Monday, March 21, 2016

Trend Pencarian Maklumat di Arkib

Arkib negara, tidak kiralah negara mana pun ia terletak, merupakan satu institusi yang menyimpan dan memelihara khazanah bersejarah negara seperti dokumen-dokumen perjanjian, dokumen-dokumen bersejarah, peta-peta lama, surat-surat serta rekod-rekod kerajaan dan yang berkenaan dengan negara tersebut dan juga rekod-rekod yang mereka fikirkan sesuai. Bukan sahaja bahan-bahan arkib ini terdiri dari bahan berbentuk kertas, bahan-bahan non paper based juga disimpan oleh arkib seperti rakaman video dan rakaman audio.

Apabila arkib menyimpan bahan-bahan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi, maka ianya menjadi lokasi para penyelidik dan ahli akademik untuk berkunjung dan menggunakan bahan-bahan arkib ini sebagai rujukan di dalam penyelidikan mereka. Di sini perlunya satu aspek pengurusan bahan arkib yang efektif dan oleh kerana jumlah bahan yang disimpan adalah banyak, mungkin proses pencarian dan mendapatkan bahan memakan masa. Bagaimana pula jika bahan tersebut tergolong dalam subjek yang sering dicari oleh para penyelidik? Adakah bahan yang popular ini juga akan memakan masa yang lama untuk mendapatkannya, alangkah baiknya jika bahan-bahan yang dikategorikan popular ini diletakkan dan diuruskan di suatu lokasi yang mudah dicapai.

Pengetahuan dalam bidang-bidang yang popular yang sering dicari oleh penyelidik dapat membantu pihak arkib menguruskannya dengan lebih efektif dan membantu mempercepatkan tempoh bahan diperolehi oleh penyelidik. Tentu sesuatu arkib ingin mengetahui apakah bahan mereka yang paling popular pada tahun lepas dan pada tahun. Adakah factor tarikh memainkan peranan dalam sesuatu pencarian? Contohnya, adakah penyelidik-penyelidik yang datang dalam bulan Ramadhan ramai yang mencari bahan berkenaan Hari Raya?

-entri ini menggunakan Microsoft browser win 10, tiba-tiba banyak pula auto correct, kadang kala mengarut suggestion auto correct.

No comments:

Post a Comment