gangguan bekala elektrik which is literally true. Cuma gangguan kali ini lebih bahaya kerana arus elektrik yang masuk ke rumah melebihi paras normal.

Cepat-cepat saya jerit suruh anak-anak dan wife tutup segala peralatan letrik. Lampu, kipas, aircond semua kami tutup. Peti ais pun sama. TV saya yang baru baik selepas disambar petir pun saya offkan suis di socket belkin. Socket belkin tu bersambung dengan astro dan decoder cctv sekali, so once kita offkan semua akan off. PS4 anak pun saya offkan. Oven besar dan mixer roti memang dah dicabut plugnya. Aircond semua saya offkan terus di main wall plug.

Hanya modem wifi sahaja yang masih on sebab disambung dengan 1 lagi belkin power surge socket. Turut bersambung ialah printer. So kira-kira 30 saat after sempat saya offkan, terdengar letupan. Letupan dari rumah jiran-jiran dan terdengar orang menjerit. Bekalan dah terputus. Rumah kami dah tendang di DB. Termasuklah rumah saya. 

Orang pertama yang saya call ialah jiran lorong belakang saya iaitu Amilin. Dia memang pandai buat wiring. Saya tanya dia rumah dia terbabit tak, dia cakap tak. Dia kata ini mesti ada power surge pada kotak TNB lorong rumah saya.

Saya call TNB dan kira-kira 20 minit first TNB responder datang dan check. Memang sahih, cable neutral di box TNB lorong kami rosak. Staf TNB yang datang check tu beritahu saya yang dia dah laporkan kejadian ini dan minta saya dan jiran-jiran call TNB untuk claim kembali semua barang-barang elektrik yang rosak.

Kerosakan di rumah saya ialah microwave (tak sempat nak tutup) dan juga semua item yang bersambung dengan belkin saya yang saya tak tutup iaitu modem wifi TP LINK AX10 saya, BTU Unifi (nasib baik plug dia sahaja yang rosak) serta printer HP 5075 saya yang bersambung dengan belkin tetapi saya tak on kan pun. Mati-mati saya ingat Belkin ni boleh protect power surge, rupanya tak boleh. Mahal je lebih. Paling sedih adalah kitchen hood Firezzi. Yang ni memang tak sempat nak tutup. Yang ni item paling mahal, dekat 2k lebih. Fungsi untuk mengeluarkan asap memasak. So sekarang kalau masak memang bau teruk dan asap semua di dapur, siap masuk ke bilik.

Jiran-jiran ada yang rosak peti ais, extension wayar, lampu pecah dan macam-macam lagi. So kami call TNB untuk lapor kerosakan. Alhamdulillah, TNB dah ambil maklum kes kami dan repot sudah dibuka. Sekarang tengah tunggu staf TNB datang untuk assess kerosakan, which saya rasa lama lagi baru dia datang sebab tengah PKP. TNB memberi jaminan bahawa mereka akan membayar gantirugi, cuma berapa nilai gantirugi itu tidak diputuskan. Ianya bergantung pada penilaian pihak TNB.

Saya juga baru perasan kemudiannya bahawa salah satu kamera cctv saya juga rosak. Yang ini saya tak masukkan dalam laporan. Mungkin nanti bila penilai TNB datang, saya akan lapor terus pada dia. 

Sekarang yang pening ialah mana nak beli alat-alat elektrik yang rosak. Sudahlah hari pertama PKP, kedai elektronik semua tak buka. In the end saya order online sahaja, itupun selepas saya tanya seller samada mereka boleh hantar barang saya ataupun kena tunggu habis PKP. Sebab ada item yang saya perlu gunakan urgent seperti printer, modem wifi dan microwave. Microwave saya order online dari Samsung, printer order dari Shopee seller, modem Wifi saya beli kembali yang sama jenis iaitu AX10 which is saya dapat dengan harga lebih murah dari seller Ookas di Shopee. Website dia juga yang mengajar saya tentang Wifi 6 modem ini. Kitchen Hood je kena tunggu after PKP habis (tak mungkin 14 Jun, kebiasaanya bersambung hingga Julai). Ini kerana technician tak dapat datang kerana PKP. 

