Sunday, March 13, 2016

Rekod Bantu Cegah Rasuah



Warm down setelah menulis tesis, saya tertarik dengan satu isu berkenaan peranan pengurusan rekod di dalam membantu memerangi korupsi dan penyelewengan. Umum mengetahui bahawa korupsi dan penyelewengan merupakan punca increased living cost. Untuk memerangi korupsi, pengurusan rekod yang efektif diperlukan. Tanpa rekod, sukar untuk membuktikan sesuatu korupsi dan penyelewengan berlaku.

Sukar untuk pihak berkuasa menyiasat penyelewengan dan rasuah jika tiada bukti rekod pembelian, penerimaan, rekod kewangan dan rekod-rekod lain. Sesuatu transaksi mesti dibuktikan. Jika ada pun rekod, tanpa penguatkuasaan pengurusan rekod, rekod boleh dilupuskan sewenang-wenangnya untuk memusnahkan bukti. Polisi, akta, undang-undang berkenaan dengan rekod perlu ada, dan perlu juga dikuatkuasakan. Tanpa penguatkuasaan, tiada gunanya. Rekod akan tetap dimusnahkan apabila wujud salahlaku.

Satu kes salah laku melibatkan politician dari opposition party di luar negara digugurkan kerana pihak mahkamah mendapati bahawa penyiasat mengubahsuai rekod untuk membantu penyiasat mendakwa suspek. Peguambela berjaya membuktikan kesalahan terhadap rekod siaasatan ini dan akhirnya tertuduh dilepaskan. Ini satu bukti bagaimana aspek pengurusan rekod digunakan untuk 'menyelamatkan' tertuduh. Aspek pengurusan rekod juga boleh digunakan untuk mengheret tertuduh masuk ke penjara. 






No comments:

Post a Comment