Saya bernasib baik kerana peti ais dan mesin basuh selamat. Aircond saya kesemuanya selamat. Alhamdulillah. Mungkin ada sedikit ujian di sini untuk saya sekeluarga. Adik saya sekeluarga ditimpa ujian yang lebih dahsyat dari saya apabila rumah beliau di Sabah musnah terbakar. Kejadian yang memusnahkan lebih 20 rumah itu berlaku tengah malam. Ketika saya call dia petang selepas kejadian, dia cakap 'Bang, spender aku pun takde'. Memang betul-betul sehelai sepinggang. Alhamdulillah adik beradik semua sumbang duit sorang sikit untuk cover kos dia sekeluarga. 

Kadang-kadang dugaan yang kita alami ini tak sehebat dugaan yang dialami orang lain. Bersyukur dengan apa yang ada. 

Sunday, May 16, 2021

Salam Aidilfitri

 


Setelah masuk syawal ke 4 barulah saya ada mood nak update ruang maya ini yang nampak sedikit bersawang setelah entri terakhir pada 20 April di mana saya kisahkan berkenaan hikayat me'renew' domain ini.

Sebenarnya, mood Syawal kali ini agak hambar, selain dari larangan kembali ke kampung buat tahun kedua berturut, larangan ziarah raya, larangan itu dan ini juga menyebabkan ia jadi hambar. Sembang dengan jiran-jiran sebelah mendapati mereka juga dalam mood yang sama.

Bagaimanapun, saya tidaklah menyalahkan pemerintah atas apa yang berlaku. Ini kerana saya melihat keadaan pandemik covid 19 akan menjadi malapetaka besar jika ianya tidak dikawal sebegini. Saya akui sukar untuk kita menjaga SOP apabila dah berkumpul raya. Lagi-lagi bila berjumpa dengan orang yang dah lama kita tak face to face berjumpa, memang confirm duduk rapat dan bersentuhan.

Saya sendiri menerima amaran kedua saya tentang Covid 19 ini dimana My Sejahtera saya bertukar warna risiko kepada Kontak Kasual (warna kuning). Ini kerana My Sejahtera saya detect saya check ini di waktu dan tempat yang sama dengan seseorang yang positif. Tidak diberitahu lokasinya tapi berdasarkan pemerhatian, ada 2 tempat saya check in pada hari tersebut. Saya digalakkan kuarantin kendiri selama 10 hari dan kena declare health screening saya everyday selama beberapa hari. Alhamdulillah saya tiada simptom apa-apa. Ketika entri ini ditulis, masih ada beberapa hari sebelum status risiko saya kembali hijau. 

Hari pertama raya sebenarnya mengejutkan saya, dan mungkin jiran-jiran lain. Maaf, bukan hari pertama, tapi malam hari raya, atau lebih tepat malam terakhir berbuka puasa (esok hari raya). Kenapa saya terkejut? Sebab meja saya dipenuhi pelbagai juadah dari jiran-jiran. Dan kami juga membalas juadah pada mereka. 

Orang-orang kampung bukan main ambil gambar mereka beraya di kampung dan di post dalam whatsapp, saya kata pada mereka, raya di bandar nampak lebih meriah dari kampung. Dengan ledakan mercun seperti hari merdeka, ditambah pertukaran pelbagai juadah, serta orang ramai bakar lemang depan rumah, rasanya lebih meriah raya di kawasan taman saya, setidak-tidaknya lebih meriah dari kampung saya.

Video call berkumpulan antara acara di pagi raya bersama adik beradik. Saya dan adik beradik saya video call berkumpulan menerusi Whatsapp pada tengahari. And disebabkan ada diantara mereka berada di kawasan yang line tak berapa kuat, jadi ada audio yang tak berapa memuaskan. 

Teringat saya sambutan hari raya saya pada tahun 2000. Saya di Paris, seingat saya hanya beberapa hari selepas sambutan Krismas. Ada snow sedikit di Paris ketika itu. Zaman tiada whatsapp, tiada mobile internet. Kamera pun zaman tu pakai filem. Rakan-rakan Singapore yang bersama saya pada masa tu dah guna Digital Camera. Saya solat aidilfitri pagi itu di masjid di Paris. Tak silap saya masjid besar mereka. 

Depan saya ada satu orang agak berumur, toleh ke saf saya dan arahkan seseorang masuk ke hadapan, bersebelahan dia. Untuk memenuhi saf, dalam hati saya. Entah macam mana, berlaku pertengkaran antara brader saf depan tu dengan seorang anak muda yang berada di saf saya. Anak muda ini rasanya sebaya atau muda sikit dari saya. 

Saya tak faham bahasa yang mereka guna, saya andaikan mereka berdua ni asal dari afrika utara, samada Algeria atau Morrocco. Ada iras-iras bangsa Zinedine Zidane. Walaupun saya tak faham tapi saya tau mereka bertengkar sebab pelawaan brader saf depan untuk isi ruang kosong sebelah dia. Mungkin si muda ni nak solat raya sebelah kawan baik dia. Dan setelah beberapa ketika bertengkar, keadaan hampir bertukar fizikal. Masing-masing dah tolak menolak dan nak bertumbuk sebelum dileraikan oleh jemaah bersebelahan.

Insiden selesai begitu sahaja apabila kedengaran suara imam angkat takbir. Tapi di hati saya masih terngiang-ngiang walaupun sedang solat raya. Tak khusyuk terus saya. Dalam kepala terbayang yang mereka berdua ni time dekat solat raya pun nak bertumbuk, dan yang bestnya ia seolah-olah insiden kecil bilamana yang leraikan pun hanya rakan jemaah sebelah mereka sahaja. Kalau jadi kat tempat kita ni, dah ramai berkerumun ni. Silap-silap dua dua kena belasah. 

Dan habis solat, saya perhati kedua-dua yang nak gaduh ni, tertunggu juga whether akan ada repeat. Tapi tiada, seolah-olah tiada sebarang insiden sebelum solat tadi. Saya tepuk pipi saya beberapa kali untuk pastikan saya tak bermimpi di pagi aidilfitri. Adakah saya berkhayal sebelum ni. 

Itulah secebis pengalaman solat di Paris pada tahun 2000. Kalau tak 27 Disember, mungkin 26 Disember tarikh Eid Mubarak pada ketika itu.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Tuesday, April 20, 2021

9 Tahun Nizamyunus.com

 


Pada tahun ini, genap 9 tahun domain nizamyunus.com dimulakan. Still going strong. Pada asalnya, nizamyunus.com bernama nizamyunus diikuti organisasi tempat saya bekerja. Seingat saya, bermula sekitar 2008-2009. Namun bernaung domain dibawah organisasi kerja ni mempunyai peraturannya tersendiri. Antara yang saya ingat ketika itu ialah tidak boleh sebarangan membuat promosi terhadap pihak luar. 

Risaukan jika terlanggar peraturan tersebut membuatkan saya beralih ke domain luar iaitu .com. Pada mulanya saya ingin mengambil domain .my atau .com.my tetapi kos tahunannya sedikit tinggi dari .com. So terlahirlah nizamyunus.com. Konsep asal yang masih dikekalkan ialah penulisan santai berkisar tentang pelbagai isu kehidupan, general knowledge, akademik and also pengalaman diri sendiri. Yang saya cuba elakkan ialah isu politik, perkauman atau ekstremis agama. Kalau ada sedikit pun mungkin tanpa saya sedar dan terlebih dahulu saya pohon maaf. 

Proses update blog ini juga menggunakan pelbagai jenis device. Maklumlah dalam masa 9 tahun, teknologi banyak yang berkembang. Namun, kebanyakannya menggunakan Mac dan juga Desktop PC. Ada juga beberapa entri menggunakan Laptop Windows dan juga Android. Tapi tak sebanyak guna Mac dan Desktop PC. Lately ni banyak entri saya guna Macbook Air. Butterfly keyboard memang sedap untuk digunakan. 

Tahun lepas dan tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum. Sedikit sebanyak, kebebasan kita agak terbatas kerana pandemik covid 19. Mungkin juga selepas ini, kita akan dibelenggu dengan covid 19 dan juga kesan-kesannya. Yang pasti ia mengambil masa untuk hilang sepenuhnya. Yang dirisaukan pula jika wujud lagi pandemik lain seperti atau lebih dahsyat dari covid 19.

Proses kerja saya juga sedikit sebanyak berubah. Banyak di atas talian dari bersemuka. Terutama proses kerja hakiki saya iaitu delivering my lectures. Even kerja-kerja pentadbiran pun ada yang guna online. Pada awalnya agak kekok, namun sekarang hampir 85-90% dah boleh adjust. Few friends boleh meeting online dalam kereta. For me, I still need to find some place yang sesuai.

Sesi temuduga saya dengan prospektif students pun guna online. Awalnya guna Google Meet eventhough temuduga one to one. Now kalau sesi one to one, saya guna whatsapp video call sahaja. Cuma temuduga online sebegini akan ada sedikit lag, kena tunggu few seconds candidates kita selesai cakap baru kita boleh soal balik. 

Ada satu kes ketika saya membuat promosi program Masters yang saya uruskan. Session promosi dijalankan secara Live di FB. Dan seperti medium-medium lain, ada sedikit lag eventhough connection internet dah bagus. Ketika rehearsal, moderator akan bertanya soalan dan saya akan jawab. Namun ketika sesi Live, belum sempat moderator tanya, saya dah melulu memberi penerangan non stop.

Namun, seperti kata orang, Life Goes On. 

Friday, April 09, 2021

Kisah Rumah Kena Petir





Kisah ini berlaku pada minggu akhir Mac 2021. Lebih kurang 2 minggu lepas. Hujan lebat turun di kawasan rumah saya serta petir. Kebetulan saya tertidur ketika itu selepas penat keluar bawa famili jalan-jalan. Jarang saya tidur petang. Masa tidur tu saya perasan bilik saya jadi amat gelap, macam malam. Dan dengar guruh serta petir. Rasa macam dekat je dengan rumah. 

Tak lama kemudian, saya dengar bunyi guruh kuat. Bunyi macam meletup. Dan dalam beberapa saat kemudian saya dengar satu lagi letupan petir yang sangat kuat, lebih kuat dari yang pertama. Bunyi seperti atas bumbung tempat saya tidur. Dengar macam batu-batu kecil jatuh ke bumbung rumah saya. Terus saya bingkas bangun dan berlari keluar ke ruang tamu.

Rupanya isteri saya dah kelam kabut tutup segala suis elektrik. Anak saya pula sedang relaks bermain PS4 nya seolah tiada apa yang berlaku. Saya yang dalam keadaan mamai melihat lampu standby TV Panasonic saya tidak menyala. Lampu Astro Ultra Box juga padam. Kemudian saya melihat lampu decoder CCTV juga dah off. Saya lihat socket yang sambungkan kepada kesemua alat tersebut, ianya dah dioffkan oleh isteri saya.

Agak lega saya. Beberapa minit kemudian, bekalan elektrik rumah saya trip. Dengar bunyi elcb saya jatuh. Elcb ni stands for earth leakage circuit breaker. Kalau ikut kata kawan saya yang kerja electrician, kalau voltage lebih masuk, elcb akan putuskan sambungan, kira safety lah. 

Saya tunggu keadaan reda, dalam setengah jam. Setelah tiada lagi kedengaran bunyi guruh dan hujan pun dah stop, saya on kan balik elcb saya. Sebenarnya risau juga sebab pernah sekali hujan lebat, elcb jatuh dan bila saya onkan balik elcb, dia jatuh balik. So saya kena offkan satu-satu fius untuk check lokasi yang trip.

Bila elcb sudah saya onkan, benda first yang saya check adalah Astro Box saya sebab biasa dengar petir hentam Astro dulu. Astro saya berlampu, maknanya berfungsi. PS4 dan TV Samsung saya juga berfungsi. Ia terletak sebelah kabinet TV Panasonic saya cuma menggunakan wall socket yang berbeza.

Rupanya TV Panasonic saya tiada power, decoder CCTV juga sama. Astro ada. Kesemuanya menggunakan wall socket dan extension yang sama. Saya check keadaan extension, semua socket berfungsi. Bila saya ganti adaptor TV Samsung ke TV Panasonic saya, masih tiada power. Decoder CCTV pula berfungsi kembali apabila saya tukar adaptor lain. Sah memang TV Panasonic saya tiada power.

Mangsa selepas ribut petir

Then bila saya check pula internet, rupanya modem wifi Unifi saya pun tiada power. Dah ganti adaptor pun sama. So saya keluarkan modem TP Link lama saya dan gantikan sementara dengan modem Unifi yang dah kong. 

Saya juga check di FB untuk cari orang repair TV. Jumpa seorang yang duduk tak jauh dari kawasan rumah saya, saya contact dan keesokannya hari Ahad saya hantar pada dia. Payah juga nak angkut TV 50 inci ini walaupun ia tak berat tapi besar dan kena hati-hati takut terlanggar.

Lepas jumpa brader tu saya terus ke All IT dan beli modem yang baru. Kali ni saya beli modem TP Link Archer AX10. Harganya below RM 300. Lebih laju bila boot dari modem standard Unifi. Kurang panas dari modem standard Unifi. 

Tercapai impian tukar modem standard Unifi

Isnin petang saya whatsapp brader TV tanya keadaan TV saya dan dia cakap nanti dia check dan akan maklumkan pada saya. Selasa saya call dia dan dia explain TV saya model baru, tiada lagi sparepart IC di board TV saya, dia cakap kalau ganti di service center mahal sebab diorang ganti board seketul, dia pula cuma ganti IC di board. Dia cakap IC TV saya kena order dari luar negara dan makan masa berminggu juga. Itupun dia tak jamin 100% masalah akan selesai. Dan lagi satu dia kata TV saya model baru, masih tiada datasheet di Google.

Lepas call dia, saya call Panasonic. Lepas terangkan pada customer service, mereka maklumkan bahawa power board dan mainboard TV saya berada dalam satu board, tidak asing. Harga lebih kurang RM6xx. Mereka check detail saya dalam sistem mereka dan mendapati saya ada beli extended warranty. Saya pun tak ingat extended warranty tu cover apa lagi selain dari display. Saya cakap pada Panasonic saya suspek board bermasalah sebab tiada power but saya request mereka datang rumah dahulu check apa masalah. 

Hari tu juga saya ambil balik TV saya dari brader tu dan dia minta upah RM 50 which I paid sebab kenangkan penat lelah dia angkat TV saya naik atas rumah dia.

Proses menukar board TV


Rabu pagi someone call saya memberitahu dia dari Panasonic, akan datang ke rumah saya untuk check. Apabila sampai rumah, setelah berbual lebih kurang bertanyakan masalah TV saya, mereka terus buka panel belakang TV saya, keluarkan board lama saya. Mula-mula saya ingatkan mereka nak bawa balik kilang board lama saya. Sekali tu, salah seorang keluarkan board dari dalam beg dia dan ganti terus ke TV saya. Katanya nak check dulu. Dia tutup panel TV, dirikan panel TV di kabinet dan sambung TV saya di socket Belkin saya. Belkin ni saya beli sehari selepas insiden petir yang saya ceritakan di atas.

TV Panasonic saya terus befungsi, terus ada power. Lepas tu technician tersebut bagi saya satu form untuk saya sign dan kemudian mereka pun balik.

Just like that, TV Panasonic saya dah berfungsi seperti biasa. It took 10 minutes je untuk technician tu ganti board. Rupa sama macam motherboad komputer. Cara ganti pun lebih kurang sama. Saya tak bayar duit apa pun. Ada yang tanya saya,kena petir pun cover warranty ke? To be honest, saya pun tak pasti samada TV Panasonic saya tu tiada power akibat petir sebab dah beberapa hari kami semua tak tengok TV. TV tu cuma dalam standby mode dan adakala saya offkan power dia di socket. So nak betul-betul kata TV takde power akibat petir tu saya tak boleh pastikan 100%. Mungkin sebelum hujan pun power dah takde. Saya memang tak perasan pun hari tu samada lampu standby dia menyala ke tidak. Yang saya pasti lepas saya on kan balik wall socket, memang tiada power.

TV Samsung saya pula ketika petir, steady je sampai sekarang, so maybe asbab TV Panasonic saya tiada power bukan disebabkan petir. Apa-apa pun saya ambil langkah berhati-hati lepas ni. Saya dah beli dua extension Belkin. Satu untuk TV dan Astro, satu lagi untuk modem saya. 

Lepas ni kalau ada apa-apa permasalahan, saya akan terus call hotline/careline jenama terbabit. Dalam hal ini, saya dapati Panasonic bertindak baik dalam memberikan support pada saya. Mungkin saya duduk di lembah klang, menyebabkan semuanya cepat. Tapi yang pasti Panasonic telah memberikan yang terbaik. 

Before this pun saya dah alami beberapa perkara positif dengan customer care barang-barang yang saya beli, antaranya Samsung dan Khind. 

So sekarang, kami kalau nak keluar rumah memang offkan semua di TV dan internet. Hanya peti ais je yang kami biar on. Masih fobia lagi dengan insiden petir. Kalau hujan lain macam pun kami dah offkan semua termasuk Astro. No standby mode lagi dah. 


Saturday, March 27, 2021

Masalah TP-LINK dan UNIFI

 

Sebelum saya terlupa, biarlah saya simpan sini. Wifi Modem saya dipanah petir semalam bersama-sama TV dan juga CCTV Decoder saya. Nasib untuk CCTV cuma plug je problem. Decoder Astro nampak masih berlampu lagi.

So, saya terpaksa keluarkan modem backup TP Link saya yang ada 1 band sahaja iaitu 2.4ghz. So pada mulanya, just plug and play sahaja. Maknanya cabut cable dari modem wifi Unifi original yang dah kong kena petir, dan plug in ke modem backup TP Link single band saya. Everything went smoothly sampailah saya tertekan satu button di atas modem tersebut menyebabkan connection hilang. Butto tu sebenarnya menukarkan modem tersebut kepada repeater.

So saya terpaksa factory reset dan setup kembali modem lama tersebut. Masukkan username, password unifi, set ppoe, masukkan kembali nama SSID, password wifi bla bla and then tunggu dia reboot. Tapi dia tak reboot. So bila check connection, yilek. Bila check status connection, asyik connecting. Berbelas kali lah saya masukkan username dan password, masih sama connecting. Nak save pun tak boleh. In the end contact Unifi Customer Care thru chat. Pihak Unifi confirmkan username saya dan password masih sama.

Search punya search, rupanya saya kena buat apa tau tak? Saya kena...

ACTIVATEKAN IPTV Option di ADVANCE OPTION di modem wifi TP LINK saya dan PILIH UNIFI MALAYSIA. Lepas saya activekan, terus modem saya reboot sendiri dan connected.

Saya lupa yang modem ni modem lama zaman Unifi 50 MBPS. Dan masa tu memang saya ada connect dengan IPTV. Sekarang semua guna apps je tu yang dah tak peduli pasal IPTV ni. So bottom line is, kalau still tak leh connect, cuba try tick option IPTV connection tu dan pilih Unifi Malaysia.  

Berpeluh beb tengah malam buat benda alah ni.